Wednesday, May 29, 2019

Temujanji Amani #11

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa Amani ke Teluk Intan untuk temujanji susulan.. Disebabkan nak balik ke rumah MIL di Kg. Gajah dan nak carikan baju raya bebudak ini, makanya Sha dan encik suami ambil Cuti Rehat semalam..

Lepas Subuh kami dah gerak balik ke kampung MIL.. Tujuannya nak bersihkan rumah dan cuba baiki peti ais.. Sampai dekat Pekan Kg. Gajah, ada pasar pagi.. Menyinggahlah dulu.. Memang meriahlah.. Panjang sepanjangnya pasar pagi dia.. Paling banyak dah tentulah peniaga baju, tudung dan biskut raya.. Dapatlah dua helai baju dan 3 helai seluar Amani dan 2 helai baju Imani.. Penat jalan je.. Hehehe.. Lepastu kami ke rumah MIL.. Kemas dan bersihkan apa yang patut.. Peti ais lepas raya baru boleh baiki.. Pukul 1 lebih kami bersiap nak ke Hospital Teluk Intan untuk temujanji Amani..

Doktor bagi tahu, Amani kena pakai besi dekat rahang bawah sebab gigi kekal bahagian hujung sekali dah keluar.. Untuk mengelakkan gigi tu bergerak, kena pasang besilah.. Kemudian ada lubang sikit, tampallah dulu.. Doktor bagi temujanji seterusnya.. Sementara Amani jumpa doktor, encik suami bawa Imani pergi makan.. Kelaparan dah dia.. hehehe.. Dapat nasi dengan kari ayam terus cergas..

Lepas jumpa doktor kami ke pekan Teluk Intan sambung cari baju Amani dan Imani.. Walaupun dapat tapi kurang memuaskan hati Sha.. Selalunya baju bebudak ini Sha beli sebelum puasa tapi ada halangan yang tak terduga kami terpaksa tunda ke bulan puasa.. Bila mencari di bulan puasa ini, faham jelah.. Penat sikitlah.. Nak tak nak memang kena carikan jugalah.. Jenuhlah pusing Pekan Teluk Intan.. Kebetulan pula dari cerah terus mendung dan hujan selebat-lebatnya..

Oleh kerana adik encik suami dah ambil MIL bawa pergi rumah dia, kami pun berbuka di luarlah.. Singgahlah McD.. Kami sampai rumah pukul 9.40 malam.. Itupun dah habis cepat dah tu..


Menu kami.. Dalam kotak loaded fries tu nasi ayam mcd.. Bolehlah.. Hehehe..
Yang tak ada dalam gambar bubur ayam mcd, ayam goreng pedas mcd dan air..

Siri Amani sakit gigi

20 comments:

  1. Adoii! macam seram je nak kena pasang besi tu, semoga dipermudahkan.

    Sepanjang bulan puasa ni Mrs. A belum ada pergi McD lagi :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha yang dengar doktor terangkan pun seram juga.. huhuhu..

      Delete
  2. Moga urusan Amani dipermudahkan ya.

    ReplyDelete
  3. Semoga masalah gigi Amani dapat diatasi. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. guna apps mcd tak? hehehe dpt redeem banyak dan sgt berbaloi :)

    ReplyDelete
  5. seram lak bila dgr pasang besi tuh tp budak2 lain kot cpt sihat tak mcm kita yg tua2 nih... best lak nengok mcd tuh...

    ReplyDelete
  6. Semoga Amani cepat sembuh dan semua urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan perawatan dan penjagaan gigi Amani

    ReplyDelete
  8. teringat masa saya sekolah rendah dulu selalu kena tampal lubang gigi hahaha tak sukaa!

    p/s: sedap tak nasi ayam mcd? ada apa je dalam tu? boleh review nanti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedaplah nasinya tapi sikit.. Pastu patutnya ada sayur tapi diorang lupa nak bagi.. Dan datang dengan ayam..

      Delete
  9. pakai besi? sy pulak yg seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kena bubuh besi untuk pastikan gigi tu tak bergerak..

      Delete
  10. smoga dipermudahkan utk amani pasang ebsi kt gigi nanti..seronok bebruka puasa kt mcd tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com