Friday, August 22, 2025

Kuda Merah Delima

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana Sha ini memang peminat warna merah, makanya yang baru pun kita ambil warna merah juga cuma kali ini warna Merah Delima (Ruby Red), tak lah segarang Merah Api (Fire Red).. Pilihan Sha tetaplah jenama Proton.. Cumanya dah tak dapatlah manual.. Manual dah tak ada, yang ada auto sahaja.. Jadinya kenalah juga pakai auto dan dah alang-alang tu kita ambil yang versi upgrade sedikit.. Kali ini Sha ambil plat negeri Perak.. Memang dah tetap duduknya di Perak kan.. Saga ini selamat sampai ke tangan Sha pada 21 Ogos 2025.. Berbeza ya pemanduan kali ini.. Kereta terasa ringan dan laju.. Memang perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kereta ini..

Kalau ikutkan masih tak selesai lagi sebab tinted dan dashcam belum pasang lagi.. Sha kena bawa sendiri kereta ke kedai di Rawang untuk pemasangan tinted.. Dashcam pula akan dipasang selepas selesai pemasangan tinted..

Bergambar masa penyerahan kereta..

Selamat dah sampai parking..

Buah tangan dari Proton.. Woven beg, pelindung cermin, payung, tisu, pen, pewangi kereta, pelapik, keychain, pemegang telefon dan juga thermos proton..

RTE: Sambal Sotong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Produk sedia di makan.. Cuma perlu nyahbeku dan panaskan dalam air didih selama 5 hingga 8 minit.. Mudah dan sedia dimakan.. Paling penting harga dan kuantiti tu sepadan untuk 2 ke 3 orang makan.. Rasa sambal dia tak adalah pedas melampau.. Pedas manja ja, sesuailah untuk Sha yang tak makan pedas.. Cukup rasa pada Sha.. Sotong dia walaupun besar tapi lembut dan tak liat..

Update: Sha beli di 99 Speedmart tau.. lupa pula nak bubuh.. Mujur Kak SA tanya..

Sambal Sotong (250g) - RM6.65

Panaskan dalam air mendidih selama 5 minit hingga 8 minit..

Sebekas comel sambal sotongnya.. Banyaklah juga pada Sha, boleh 2 ke 3 orang makan.. Sotongnya pula jenis yang besar-besar..

Selamat Tinggal Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terdetiknya cadangan untuk menjual kereta merah ini bermula pada awal Mei hari tu tapi masa tu Sha masih bercita-cita ingin mencari pengganti yang sama iaitu kereta manual juga.. Namun tak berjaya dan kami tangguhkan.. Setelah peristiwa Kuda Merah Overheat, encik suami sekali lagi mencadangkan untuk menjual kereta merah ini.. Jadinya setelah berbincang baik dan buruknya, encik suami dan Sha buat keputusan untuk tolak kereta saga Sha ini dan ambil kereta baru.. Sha beli kereta ini pada Oktober 2013 dengan Sales Advisor yang sama untuk kereta baru nanti.. Beliau pun tak sangka yang Sha masih lagi pakai kereta saga ini.. 

Hampir 12 tahun tanpa tukar kereta lain.. Memang guna sepenuhnya untuk ke mana-mana.. Pakai harian untuk hantar dan ambil anak sekolah.. 3 tahun kebelakangan ini lagi keraplah pakai sebab Sha berulang dari Politeknik ke Behrang 2020 kemudian ke Slim River pula untuk masuk kerja pada sebelah paginya.. Petangnya pula Sha akan gerak dari Slim River ke Selisik ambil anak sekolah agama lepas tu ke Behrang 2020 ambil anak dekat rumah transit, sebelum patah balik ke Politeknik.. Sehari perjalanan Sha lebih kurang 56.2km.. Bayangkanlah, hari-hari macam ini jaraknya.. Memang keraplah kereta ini di servis.. 

Bila usia dah 12 tahun dan kerap bergerak makin keraplah penyakit dia datang.. Bila kira-kira balik lebih berbaloi ambil kereta baru.. Maka sampailah masanya untuk melepaskan Saga SV Merah Api Sha ini.. Sha pun tak sangka akan pakai selama ini.. 

Ahad (10.08.2025) Saga SV Merah Api ini selamat diberikan kepada Sales Advisor proton untuk beliau bawa ke CARSOME untuk kereta dinilai berapa harganya.. Kalau ikutkan nak tinggal ja tapi disebabkan hari Ahad, kenalah bawa balik.. 

Rabu (13.08.2025) Sha hantar Saga SV Merah Api ini ke CARSOME untuk ditukar milik dengan harga RM2000.. kikiki.. Begitulah harganya.. Kereta manual yang dah 12 tahun bersama Sha.. Alhamdulillah, hari Jumaat (15.08.2025) duit selamat Sha terima dalam akaun dan slip pengesahan tukar milik pula dapat pada Sales Advisor Sha pada hari Sabtu (16.08.2025) nya.. Sha majukan slip pengesahan tu pada ejen yang buat insurans dan roadtax kereta Sha untuk dia batalkan supaya Sales Advisor Sha boleh bawa NCD lama ke kereta baru.. Isnin (18.08.2025) baru selesai urusan NCD tu..

Pemanduan terakhir bersama Kuda Merah Sha.. Masa ini nak hantar kereta ke CARSOME Rawang..

Kenangan terakhir..

Thursday, August 21, 2025

Kursus Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah terlupa pasal kursus ini sebenarnya, mujur masih berjaya sertai.. Terlambat 5 minit dari waktu Kursus bermula.. Seronok kursusnya sebab dia lebih pada perkara yang berkaitan dengan psikologi kita sebagai manusia..

Alhamdulillah.. Berjaya masuk.. 



Ada ujian untuk tahu tahap penetapan diri..

Yeah!! Mantap keputusannya..
Respon terakhir adalah mengenai kesejahteraan hidup kita.. Soalan dia dasyat..

Terakhir, kena bagi penilaian sebelum diberikan sijil..

Kursus: Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!
Penceramah: Puan Lee Kah Nyin
(Pegawai Psikologi/Kaunselor Berdaftar Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
🗓️Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
📍 Melalui Pautan Google Meet

Mister Potato SyokWave: Sotong Pedas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bau sotong tu semerbak lepas kita buka bungkusan.. Rasanya pula memang adalah rasa sotong ti dan yang pasti agak pedas di lidah Sha.. Sesuailah sangat dengan perkataan Perisa Fulamak tu.. kikiki.. Okaylah untuk rasa, kalau nak beli lagi tu mungkin taklah.. Sikit sangat isi dia.. kikiki.. Beli keropok ini kononya berharaplah isi dia banyak sebab ada perkataan Extra 50% tu tapi tak adalah banyak manapun.. Lebih sedikit ja dari yang biasa.. 

Mister Potato SyokWave: Sotong Pedas (85g) - RM3.49

Isi dalamnya tak sampai pun separuh plastik tu.. kikiki..

US | The Sandman S2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini hanyalah fantasi.. Jangan terpengaruh pula.. Sha tengok sebab Sha suka pelakon yang bawa watak utama tu.. 

Drama bermula selepas musim 1 berakhir dimana  Morpheus/Dream cuba membina semula kota dia.. Tapi kemudiannya dia dijemput untuk berjumpa dengan semua ahli keluarga Endless iaitu Destiny, Death, Desire, Despair dan Delirium dengan satu masih lagi menghilang.. Masa ini Desire buat Dream marah dan Death pula mengingatkan Dream terhadap cintanya iaitu manusia bernama Nada yang dah tercampak di neraka.. Makanya bermulalah misi menyelamatkan Nada oleh Dream.. Semuanya bermula dari Nada.. Berlarut-larut kepada perkara lain dan akhirnya nyawa Dream terancam akibat menunaikan permintaan anaknya sendiri.. 

Drama ini berakhir dengan kemunculan Dream/Daniel yang baru..

The Sandman
2022 ‧ Drama/Fantasy/Horror/Mystery/Sci-Fi ‧ 2 seasons
Taglines: It is never only a Dream.
When the Sandman, aka Dream, the cosmic being who controls all dreams, is captured and held prisoner for more than a century, he must journey across different worlds and timelines to fix the chaos his absence has caused.

S2.E1 ∙ Season of Mists
S2.E2 ∙ The Ruler of Hell
S2.E3 ∙ More Devils Than Vast Hell Can Hold
S2.E4 ∙ Brief Lives
S2.E5 ∙ The Song of Orpheus
S2.E6 ∙ Family Blood
S2.E7 ∙ Time and Night
S2.E8 ∙ Fuel for the Fire
S2.E9 ∙ The Kindly Ones
S2.E10 ∙ Long Live the King
S2.E11 ∙ A Tale of Graceful Ends
S2.E12 ∙ Death: The High Cost of Living

Wednesday, August 20, 2025

Jack n Jill | Cloud 9 Crispy Crunch Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bar coklat yan di gandingkan dengan ketulan kacang hazel dan biskut.. Kita boleh rasalah kehadiran kacang hazel tu cumanya secara fizikal tu macam tak terasa sangat.. Cumanya bila kita kunyah dan makan memang ada rasa kacang hazel tu.. Kalau biasa makan kacang hazel, dia ada satu rasa unik yang akan tertinggal di lidah.. Samalah macam coklat bar yang digandingkan dengan kacang hazel ini.. Sha kurang minat yang ini..

