Wednesday, August 16, 2017

Temujanji Pakar Ibu Dan Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Last week (10.08.2017) Sha ada appointment dengan doktor di Klinik Ibu dan Anak..
Temujanji ini sepatutnya dibuat setahun sekali..
Sebab Sha amik cucuk perancang 3 bulan sekali..
Cucuk perancang ini Sha dah ambil sejak tahun 2013 lagi..
So dah lebih masa.. Selalunya 3 tahun je dia cucuk..
Jadinya Sha dicadangkan untuk mengandung lagi ataupun pasang Implan..

Hohohoho.. Mengandung tu tak kot..
Dengan keadaan pinggang yang tak okay..
So tengah fikir nak pasang Implanlah ini..
Adoilah.. Nak buat cara tradisional, tak mampu..
Cara tradisional yang member share nie guna Nenas Batu..
Perut Sha tak berapa tahan pula..

Ada dua jenis implan tau..
Satu pasang dekat rahim..
Satu lagi dekat lengan..
Boleh baca info di SINI, SINI, SINI dan SINI.

 Yang ini Implanon Implant..
Pasang dekat lengan dan dibuat di hospital..
Kena potong sikit kulit itu untuk masukkan implant ini..
Yang ini kena bayar ye.. Agak mahal juga..
Tapi Sha tak pasti berapa.. Yang Sha tahu ratus-ratus jugalah..

Ini IUD boleh pasang di Klinik Ibu dan Anak..
Yang ini tak payah bayar..

Ada rakan-rakan yang dah pasang implan ini?
Jom share pengalaman anda di bahagian komen..

14 comments:

  1. Oh ada limit time ya untuk yang cucuk

    ReplyDelete
  2. owh... baru taw pasal ni.. semoga dipermudah buat sha ya

    ReplyDelete
  3. Allah... moga urusan kak sha dipermudahkan. Kinah tak pakai implan, kinah merancang sendiri. Takot nak guna ubat perancang.

    ReplyDelete
  4. saya baru je pasang IUCD. rasanya tu je cara paling mudah dan selamat hahaha.. yg lain-lain takut ada effect pla, kdg ada yg tak sesuai dgn orang kan kan :)

    ReplyDelete
  5. Sakit juga masa pakai ni.... kena tahan je la kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi ai encik azlan.. Ngeri rasanya.. Hehehe..

      Delete
  6. samalah MV pun dah 4 tahun pakai cucuk jarum...so lepas ni nak kena tukar ke pil dulu..sbelum pikir nak pakai implan..sebab kos untuk implan tu mahal

    ReplyDelete
  7. Share Ada sakit pinggang ke? Semoga cepat sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a, Mamapp.. sepatutnya buat fisio tapi Sha stop.. hehehe.. nanti nak kena dapatkan tarikh baru..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »