Tuesday, May 31, 2022

McDonald: McFlurry Milo Dinosaur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa bawa Amani ke Teluk Intan, sempatlah menyinggah makan di McD.. Tapi sedihlah, ayam makin kecik.. Rasa macam tak berbaloi je bayar mahal tapi ayam kecik.. Anak-anak sukalah sebab dapat bubur.. Memang kesukan mereka.. Paling best untuk Sha, aiskrim McFlurry ini.. Berbaloi bayar dan beli.. Puas hatilah dengan taburan milo dan juga cereal milo.. Suka betul Sha.. Kalau singgah McD, memang conformlah nak beli lagi.. Amani dan Imani pun suka..

RM5 lebih kalau tak silap Sha..

Goodreads | Bacaan Mei 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduhai.. Makin sikit pula buku yang berjaya dibaca.. Bulan ini berjaya habiskan dua buah buku sahaja.. Kedua-duanya buku fizikal.. Memang stuck betul sejak bulan lepas.. Nantilah kita cari kembali minat dan semangat membaca..

Tong Garden: NOI Crispy Seaweed with Pumpkin Seed Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli lagi crispy seaweed ini.. Kali ini yang original tapi bungkusan warna oren pula.. Okaylah nak buat kudap-kudap.. Original ini menarik juga sebab ada biji labu cuma kurang kick.. Masih sama isinya ada bijan juga.. Memang best dikunyah.. Isinya macam biasalah tak adalah banyak tapi berbaloi dengan harga.. Sha beli di Mr. DIY sebab murah sikit dari tempat lain..

Noi Crispy Seaweed  (40g)

Monday, May 30, 2022

Coretan 29 Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Unit Pengurusan buat Jamuan Raya dan juga Majlis Perpisahan untuk Pegawai Tadbir Diplomatik.. Meriahlah makan-makannya.. Sha bawa puding karamel tapi lupa nak ambil gambar.. Bila masing-masing bawa makanan tambahan selain makanan utama, banyaklah jadinya.. Penuh meja dengan makanan dan dessert..

Menu sarapan Sha.. Laksa, brownies dan 

Penuh meja dengan makanan..

Makan laksa lagi tengahari nya.. hehehe..

Petangnya Sha bawa Amani ke Klinik Pakar Pergigian untuk temujanji susulan.. Doktor bagi tarikh untuk Amani buka besi dalam mulut dia..

Drama US | Reacher - S1 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Kanak-kanak tolong jangan tengok ye.. Drama ini ada babak yang sangat tak sesuai untuk kanak-kanak.. Tapi drama dia memang bestlah sebab Reacher tu ganas gila.. Memang nak kena baca novel dia lah pula lepas nie.. Hahaha..

Reacher ini askar bersara, bila dia dalam pengembaraan tanpa sengaja Reacher dituduh membunuh dan ditangkap.. Asalnya penyiasatan dilakukan untuk Reacher bebas dari tuduhan tapi kemudiannya bila Reacher tahu mayat tu abang dia, memang tak lah dia nak blah.. Terus dia kekal dekat pekan tu dan bantu Finlay untuk menyiasat.. Rupanya abang Reacher tengah buat siasatan dalaman mengenai kes cetak wang palsu.. Memang tak sangkalah bila penjahat sebenar muncul masa episod akhir..

Harapnya season 2 akan lebih ohsemlah..

Reacher
2022 ‧ Thriller ‧ 1 season
Jack Reacher, a veteran military police investigator, has recently entered civilian life when he is falsely accused of murder.



Sunday, May 29, 2022

Minuman | The Tapping Tapir Light: Apple & Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat Kedai Mesra Petronas.. 1 tin ini harga dia RM6.20.. Agak mahal namun sesekali, okaylah.. Kalau selalu, pengsan.. hahaha..

Rasa dia pada Sha okaylah.. Tak terlalu keras dan gas dia pun tak melampau.. Rasa epalnya lebih menyerlah dari vanila.. Vanila tu berjaya buatkan rasa epal tu tak terlalu kuat dan menyengat.. Sha suka sebab rasa dia ringan.. Sama macam yang tertera pada tin dia.. Boleh beli lagi kalau ada duit lebih.. hehehe..

Apple & Vanilla - RM6.20

Drama Korea | Again My Life (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah drama yang ohsem.. Kisah seorang lelaki yang mati kerana ingin membawa kebenaran diberikan peluang kedua untuk melalui kehidupannya semula bermula dari sebelum kematian mak ayah beliau.. Hee Woo bermula semula dan mengumpul sahabat dan kekayaan.. Melalui apa yang diketahuinya di masa depan, Hee Woo mula mengumpul maklumat untuk menangkap Cho Tae Seob dan kuncu-kuncunya.. Ada masa beliau berjaya, ada masa beliau kalah.. Realiti kehidupan bukan mudah menangkap mereka yang ada kuasa dan duit.. Namun keadilan sentiasa ada untuk membela walaupun tak selalu berjaya..

Drama: Again My Life
Also Known As: Eogein Mai Laipeu
Director: Han Cheol Soo
Screenwriter: Kim Yool, J
Genres: Mystery, Law, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Apr 8, 2022 - May 28, 2022
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: SBS, ViuTV
Duration: 1 hr. 5 min.
Kim Hee Woo had the lowest ranking grades in high school. Through perseverance and hard work, he was able to attend university and pass his bar exam. Today, he is an enthusiastic prosecutor. While investigating a potentially corrupt politician, Kim Hee Woo is killed by an unidentified man, only to wake up fully alive.

(Source: AsianWiki)
~~ Adapted from the novel series "Again My Life" (어게인 마이 라이프) by Lee Hae Nal (이해날). ~~

Minuman | Ribena Blackcurrant Jelly Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha belikan air ni untuk Amani dan Imani.. Kedai Mesra Petronas buat promosi, 2 dengan harga RM5.. Imani bagi Sha minum dulu.. Sedap sebab ada jelly.. hehehe.. Sebab tu kena goncang dan picit sebelum minum.. Memang sedaplah dapat air dan boleh mengunyah.. Cumanya air dia sikit jelah.. hehehe..

Dua dengan harga RM5..
Satu RM3.60

Saturday, May 28, 2022

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah lama tidak bersua muka, hari ini akhirnya Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Amani & Imani diadakan secara bersemuka.. Walaupun agak terlewat sampai dari waktu yang tertera, tapi Sha masih sempat sampai sebelum Majlis bermula.. Tapi tu lah, tak ramai ibu bapa yang hadir.. Separuh mungkin terlibat dengan aktiviti Konvokesyen yang berlangsung bermula hari ini di Politeknik, yang lain tu tak pastilah pula.. Memang agak menyedihkan lah bila tengok kehadiran ibu bapa hari ini.. Sikit sangat.. Masing-masing ada urusan yang tak dapat nak dielakkan.. 

Kali ke 10 dah..

Alhamdulillah.. Lama dah tak bertuah untuk terima cabutan bertuah.. Hari ini dapat cabutan bertuah merangkap duit raya.. Sumbangan Perasmi Majlis..

Kenangan 26 Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam untuk pertama kalinya, berdebar-debar jantung Sha bila jiran atas mengetuk rumah dan memaklumkan ada ular di tepi rumah.. Seram terus.. Sha terus call CC Politeknik untuk makluman dan CC call JPAM.. Sha tunggu bersama 2 lagi staf Politeknik dan Pengawal keselamatan.. Pengawal keselamatan tu duduk dekat tangga bagi memastikan ular tu kekal disitu.. Bila JPAM datang dan tangkap, barulah Sha masuk rumah.. Terus sendal lubang bawah pintu dengan kayu sebab pengawal keselamatan tu maklumkan yang ular tedung tu boleh leperkan badan..Seram..

Nampak tak tu berkilat-kilat.. Bersembunyi dia..

Abang dan kakak JPAM

Berbelit dia dekat besi tu..

Resepi Nasi Serai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bukan Sha masak tau.. Sha tengok kawan sekerja Sha masak nasi serai ini dekat pantry.. Bila Sha makan, rasa dia memang mengancam.. Jadinya Sha pun kongsilah kat sini.. Mana tahu bila ada kerajinan, bolehlah Sha masak..

Resepi dia pun mudah je.. Nasi ini boleh makan dengan apa saja lauk yang kita suka.. 