Jack n Jill | Cloud 9 Crispy Crunch Hazelnut (144g) - RM8.50

Isi dalam dia ada 12 pek..

Ketulan kacang tu kecil ja, yang lebih terasa adalah ketulan biskut tu..

ebook | Kalsum oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha ingatkan buku ini berunsurkan seram disebabkan tingkah laku Kalsum yang misteri dan pelik.. Tu belum lagi amaran yang diterima oleh Affan dari seorang makcik.. Namun bila lama-lama membaca barulah faham apa yang penulis cuba sampaikan.. Tapi memang kesian jugalah dekat Kalsum tu.. Manakala Affan pula hanyalah mangsa tak sengaja.. Kesian Affan.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2025

Published August 1, 2025 by Nursyazni e-Book Pub (967-26621)

Ha'ritage Hola! Granola Cup Yoghurt Mix Berries

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Awal tu Sha ingatkan adalah beri kering tapi bila buka, tak ada pun.. Cumanya bila dah tambah susu tu dan makan, baru rasa beri tu.. Sedap dan mengenyangkan.. Kalau tak nak tambah susu, tambah air panas atau sejuk pun boleh.. 

Ha'ritage Hola! Granola Cup Yoghurt Mix Berries (35g) - RM4.90

Isi dalam bekas.. Siap ada tisu dan sudu..

Sha makan dengan susu Oatside..

Bila dah buka inilah isinya.. Ada serbuk susu dan juga granola..

Setelah dicampur susu Oatside.. Ada juga biji chia, yang hitam-hitam tu..

Tuesday, August 19, 2025

Ambil Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini teman encik suami ambil darah untuk temujanji minggu hadapan.. Harapnya semua baik-baik sahajalah..

Alhamdulillah.. Awal panggilnya.. Tak sampai 5 minit dah selesai, tambah encik suami memang makan ubat cair darah.. Lajulah keluar darahnya..

Lepas ambil darah, bawa encik suami makan dulu.. Lembut betul roti canainya..

Lactel Temptation: Passion Fruit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap betul air yogurt ini.. Tambahan pula bila lebih berkrim memang syoklah minum.. Suka betul Sha air yogurt yang pekat macam ini.. Tambahan pula rasa buah markisa, lagilah puas hati bila minum sebab gabungan yang sedap.. Minum sejuk-sejuk memang layanlah.. Lawas ja sistem pembuangan.. kikiki.. Airnya warna kuning, Sha tak ambillah gambar sebab bila kena cahaya kamera tu dia jadi warna putih.. Habis minum, Sha tambahkan sedikit air masak dalam botol ini dan goncang.. Air dia pekat jadi masih ada yang tersisa di botol, tu yang kena tambah sedikit air masak atau susu dan goncang untuk pastikan tidak ada yang tersisa di botol..

Lactel Temptation: Passion Fruit (500g) - RM6.50

ebook | Agent Clone: Misi Pencarian oleh Haninay

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok pula baca novel yang berkaitan penyiasatan dan misteri ini.. Selalunya novel berbahasa Inggeris sahaja yang banyak begini.. Namun kini novel berbahasa Melayu pun dah mula banyak genre macam ini..

Kisahnya tentang sepasang kembar bernama Arash dan Adam.. Arash merupakan seorang ejen yang bagus dan sentiasa bersedia menjalankan misi.. Namun tiba-tiba hilang tanpa dikesan.. Makanya Adam dipanggil bagi membantu mencari Arash.. Adam memang tak sangkalah yang selama ini Arash sibuk tu sebab menjalankan misi.. Masalahnya Adam mempunyai ingatan jangka pendek, memang mecabarlah jadinya nanti misi Adam mencari Arash..

Namun pada akhirnya, misi berjaya tapi Arash masih lagi tak dapat dikesan.. Cerita bersambung pula..

Sha baca dan selesai pada 18.08.2025..

Published March 25, 2024 by Bookiut

Monday, August 18, 2025

All Joy Mulberries Hawthorn Lollipop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa dia masam-masam.. Lembut ja lollipop nya.. Sekali gigit dah habis.. kikiki.. Bukan jenis keras, jadi sesuailah untuk semua peringkat umur..

All Joy Mulberries Hawthorn Lollipop (50g) - RM3.89

Ada 5 pek comel dalam dia.. Lollipop tu dibungkus berasingan..

