Wednesday, November 25, 2026

Rinda | Tamarind Flavoured, Splendeur Assortment, Assorted Fruit & Buah-Buahan Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara gula-gula dari jenama Rinda.. Sedap ja semuanya, cuma kena letak dalam balang kecuali yang asam jawa tu.. Ini kalau terbiar, memang bersemutlah.. Tak sesuai simpan dalam beg tangan.. Sha letak semua gula-gula ini dekat pejabat.. Memang ada yang Sha letak dalam balang dan ada yang Sha letak dalam mangkuk ja, tengok jenis pembungkusan dia.. Kalau yang buah-buahan tu memang mewah rasa buah dia.. Puas hatilah makan.. Pek ungu tu ja jenis chewy dan berangin sikit, yang lain tu semua gula-gula keras..

Tamarind Flavoured Candy (120g -39pcs) - RM2.60
Splendeur Assortment Candy (120g -26pcs) - RM2.60
Assorted Fruit Candy (120g - oren 18, strawberry 4, honeydew 5, nanas3) - RM2.60
Gula-gula Buah-Buahan (120g - pink 18, kuning 14, oren 2, ungu 4) - RM2.60

Tamarind Flavoured, Splendeur Assortment, Assorted Fruit & Buah-Buahan Candy

Metformin Hydrochloride Tablet

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kan Sha ada Temujanji MOPD.. Lepas ambil slip ubat, Sha terus ke farmasi dan ambil no giliran tapi Sha maklumkan farmasi Sha nak ambil ubatnya pagi ini.. Selalu memang Sha tunggu ja sebab tak lama tapi semalam Sha kena naik pejabat cepat sebab bertugas seorang.. Memang Sha dapat ja nombor terus Sha masuk Perpustakaan balik.. Pagi ini lepas selesaikan kerja dekat Perpustakaan, barulah Sha turun ke farmasi untuk ambil ubat semalam.. 1 jenis ja.. Sha kena makan 2 kali sehari..

Disclaimer: Sekadar perkongsian pengalaman dan catatan peribadi.. Ubat yang diambil adalah berdasarkan konsultasi serta arahan pihak kesihatan..

Ini nombor giliran Sha semalam.. Sha tunjuk di kaunter dan staf terus cari ubat Sha..

Inilah ubatnya.. 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali.. 

ebook | Dimensi Paranormal: Hantu Galah oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lembah Sendayan memang tak pernah habis dengan cerita pelik.. Kali ini, Daiman yang masuk ke kawasan bandar terbiar itu untuk merakam gambar secara tidak sengaja telah merakam imej entiti menyeramkan yang dipercayai hantu galah.. Sejak itu, hidupnya mula diganggu. Dalam masa yang sama, beberapa kes pembunuhan misteri pula berlaku..

Sha suka gabungan unsur paranormal, penyiasatan dan teknologi dalam cerita ini.. Lebih menarik apabila projek teleportasi Muhaimin turut menjadi sebahagian daripada misteri yang berlaku.. Nampak macam cerita hantu biasa, tetapi rupanya ada banyak perkara yang perlu dirungkai..

Bagi Sha, kekuatan cerita ini terletak pada persoalan sama ada semua kejadian benar-benar berpunca daripada makhluk paranormal atau ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku.. Memang seronok cuba meneka sambil mengikuti siasatan.

Sha baca dan selesai pada 24.11.2025..

Published March 20, 2025 by Penerbit-X

Projek Sejarah, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Amani

Assalamualaikum 
Hye semua..

Petang semalam Sha balik kerja tengok rumah penuh dengan serpihan kotak.. Tanyalah Amani.. Katanya ada projek sekolah dia kena buat.. Pagi sebelum Sha pergi kerja, memang dia ada minta tinggalkan telefon bimbit untuk memudahkan komunikasi dengan rakan sekelas dia.. Mereka dah pecah-pecahkan tugas.. Amani kena bina rangka bangunan bersejarah dari kotak.. 3 lagi rakan kumpulan Amani kena sediakan maklumat, buat pembentangan dan hiaskan projek tu..

Projek ini bawah 3 subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.. Kiranya mereka ini tetaplah terisi masanya walaupun buku teks sudah dipulangkan.. Hari ini Amani ke sekolah.. Imani pula bercuti..

Mujurlah ada kotak tisu yang beli dekat Shopee hari tu..

Ini rangka ja.. Belum siap sepenuhnya lagi..

ORI Butter Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah lama teringin nak cuba biskut jenama ORI ini.. Tapi tu lah.. Pek dia besar dan ada satu rasa ja.. Kalau dia campur-campur, berbaloilah juga kan.. Sudahnya Sha beli jugalah yang rasa mentega ini.. Biasanya biskut mentega ini jaranglah tak sedap.. Biskut ini sedap, mewah dengan rasa dan bau mentega cumanya dia bukan jenis yang bila kita masuk mulut cair terus.. Biskut ini keras sikit tapi masih sedaplah untuk Sha.. Bila cicah tu tak lah dia hancur..

ORI Butter Cookies (570g) - RM8.99

Ada 16 pek comel dalam satu bungkus besar tu..

Setiap pek comel tu ada 4 keping biskut..

Tuesday, November 24, 2026

Temujanji MOPD #2 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha ada temujanji jumpa doktor untuk review darah Sha minggu lepas.. Mula-mula ambil bacaan tekanan darah 144/77.. Tak taulah mungkin sebab seram kot.. Jururawat tu suruh bertenang dulu, baru ambil lagi sekali.. Turunlah ke 133/77 dan bacaan nadi 85.. Berat naik dari 67kg ke 68.3kg.. Memang kena rajin briskwalk baliklah nampak gayanya.. Bacaan gula Sha pun naik.. Temujanji MOPD #1 2026 hari tu bacaan gula untuk HbA1c Sha 5.7, hari ini dah naik jadi 6.1.. Nampak macam sikit kan tapi besar impak dia.. huhuhu.. 

Buah pinggang Sha, Alhamdulillah dalam keadaan baik.. Doktor tanya juga untuk temujanji mata.. Sha cakap tunda bulan 12 nanti.. Doktor suruh kawal pemakanan untuk pastikan gula turun balik.. Memang kena berhenti makan lepas pukul 7 nampak gayanya.. Sebelum ini Sha rajin teman encik suami makan malam.. kikiki..

Sha ambil nombor ja dulu.. Nak kena naik pejabat sebab hari ini bertugas seorang ja.. Jam 9.30 pagi baru Sha turun untuk jumpa doktor.. Sha tak sangka pula doktor tu kenal Sha.. Hahaha.. Ingatkan dah cukup low profile dah.. Selesai jumpa doktor, Sha terus naik pejabat..

Petang dalam pukul 2 lebih baru Sha turun balik ambil kad temujanji, slip ubat dan borang untuk ujian darah.. Hantar slip ubat dekat farmasi dan ambil nombor ja dulu.. Esok pagi baru ambil ubatnya..

Wall's Famous Amos Chocolate & Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Famous Amos bergabung dengan Wall's, terhasillah satu lagi godaan untuk peminat coklat dan cookies! 😂

Aiskrim yang berkrim dengan rasa biskut, ditambah pula sos coklat dan cebisan biskut Famous Amos yang memberikan tekstur rangup.. Ada rasa manis, coklat dan biskut dalam satu gigitan.. Memang menariklah kombinasi ni.. Bukan sekadar makan aiskrim, tapi dapat sekali rasa biskut yang kita biasa nikmati..

Peminat biskut, memang patut masukkan aiskrim ini dalam senarai untuk dicuba!

Wall's Famous Amos Chocolate & Cookies (90ml) - RM4.00

Meriah betul dengan ketulan biskut dekat bahagian lapisan coklat luar tu..

Sejuk, creamy dan crunchy.. Kalau makan waktu cuaca panas, memang layan habis! 🤭🍦

📚 Jom Tambah Ilmu: ARPA & H.E.M.A.T. di EPSA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini kena buat Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam (MMPA) melalui platform EPSA.. Kali ini kena buat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Pembudayaan H.E.M.A.T. Penjawat Awam pula.. Tapi kali ini memang stress betul.. Hahaha.. Bergaduh-gaduhlah dengan internet, komputer dan EPSA tu sendiri.. Kelakar pula bila fikir balik.. Kursusnya 2 jam ja tapi disebabkan masalah teknikal dan kesesakkan trafik terus jadi 2 minggu.. kikiki..

Masa Sha buat ARPA, asyiklah keluar capaian EPSA sedang mengalami gangguan.. Memang kena refresh ja setiap kali keluar kenyataan ini.. Sepatutnya boleh siap dalam sehari ja tapi Sha kena buat 2 hari.. Penat nak refresh.. kikiki..

Bila buat Pembudayaan H.E.M.A.T. Penjawat Awam pula dia okay ja.. Tapi kena log out dan log in semula selepas habis setiap satu subjek tu.. Kalau tak dia tak tunjuk progress dekat tepi tajuk tu.. Tekanlah ulang-ulang pun tetaplah tak keluar progress tu..

