Thursday, October 9, 2025

ebook | Luka di Hati Adawiyah oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedih hati baca cerita ini.. Memang betul-betul cerita tentang kelukaan Adawiyah.. Awalnya dikhianati tunang, adik tiri dan mak tiri.. Kemudiannya pula dianiaya suami.. Aduhlah.. Paling tak menahan patutnya tak payah kahwin pun.. Tapi tu lah.. Jodohkan.. Cuma bila dah hilang, tahu pula sayang.. Sekurang-kurangnya Adawiyah berjaya bangkit melalui kehidupan walau apa pun rintangannya.. 

Cuma kalau bolehkan, penulis patut bagi juga balasan kat 3 orang yang khianati Adawiyah tu.. Bior ada akal sikit.. Kemain lagi senang atas usaha orang lain.. Ish.. Geram..

Sha baca dan selesai pada 08.10.2025..

Published January 1, 2025

Nestle KitKat Milo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat ini menggabungkan rasa milo, memang ngamlah.. Terasalah milo tu, tak ditenggelami rasa coklat.. Memang menarik..

Nestle KitKat Milo (17g)

Ada 2 bar sahaja untuk saiz yang comel ini..

7E Cafe: Taro Gula Aren (iced)

Assalamualaikum..
Hye semua..

7E ada buat promosi air taro sekarang ini.. Panas ke sejuk, harganya RM1 ja.. Memang berbaloilah untuk dibeli.. Jadinya pagi-pagi tadi Sha singgah beli versi sejuk.. Warna dia cantik betul.. Sha suka Rasa dia sebab tak manis.. Rasa taro dia tu mantap tau.. Rasa keladi yang berlemak dan mewah.. Cumanya mungkin akan ada yang tak sukalah sebab bukan semua orang boleh terima rasa Taro ini.. Nanti nak beli versi panas pula..

7E Cafe: Taro Gula Aren (iced) - RM1

Ungu cantik warna dia..

Wednesday, October 8, 2025

Mighty White Chocolate Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi kek keluaran Mighty White.. Kek coklat ini dia lembut dan lembap.. Tak kering.. Sha suka tekstur yang macam ini bila makan kek.. Kalau tiba-tiba ada tetamu datang, bolehlah hidang ja kek ini.. Mudah, cepat dan yang penting sedap.. Rasa coklat dia tu memang cukup rasa dan tak manis.. Sesuailah jadi menu sarapan pagi mahupun minum petang..

Mighty White Chocolate Cake (300g) - RM10.30

Potong ja ikut potongan sedia ada.. Saiz kek tu memang cantiklah..

Dah potong, dapatlah sebekas ini.. Dua hari ja dah habis..

Taiwan | Organ Child (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Bila berkaitan dengan ke kehilangan anak ini, lain macam perasaan bila tengok.. Awal-awal cerita tu, kita macam keliru ja tapi kena sabar untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi.. Bagaimana seorang ayah mula mencari tahu cerita sebenar di sebalik kehilangan anaknya yang baru berusia 3 bulan.. Anak dia kena culik sebab ada orang nak kan jantung anak dia.. Masa dia mencari, dia dituduh membunuh dan dipenjarakan.. Bila dibebaskan, dia mula mencari mereka-mereka yang terlibat dalam penculikkan anak dia.. Sedihlah sebab akhirnya dia mati.. huhuhu..

Title: Organ Child
Also Known As: Chi Tzu, Guilt, Crime and Sin, Organ, Organ Girl, Qi Zi
Screenwriter & Director: Shiue Bin Jian
Screenwriter: Huang Chih Hsiang
Genres: Thriller, Crime
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Taiwan
Release Date: Apr 11, 2025
Duration: 2 hr. 0 min.
Zhang Qi Mao's daughter disappeared at three months old, suspected to be stolen by a trafficking ring. His wife died from guilt, and he was imprisoned while seeking the truth. After his release, he learned his daughter was exploited by an organ harvesting group, her heart taken. Fueled by grief and anger, he sought violent revenge against the criminals.

Nestum Brown Rice

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara minuman yang Sha dah lama teringin nak rasa tapi tak sanggup nak beli 1 pek besar.. Bila berperluang untuk beli 1 sachet ja, makanya jomlah cuba.. Bancuhannya lebih pekat.. Rasa pula, okay ja.. Tak adalah pelik ke apa.. Cuma lepas minum tu rasa lebih kenyang.. Okaylah..

Nestum Brown Rice (27g) - RM2.35

Tuesday, October 7, 2025

ebook | Tiga Hari Kama oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah dua hati yang tak pernah mahu memiliki dan dimiliki.. Namun pertemuan semula Daiyan dan Qalif berjaya mewujudkan rasa di hati mereka.. Daiyan dah terbiasa bersendirian dan mempunyai impian yang sukar orang lain nak faham.. Qalif pula hidup macam nomad jadi untuk berpasangan memang tak adalah dalam kamus hidup dia.. Semua tu berubah bila Qalif temankan Daiyan ke Terengganu.. Apa agaknya yang merubah mereka untuk saling memberi peluang?? Kenalah baca..

Sha juga teringin jadi Daiyan tapi melalui buku ja lah.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 06.10.2025..

Published January 1, 2025

Mighty White Butter Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wangi betul bau mentega dia.. Pertama kali Sha beli.. Ini pun sebab nak mudah bekalkan Imani ke kelas tambahan.. Buat kudap-kudap dia, kawan-kawan dan ustaznya.. Sedaplah kek dia, lembut dan gebu ja.. Memang Sha akan beli lagi.. Lagipun mudah nak cari.. Kedai runcit ada, 99 Speedmart ada, dekat 7E pun ada jual..

Mighty White Butter Cake (300g) - RM8.20

Besar juga kek dia.. Siap ada potongan dah di bahagian tengah kek.. Jadinya, kita ikut ja potongan tu.. Memang cantiklah ini..

Sha potong lagi dua sebab besar.. Muatlah sebekas ini..

Mamee Monster Snek Mi X Christy Ng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertengahan bulan September hari tu, Sha ada beli 3 bungkus pek besar Mamee.. Tak sangka pula dalam pek tu ada kad hadiah.. Memang kelakarlah ayat-ayat dekat kad tu.. 

Ini kad pertama Sha buka..

Kad kedua..

Rezeki kad ketiga.. Kena scan qr tu dan masukkan kod yang diberi bawah qr tu..
Tapi belum boleh tebus lagi masa tu..

Semalam bila buka, dah boleh tebus.. Ingatkan dapat apa lah..
Kitanya teruja tau..
Lepas masukkan kod, keluar pek mamee ini.. Kena tap 2,3 kali.. Nanti keluarlah hadiah dia..
Dapatlah voucher RM10.. Masalahnya produk yang nak ditebus tu, paling murah pun RM50.. huhuhu.. Jadinya kena keluarkan duit yang agak banyak baru boleh tebus hadiah.. Tu belum lagi kos pos..



Monday, October 6, 2025

Mama Vege Shake Mee: Chili Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat 7E Cafe.. Menarik bila tengok perkataan shake me tu.. Lepas tu siap ada lubang comel untuk buang air panas.. Cumanya kena pegang betul-betul, kalau tak berterabur mee dia.. kikiki.. Rasa pedas dan masam dia memang ngamlah.. Pada Sha yang kurang makan pedas, pedas dia masih boleh diterima sebab ada rasa masam cili yang membantu.. Menariklah pada Sha..

Mama Vege Shake Mee: Chili Lime (99g) - RM5.90

Isi dalam Ada mee, garfu, pek sos soya, chili oil dan Sweet Radish..

Pada kotak bahagian luar dan dalam ada garis untuk sukatan air.. Jadi mudahlah..

Leas dah buang air, bolehlah bubuh sos soya, minyak cili dan sweet radish tu dalam bekas.. Lepastu tutup dan goncang..

Selepas digoncang, beginilah rupa dia..

Temujanji Pergigian Pediatrik & Pakar Bius

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji gigi.. Masuk ja, doktor tanya ada demam batuk selsema tak.. Minggu lepas sihat tak.. Alhamdulillah.. Dua minggu ini Imani sihat.. Lepas tu terus buat acuan gigi dan ambil corak gigitan.. Acuan tu untuk buat alat pelindung lepas pembedahan nanti.. Doktor confirm kan juga tarikh untuk pembedahan.. Lepas buat acuan, bawa Imani untuk ambil darah dulu.. Lepas tu pergi buat bayaran untuk alat yang akan digunakan tu.. Alat ini RM15, tak boleh guna GL.. Lepas bayar baru nurse bawa pergi jumpa pakar bius.. Masa ini, tiba-tiba doktor bagi tahu yang pembedahan Imani mungkin akan diawalkan.. Alhamdulillah.. Sha lagi suka.. Lagi awal lagi bagus.. Kawan-kawan tolong doakan upaya pembedahan Imani diawalkan dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi ya.. Terima kasih Sha ucapkan..

Masa dekat pakar bius ini, memang doktor tanyalah pernah buat pembedahan tak.. Lepas pembedahan ada komplikasi tak.. Lepas tu doktor bius terangkan apa yang akan berlaku semasa pembedahan tu nanti.. Sha memang dengar sepenuh jiwa.. Selesai urusan hari ini.. Kita tunggu keputusan tarikh pembedahan ja.. Sama ada awal atau tetap hujung bulan..

update 07.10.2025: Alhamdulillah pembedahan Imani diawalkan..

Menanti nama dipanggil..

BOH Ice Tea: Lemon Lime, Peach & Orchard Splash

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara minuman yang Sha beli secara single sachet.. Walaupun di pek nya tertulis Ice Tea namun Sha bancuh panas.. Minum di pejabat yang sejuk lebih sesuai panas dari ais.. kikiki..

BOH Ice Tea Lemon Lime (14.5g) - RM1.79
Sha rasa syok pula minum panas-panas air ini.. Gabungan lemon dan limau tu memang ngamlah.. Pekat airnya.. Puas hati bancuh sepeket tu..

BOH Ice Tea Peach (14.5g) - RM1.79
Semerbak bau buah pic tu masa buka bungkusan.. Bila kena air panas lagi wangi bau dia.. Rasa pic tu memang ngamlah dengan Sha.. Suka pula Sha minum panas-panas.. Rugi pula tak beli 2 sachet.. Kalau tak boleh bancuh 1 panas dan 1 lagi sejuk.. kikiki..

BOH Ice Tea Orchard Splash (14.5g) - RM1.79
Rasa teh dengan buah mangga ini memang menyegarkan.. Dua rasa yang bergabung dengan cantik dan menggoda di lidah.. Kalau suka sejuk boleh tambah ais tapi Sha suka minum panas.. Ngam ja dia lalu tekak..

Sunday, October 5, 2025

Ke Family Mart Bersama Imani dan Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani dah tuntut ramen dia.. Semalam lagi mintanya tapi Sha penat jadinya pagi tadi baru pergi.. Lepas selesai hantar baju dekat rumah transit terus pergi Tanjung Malim.. Family Mart dekat Tanjung Malim ini besar sikit dan lebih selesa nak berlama-lama.. Sambil-sambil tu bolehlah Sha cari beg 7E warna oren.. kikiki..

Pilihan Imani.. Ramen cheese (RM7.50) dengan tambahan 2 korean odeng fish cake (RM4.40), seafood tofu fish cake (RM2.20) dan 2 love cheese tofu (RM3.00).. Air pula mixberries frappe (RM9.50)..

Ini pula pilihan Amani.. Sparkling peach oolong tea (RM6.90), double cheese corn sausage (RM7.90) dengan sicy crispy chiki(RM5.50)..

Sha beli juga crispy beef roti (RM5.90) sebab nak rasa.. Boleh tahan.. Isi daging dia memang banyaklah cuma tu lah tak ada rasa pedas.. Jadinya balik tu Sha makan dengan kimchi.. Baru umph!! 


Aiskrim mixed berries yogurt sofuto ini dapat diskaun.. Boleh add on dengan harga 99 sen ja.. Memang belilah.. Sedap aiskrim dia.. Paling Sha suka sebb aiskrim dia lambat cair.. Berbaloilah..

