Friday, March 5, 2021

Filem Malaysia | Kolong (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja jenguk-jenguk dekat applikasi WeTV.. Terjumpa filem ini.. Filem seram rupanya.. Hahaha.. Dah tengok sikit, teruslah tengok sampai habis..

Filem ini bermula dengan pelbagai babak seram.. Walaupun agak kelakar macam filem tamil tapi masih adalah vibes seram tu.. Cuma plot twist dekat nak hujung cerita tu sangat mengejutkan.. Kisah seorang lelaki buta yang berkhayal dengan kehadiran isterinya.. Tinggal seorang diri di banglo atas bukit menyebabkan orang kampung menyebarkan bahawa banglo itu berhantu.. seri pula merupakan perempuan yang bercita-cita tinggi namun telah ditipu dan berhutang dengan along.. Akhirnya berkerja dengan lelaki buta tadi.. Namun semasa berkerja di banglo itu Seri telah ternampak sesuatu yang tidak disangka hingga menyebabkan Seri melakukan perbuatan bodoh.. Bukan hanya Seri tapi adik, kawan adik seri dan dua along tadi telah menceroboh banglo tersebut.. Terperangkap mereka didalam banglo tanpa jalan keluar.. Disinilah plot twist bermula..

Kolong
2019 ‧ Seram ‧ 1h 22m
Pengarah: Zul Abu Kassim
Penulis: Ellyna Ahmad
Pengedar: Empire Film Solution
Mula ditayangkan: 17 Oktober 2019 (Malaysia)
Tempoh tayangan: 1 jam 22 minit
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Melayu
Hasrat Suri untuk menjadi seorang pelakon tidak kesampaian selepas wangnya dilarikan seorang ejen pelancongan. Dia kemudiannya berdepan masalah apabila menjadi buruan samseng yang ingin menuntut semula wang yang dipinjamnya. Hasratnya untuk mengambil geran tanah ibunya di kampung halaman dihalang oleh adiknya. Sebagai ganti, adik dan rakannya memberitahu bahawa terdapat sebuah banglo milik seorang lelaki buta yang memerlukan pembantu rumah. Namun, rumah itu dikatakan dihantui oleh roh isteri lelaki tersebut. Memikirkan bayaran yang tinggi dan berbekalkan pengalaman menjaga ibunya yang buta, Suri bersetuju untuk bekerja di rumah tersebut.

14 comments:

  1. Tak pernah tahu kewujudan movie ni. Nanti boleh try tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Sha pun sama.. ini pun terjumpa masa cari drama taiwan..

      Delete
  2. jalan cerita menarik.. haha mcm kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. jangan tengok tau Nina.. After bersalin nanti baru tengok..

      Delete
  3. Kena kasi tahu Bott ni. Aritu dia bising tak jumpa cerita seram nak tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada a few lagi kak dekat WeTV.. Kalau Sha tertengok, Sha review ye.. 😂😂

      Delete
  4. Tengok senarai pelakon macam cite kelakar. Ada plot twist ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar mungkin masa transisi hantu nak keluar.. hehehe.. twist dia sangat mengejutkan..

      Delete
  5. kurang promosi kot sbb tu ramai x tau

    ReplyDelete
  6. highly recomended tak kak sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah.. sebab twist dia ohsem tau dan mengejutkan..

      Delete
  7. Tak pernah tahu cerita ni. Lately jarang membelek cerita kat WeTV. Menarik juga cerita dan pelakonnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. saja scroll dekat WeTV.. banyak juga filem menarik..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com