Resepi Nasi Serai
Bahan-bahannya:
10 batang serai (5 blander untuk amik air & 5 diketuk untuk ditumis)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
4 sekawan
2 ketul kiub ayam Knorr
garam secukup rasa
minyak+marjerin untuk menumis
4 helai daun pandan
2kg beras basmathi / beras biasa pun boleh (beras basmathi lepas cuci kena rendam 10 minit)
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Blender serai 5 batang untuk ambil airnya.. (tapis ye)
2. Bawang besar, halia dan bawang putih, blander untuk ditumis.
3. Panaskan minyak campur 1 sudu marjerin
4. Masukkan 4 sekawan, serai yang diketuk dan daun pandan.. Tumis sampai naik wangi kemudian baru masukkan bawang dan halia yang diblender tadi..
5. Selepas bahan tumisan dah naik bau, bolehlah masukkan kiub ayam dan air serai yang diblander tadi.. Masukkan garam dan cukup rasa ikut kesesuaian tekak anda..
6. Kemudian curahkan ke dalam periuk nasi yang ada beras tadi.. Masak atas dapur atau periuk elektrik.. Sukatan air tu kena pandai agaklah.. Macam masak nasi biasa.. Kalau tak cukup air blander tu, bolehlah tambah air biasa.. 

Selepas masak bolehlah hidang bersama lauk kesukaan.. Nasi ini kalau makan tanpa lauk pun sedap.. Ini ikut tekak Sha lah..

Selamat Mencuba..

Beginilah hasilnya selepas dah siap masak..

Friday, May 27, 2022

Drama China | My Mermaid Boyfriend (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini sebenarnya pendek je walaupun 20 episod tapi setiap episod tak sampai pun 5 minit.. Jadinya kalau campur semua baru sejam 40 minit je macam tu.. Memang pendek jelah.. Ceritanya sweet tapi 3 episod akhir ada cabaran sikit bila ada yang cuba jadikan merman tu sebagai bahan ujikaji..

 Drama: My Mermaid Boyfriend
Also Known As: Tong Ju Nan You Shi Ren Yu
Country: China
Episodes: 20
Aired: Apr 7, 2022 - Apr 21, 2022
Aired On: Thursday, Friday, Saturday
Duration: 3 min.
Jiang Xiao Man, a college student majoring in art, is heartbroken because of a painful breakup. Suddenly, Anatoly Mercury, a hot mermaid, appears and accompanies her. They gradually fall in love as he completes the task of getting true love kiss. Cheng Xi, a gentle senior, is both an assist and a crisis to their relationship. As long as they have faith in fairy tales, there will be a happy ending.

Latina: Pomegranate Juice Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli air ini dekat kedai ECO sebab kawan cakap air ini sedap.. Memang sedap pun.. Pekat betul rasa delima dia.. Sha tambah ais nak bagi kurangkan sikit rasa dia tu.. Tapi memang puas hatilah.. Berbaloi beli..

RM2.20 di kedai ECO..

Sedap memikat airnya..

Filem China | Sword Drawn (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama China ini Sha tonton melalui iQiyi.. Agak menariklah juga jalan cerita dia selain hero yang handsome.. hehehe.. Kisah sekumpulan pembunuh upahan yang membunuh sesuka hati namun salah seorang dari mereka mula berpaling tadah.. Tangannya dipotong dan dia diselamatkan oleh sebuah keluarga.. Organisasi pembunuh tu terus mencari dia untuk dibunuh.. Rupanya keluarga tu bukanlah biasa-biasa.. Lelaki tersebut berjaya mengalahkan kumpulan pembunuh tu dengan bantuan keluarga yang menyelamatkan beliau..

Aksi lawan dia memang bestlah sebab dia gunakan pedang yang banyak.. Lepas tu ada ular dan juga raksasa besar.. hehehe.. Cerita fantasi China kan..

Movie: Sword Drawn
Also Known As: The Legend of Shushan: Ten Thousand Swords Return to the Zong, Shushan of Ten Thousand Swords Returns
Screenwriter: Jackie Lui
Genres: Wuxia, Drama, Fantasy
Country: China
Release Date: Apr 23, 2022
Duration: 1 hr. 25 min.
The story tells the story of the mysterious killer organization Seven Killing Sect. In recent years, under the leadership of the suzerain Baili thorns, they have been killing all the way in the rivers and lakes, and gradually become a well-known sect. The killer sword among them has made people in the rivers and lakes terrified. Everyone doesn't know that the innocent killer sword is just doing these killings to repay the kindness of the sect master Baili thorns. After many years, he has always wanted to leave the sect and live an ordinary and simple life. The lover plotted, lost his arm, and became a thorn in the side of a hundred thorns. 
On the way to escape, thanks to the rescue of the Xu family, during the recovery process of the Xu family, he was gradually moved by the warm life of the Xu family and decided to change his name to Jian Twelve to live anew. After the thorns found the trail, they sent a large number of killers to hunt them down. With the help of the second elders of the Xu family, Sword Twelve mastered the stunt of Shushan - the story of Wanjian returning to his ancestors and a showdown with Baili thorns.

Thursday, May 26, 2022

Wrigley's Doublemint: Lemon Mint Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya Doublemint ini ada gula-gula juga.. Ingatkan gula-gula getah je.. Best gula-gula dia sebab berangin dan ada perisa.. Masa Sha beli ini ada 2 lagi perisa.. Nantilah kita cuba.. Sebab minat lemon, Sha beli perisa lemon dulu.. Memang best gabungan lemon dan mint tu.. Berangin je bila makan..

RM2.50 - Mr. DIY..

Drama Korea | Tomorrow (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tak kuat, elok jangan tengok drama ini.. Drama ini membawakan tema yang agak gelap jugalah pada Sha.. Kisah grim reaper yang berusaha menyelamatkan dan memberikan harapan pada mereka yang cuba membunuh diri.. Ada episod yang sangat menyayat hati dan membuatkan Sha menangis.. Betapa masalah tekanan perasaan mampu membunuh jiwa manusia.. Pembulian media sosial dan macam-macam lagilah perangai manusia yang selalu membuatkan manusia lain berada dalam tekanan.. Kadang masalah yang bertimpa-timpa juga mampu membuatkan kita hilang semangat dan berada dalam kemurungan.. 

Paling sedih bila dia paparkan kisah dua grim reaper yang saling berkait rapat iaitu Go Ryun dan Park Joong Gil.. Kisah diorang ini akan dibongkarkan pada 3 episod terakhir.. Memang sedihlah bila tahu apa yang terjadi pada mereka berdua ini..

Memang drama yang agak menganggu emosilah.. Sila tengok kalau anda okay.. Tapi kalau tak okay, seeloknya jangan tengok.. Sekadar pandangan peribadi..

Drama: Tomorrow
Also Known As: Naeil
Director: Kim Tae Yoon
Screenwriter: Park Ran, Park Ja Kyung, Kim Yu Jin
Genres: Action, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Apr 1, 2022 - May 21, 2022
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: MBC, Netflix
Duration: 60 min.
Choi Joon Woong seeks a job, but it's hard for him to get hired. One night, he witnesses a man trying to end his life and decides to stop him. He gets acquainted with grim reapers Koo Ryeon and Im Ryoog Gu, who belong to a crisis management team. Their purpose is to prevent people from committing suicide. After Joon Woong ends up in a coma and becomes half-human and half-spirit, he is employed by a company of grim reapers as the newest member of the crisis management team.

(Source: Netflix, s a r a at MyDramaList)
~~ Adapted from the webtoon "Tomorrow" (내일) by Llama.

Pocky: Strawberry, Chocolate, Cookies & Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepaskan sekolah sibuk dengan jamuan dan sambutan hari guru.. Anak Sha nak buatkan hadiah untuk gurunya dan nak bagi biskut Pocky ini.. Jadinya Sha beli terus yang value pack ini.. Karang bukan setakat nak bagi cikgu, Amani dan Imani mesti nak mengunyah sama.. Hehehe.. Sha pun tumpang sekaki.. Berbaloi beli pack besar ini..

Value Pack Pocky Strawberry - RM11.50 (8packs)
Value Pack Pocky Chocolate - RM11.50 (8packs)
Share Pack Pocky Cookies & Cream - RM11.50 (8packs)

Biskutnya rapuh dengan salutan coklat pelbagai perisa.. Kalau Sha, Sha lebih suka yang coklat.. Amani dan Imani lebih suka Cookies & Cream sebab ada cebisan biskut pada cream tu..

Wednesday, May 25, 2022

Coretan 23 Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada jamuan raya lagi.. Selagi tak habis syawal kan.. Tapi tak adalah Sha kongsikan gambar makanan.. Lupa nak snap.. hehehe.. Paling menarik bila Sha tengok kawan Sha masak nasi serai.. Memang sedap dan puas hati.. Lepas tu tengahari berkejar amik anak di rumah pengasuh untuk ke sekolah agama.. Darjah 6 ada peperiksaan Prestasi tak bolehlah nak cutikan Amani.. Kebetulan aktiviti KoKo pun tak ada.. Maka ke sekolah agamalah mereka..

Cuaca seharian ini hujan je.. Dari malam tadi, membawa ke pagi dan sampailah ke petang.. Sejuk je cuaca.. Sejuk-sejuk ini minum secawan kopi memang layanlah kan..

Sejuk-sejuk ini kita makan aiskrim.. Hehehe..

Ayam goreng.. Sebelum ini harganya RM1 seketul.. Sekarang dah naik jadi RM1.20 seketul tapi masih lagi berbaloilah pada Sha.. Faham je harga ayam dah naikkan jadi peniaga terpaksalah naikkan harga jualan.. Sha okay je bila peniaga pamerkan harga.. Senang kita nak bajet..

Jarang-jarang dah jadi mak supir anta anak-anak ke sekolah agama..

Last dessert sebelum balik.. Snow cheese cake.. Power..

Berita gembira sebelum memandu pulang.. Sha menang 1000 coins shopee.. Yeah!! Ohsem sangat..

Random Photo #5 2022

Assalamualaikum..
hye semua..

Terlambat berkongsi cerita.. Hehehe.. Gambar-gambar ini semua masa Ramadan hari tu.. Hari inilah baru nak kongsi sebab tak tahu nak kongsi apa dengan korang.. kikiki.. Jom lah layan..

Sabun homemade.. Kawan pejabat bagi..

Sambal bilis goreng garing dari kawan pejabat.. Memang rangup sungguh..

Abundance Egg Noodle - RM17.16
Sedap juga menu SR ini.. Pertama kali Sha cuba.. Mee kicap versi Secret Recepi..

Kuih 6 Ramadan.. Kawan pejabat bagi.. Lopez dan tepung gomak.. Sempat makan tepung gomak tu je.. Lopez tu bila nak makan kelapanya dah masam.. Sayang..

Encik suami terima kotak Ramadan.. Alhamdulillah.. Ada beras, gula, teh, tepung, kicap, sos cili, sirap dan minyak..

Bakar ikan cencaru sumbat.. Ini menu berbuka Amani dan encik suami pada 11 Ramadan.. Tapi bukan Sha yang bakar.. Encik suami dan MIL yang buat.. Kesukaan Amani..

Dapat penunjuk untuk Al-Quran masa sertai aktiviti Quran Hour dekat Hospital anjuran unit Hal Ehwal Islam..

Mantou pandan.. Kosong je dalam dia..

Parking kuarters dah mula kosong pada hari Sabtu 30/04/2022...

Wordless Wednesday 2022

 

Tuesday, May 24, 2022

Coretan 22 Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini berlalu dengan pelbagai jenis emosi.. Di mana-mana pun pasti akan ada manusia yang berperangai ikut suka je.. Bila diri tu terasa bongkak dan sombong hanya kerana berduit, memang payah nak tolong.. Tapi kita lalui je dengan tenang-tenang.. 1 permasalahan tak akan menganggu berjuta kebahagiaan.. InsyaAllah.. Ada hikmahnya untuk semua yang berlaku, kena ajar diri untuk berlapang dada.. Sekadar mencurahkan isi hati bagi melapangkan dada..

Akhirnya Imani berpeluang sambut hari lahir dengan kawan-kawan kelas dia..

Mendengar penerangan pasal mesin CT Scan.. Hehehe.. Tumpang sekaki je..

Terima kasih belanja saya asikrim..

Lunch bersama encik suami.. Bila ada peluang, kenalah kita manfaatkan, ye tak.. hehehe..
Hari ini tak ada rezeki nak makan Yong Tau Fu Sup, kita makan mee kari..

Petangnya kita bancuh nescafe dan makan kuih..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com