Nestle KitKat Rich: Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim dengan salutan cokat gelap dan wafer yang mewah namun tak manis.. Rasa dia lebih sedap berbanding aiskrim kitkat yang biasa tu.. Mewahlah rasa coklat dia pada Sha..

Nestle KitKat Rich: Dark Chocolate (85ml) - RM

Meriah betul ketulan wafer kitkat dekat bahagian coklat tu..

Bahagian dalam dia aiskrim vanila..

China | Folk Soul Ferryman (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini boleh tonton di aplikasi iQiyi.. Sha pun terjumpa ja sebenarnya.. Sajalah layan.. Mujurlah cerita seram yang tak berapa nak seram tapi lebih kepada perbuatan manusia.. Kadang kita rasa macam hantu tu menakutkan tapi manusia lebih menakutkan.. Filem ini ada 3 kisah pendek didalamnya dengan watak utama memainkan peranan sebagai pendeta yang memudahkan urusan mereka yang masih hidup dan juga yang dah mati..

Folk Soul Ferryman (2025)
 2025 | 1 jam 29 minit
Pelakon: Peng Yu Si, Yang Xin Ming
The story tells that the Yin Walker, Master Xiao Shen, who is said to be able to walk between the living and the dead and communicate with ghosts in folk legends, has experienced three supernatural events, including ghost marriage, substitute disaster-relief, and inter-generational soul-return, from the time of apprenticeship to the achievement of his skills. He solved these strange events with his ability to walk in the underworld and, in the process, solved the confusion he had when he first became an apprentice and understood the truth that "people are both benefited and trapped by emotions.

Saturday, October 4, 2025

Big Country Cranberry Oat Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat biskut ini dari rakan sekerja.. Dia beli satu bekas besar, dalam bekas tu ada pek comel-comel macam ini.. Sedap biskutnya.. Buka ja bungkusan, bau wangi kranberi tu menyerlah.. Bila gigit memang terasalah kraberinya dan oat tu.. Sedap dan mengenyangkan..

Dapatlah 3 pek comel..

Setiap pek ada sekeping je biskut..

Mengatasi Kegerunan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini Imani habis PSRA.. Kiranya ini tahun akhirlah anak Sha akan bersekolah agama.. Sha masih ingat lagi waktu mula-mula carikan sekolah agama untuk Amani.. Masa ini tahun 2016.. 3 ke 4 bulan sebelum Amani habis sekolah Pasti.. Oleh kerana Sha duduk di sempadan Selangor dan Perak, Sha cari sekolah agama Amani di sebelah Selangor.. Ini pun bukan sahaja sebab dekat tapi juga disebabkan kos.. Kos pembelajaran bagi sekolah agama di Selangor lebih mesra poket..

Masa survey ini, memang Sha pergi sekolah atas bukit ini dulu tapi disebabkan masa tu jalan nya lebih curam dan sedikit sempit, Sha suruh encik suami cari yang lain dulu.. Sha yang akan uruskan anak jadi biarlah pilih sekolah yang mudah dan senang Sha nak akses.. Tambahan pula bila kereta yang Sha pakai masa ini manual.. Ngeri okay nak panjat bukit ini.. Tu yang Sha sekolahkan Amani di Kg. Serigala, sebab sekolahnya tepi jalan sahaja.. 

Masa Amani periksa UPKK dia buat secara atas talian sebab musim PKP.. Masa periksa PSRA, Amani menumpang di sekolah atas bukit ini tapi ustaz ustazah yang uruskan.. Imani UPKK dekat sekolah Serigala sebab masa ini ada pelajar SRITI yang menumpang jadinya cukuplah jumlah pelajar untuk sekolah Serigala dijadikan pusat periksa.. Cuma bila nak PSRA ja, Imani terpaksa menumpang di sekolah atas bukit ini sebab mereka hanya ada 4 orang sahaja.. Tak cukup jumlah pelajar untuk sekolah jadi pusat periksa.. 