Bila kita log out dan log in semula baru ada progress tu dekat tepi tajuk.. Bila dapat progress tu 100, barulah ada tanda right dekat tepi tajuk tu.. Barulah dikira berjaya selesaikan.. Memang makan masalah kan..

Monday, November 23, 2026

Cottage Fries Rendang Klasik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik pula bila tengok perkataan rendang tu.. Belilah sebungkus buat rasa-rasa.. Menarik sebab bau dan rasa rendang tu memang menyerlah.. Kiranya menjadilah formula kali ini.. Tapinya Sha tak minat sangat.. kikiki.. Sekali ini je lah beli untuk rasa.. Amani suka, dia yang habiskan..

Cottage Fries Rendang Klasik (50g)

Semerbak bau rendang..

Memancing di Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah lama tidak memancing, baru-baru ini encik suami kembali memancing.. Kali terakhir beliau memancing, masa 2020 dulu.. Memancing udang di Teluk Intan dan ikan di tasik Politeknik.. Kali ini beliau ke Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, Perak.. Beliau pergi 2 hari 1 malam..Mereka sewa kelong.. Patutnya pergi berlima tapi di saat-saat akhir hanya 4 orang yang dapat pergi.. Misi tetaplah berjalan.. Seronoklah encik suami walaupun tangkapannya tak banyak.. Rakan encik suami ada yang dapat ketam.. 

Hasil tangkapan encik suami..

Dari kiri: Ikan Tanda, ikan todak, siakap dan siakap merah..

Hup Seng Sesame Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini dulu dia jual satu pek besar.. Selalu ja makan.. Cumanya versi yang terkini ini Sha lagi suka sebab dia buat dalam pek comel-comel.. Jadinya kalau nak bubuh dalam beg tangan memang ngamlah.. Rasa dia memang mengingatkan kita pada masa kanak-kanak.. Biskut bijan yang ohsem.. Keluarga Sha memang sukalah.. Sha makan macam tu ja.. Cicah kopi pun sedap ja dan dia tak mudah rapuh..

Hup Seng Sesame Biscuits (158g) - RM 5.50

Ada 17 sachet..

Setiap sachet tu ada 2 keping biskut..

Sunday, November 22, 2026

Farm FreshxZus Coffee: Cafe Mocha, Spanish Latte & Cafe Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga Sha beli aiskrim yang viral ini.. kikiki.. Oleh kerana tengah promosi, Sha beli terus ketiga-tiga rasa yang ada.. Harga asal dia RM6.20 tapi sekarang aiskrim ini tengah promosi dengan harga RM4.90 sampai 30 November ini.. Kalau korang peminat kopi macam Sha, mesti suka dan teruja nak cuba.. Bila makan ketiga-tiga aiskrim ini, Sha paling tergoda dengan Spanish Latte.. Memang ngam betul dan rasa dia tu melekat betul dekat lidah Sha.. Mocha dan latte tu bukanlah tak sedap, sedap tapi tak bagi impak sangat pada lidah Sha.. kikiki..

Cafe Mocha - Pergh!! Rasa aiskrim dia tu memang ngam dan padu.. Walaupun lapisan coklat tu nipis ja tapi puaslah gigit.. Memang sedaplah rasa yang ini.. Ngam betul gabungan ni..

Spanish Latte - Pergh!! Padu betul rasa kopi dia untuk aiskrim yang ini.. Kalau makan sekali dengan lapisan coklat tu kuranglah sikit rasa kopi dia.. Coklat tu macam compliment dengan aiskrim bahagian dalam tu.. Tapi kalau korang jenis makan coklat dulu baru aiskrim dia macam Sha, memang padu betul rasa kopi dekat aiskrim tu.. Spanish Latte ini memang ngam gila pada Sha..

Cafe Latte - Tekstur aiskrim ini lembut, berkrim dan cair di mulut.. Manakala rasa kopi dia memang kaw, pekat, beraroma dan ada sedikit rasa pahit kopi yang sedap.. Memang kurang manis lah.. Bila makan tu kita tak muak sebab rasa dia tu lemak-lemak manis.. Gitu.. Kikikiki..

Farm FreshxZus Coffee: Cafe Mocha (80ml) - RM4.90
Farm FreshxZus Coffee: Spanish Latte - RM4.90
Farm FreshxZus Coffee: Cafe Latte - RM4.90
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com