Warna coklat bila dalam gambar..

ebook | Miss Dandelion oleh Ejart14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini membawakan kita kisah seorang remaja sekolah yang selalu menang dan sentiasa cemerlang berada dalam keadaan yang agak menyedihkan.. Awalnya semua baik-baik sahaja.. Namun tiba-tiba hidup Amna berubah 360 darjah.. Semuanya bermula dengan pemergian ayah tercinta, abang Amna tidak meneruskan sekolah, ibu Amna yang terlalu tegas mengongkong Amna dan Amna mila kehilangan setiap kejayaan yang pernah dimilikinya.. Amna jadi murung dan penyedih hinggalah pada suatu hari abang Amna berbual dan cuba memahami Amna.. 

Kisah yang menarik dan berpengajaran.. Sha baca dan selesai pada 17.08.2025..

Published October 19, 2023 by Bookiut

Global Garlic Spread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah Sha cuba jenama ini sebab pada Sha, harga dia tu agak murahlah.. Alhamdulillah walaupun rasa herba tu tak kuat tapi rasa bawang putih dia mantap.. Memang bukan Sha ja suka, anak-anak pun suka.. Mudahlah kerja Sha pagi-pagi kalau anak nak sarapan atau bawa bekal.. Sapu ja atas roti lepas tu bakar atas pan.. Siap.. Kalau ada sup cendawan lagi umph tau..

Global Garlic Spread (180g) - RM6.85

Nampak macam tak banyak ja herbanya kan..

Setelah disapu pada roti, banyak ja herbanya..

Sunday, August 17, 2025

Vida Asam Jawa, Aiskrim Soda & Sirap Ros

Assalamuaalikum..
Hye semua..

Kedai ECO kembali menurunkan harga untuk makanan dan minuman sahaja menjadi RM2.40.. Makanya masa jalan-jalan di bahagian makanan dan minuman, Sha ternampak tin Vida yang cantik.. Bila belek-belek rupanya perisa baru.. Makanya jomlah kita ambil untuk cuba.. Teruja betul Sha tengok corak pada tin, cantik ya amat.. kikiki..

Vida Asam Jawa, Aiskrim Soda & Sirap Ros

Ini gambar bahagian tepi tin.. Pokok asam jawa, suasana kampung dan setaman bunga ros.. Betul-betul mencerminkan rasa air tu..

Vida Asam Jawa (325ml) - RM2.40
Air asam jawa tak terlalu masam.. Ada rasa asam jawa tu dan bila digabungkan dengan karbonat tu dia jadi unik tapi sedap.. Rasa dia best dan tidaklah terlalu masam.. Ngamlah dengan tekak Sha.. 

Vida Aiskrim Soda (325ml) - RM2.40
Air dia ini ada rasa kemudian yang pelik.. Bila kita minum tu dia macam tertinggal rasa yang tak boleh nak diterangkan.. Bolehlah..

Vida Sirap Ros (325ml) - RM2.40
Air dia warna putih tapi bau ros tu memang ada.. Sha membayangkan yang airnya warna merah sebab sirap kan, sekali hampa.. Rasa airnya taklah begitu ketara yang ianya sirap ros.. Ada tapi lembut ja.. Manis pun tak.. Kira okaylah.. Bau ros tu pada Sha lebih menyerlah dan tertinggal di lidah tapi tidaklah terlalu kuat..

Buah Tangan Dari Lumut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hampir seminggu encik suami bertugas luar kawasan di Lumut, malam tadi baru balik.. Sha bangun pagi ini tengok ada bungkusan atas meja.. Sha ingatkan beliau beli, rupanya dapat percuma dari Kedai Hasil Laut Jamilah sebab rombongan yang beliau bawa ke Lumut untuk pertandingan, singgah di situ membeli belah.. Rezeki untuk anak dan isteri..

Makanan laut dari Lumut.. Ada keropok ketam, keropok ubi sira, snek ikan, ikan bilis dan ikan masin..

Ini dah buka, beliau makan dengan anak-anak malam tadi..

Sedih betul tengok sate ikan ini.. Makin kecil dan sikit ja isi dia.. Ada 7 cucuk ja sekarang ini..

Saturday, August 16, 2025

Halls XS Lime & Watermelon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua gula-gula menarik dari jenama Halls.. Warna hijau tu rasa limau nipis dan merah tu rasa tembikai.. Untuk yang rasa limau nipis tu, sedap.. Rasa tembikai tu pula agak unik tapi sedap juga.. Kedua-duanya berangin dan menyegarkan namun tidaklah melampau sangat rasa berangin dia.. Sedang sedang sahaja..

Halls XS Lime - RM2.50
Halls XS Watermelon - RM2.50
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com