Sha pula memang ambil cuti seminggu untuk uruskan Imani.. Jadinya hari Isnin petang, ustaznya dah Whatsapp maklumkan yang ibu bapa kena ambil sendiri anak dari sekolah atas bukit ini.. Memang Sha tawakal ja lah.. Lagipun kereta dah tukar auto, encik suami pun dah cakap.. Kereta auto ini dia tak akan mengundur bila gear duduk dekat D.. Yakinlah sikitkan.. Alhamdulillah.. Sha berjaya naik dan turun bukit ini dengan selamat sepanjang minggu peperiksaan PSRA Imani.. Gemuruh dan berdebar tu memang adalah tapi berjaya juga diatasi demi seorang anak..

Ini pemandangan dari seberang jalan..
Sha tak pasti bila tapi rasanya macam sebelum PKP diorang lebarkan jalan nak naik ke sekolah agama ini.. Tapi Sha memang tak pernah naik.. 

Pemandangan sebelum naik..

Ini video semasa naik bukit..

Ini pula video turun bukit..

Nutrigen Milk: Brown Sugar Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susu kopi jenama ini, tak terlalu manis.. Sedaplah minum waktu pagi walaupun sejuk.. Memang ngamlah rasa kopi tu.. Saiz dan harga tu, okaylah untuk Sha.. Sha pun pertama kali cuba, ini ja saiz yang paling kecik Sha jumpa.. kikiki.. Sha beli dekat pasaraya TF Value Mart..

Nutrigen Milk: Brown Sugar Latte (568ml) - RM5.90

Friday, October 3, 2025

Selesai PSRA 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini selesai sudah Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2025 bagi Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Selangor.. Seminggu ini bertungkus lumus Sha menjadi pemandu menguruskan Imani.. Pagi jam 8.30 dah gerak hantar ke sekolah untuk Kelas Kepong.. Jam 12 ambil bawa balik untuk makan dan mandi.. Jam 1.30 hantar balik ke sekolah sebelum mereka dibawa oleh ustaz dan ustazah ke sekolah agama lain untuk peperiksaan.. Oleh kerana mereka hanya 4 orang sahaja, kenalah menumpang di sekolah lain untuk pelaksanaan peperiksaan.. Jam 4.10 petang Sha ambil bawa balik.. Begitulah sepanjang minggu ini.. 

Hari ini ja Sha yang hantar sampai ke sekolah tempat periksa.. Lepas ini debaran menanti keputusan periksa pula.. 

Ini jadual kelas tambahan..

Ini pula jadual peperiksaan PSRA 2025.. Seawal jam 2 petang dah kena ada di sekolah walaupun peperiksaannya mula jam 2.40 petang..

Godiva Signature: 90% & 70% Cacao Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Godiva Signature 90% Cacao Dark Chocolate
Pahit dia memang kaw! Rasa pure coklat pekat, sesuai untuk yang betul-betul sukakan coklat gelap dan rasa asli coklat yang pekat.. Kalau suka manis, mesti akan terkejut sikit dengan rasa dia ini.. Tapi bila kunyah dengan perlahan-lahan, anda akan dapat rasa yang sangat elegan dan licin ja..

Godiva Signature 70% Cacao Dark Chocolate
Kalau yang ini rasa dia lebih seimbang.. Coklat ini memiliki rasa pahit tapi masih ada rasa manis dihujungnya.. Tekstur dia taklah lembut mana dan taklah terlalu keras di lidah.. Sesuai untuk mereka yang nak makan dan menikmati coklat gelap tanpa rasa terlalu “keras” macam 90%..

Ringkasnya boleh Sha cakap 90% untuk yang betul-betul hardcore, dan 70% untuk yang nak pahit tapi masih ada rasa manis dihujungnya.. Gitu..

Satu lagikan, kalau korang tengah emosi tak berapa nak stabil, sesuai sangat makan yang 70% tu.. Rasa coklat tu boleh pulihkan emosi tau, sebab Sha memang rasa lega lepas makan coklat ini.. Hilang stress.. kikiki..


Dari segi warna boleh nampak yang 90% (kiri) tu gelap dia memang betul-betul gelap.. Manakala yang 70% tu agak cerah sedikit kegelapan dia..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com