Wednesday, June 1, 2022

Filem US | John Wick: Chapter 2 (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kedua ini nampak macam tak ada kena mengena dengan anjing John.. Cuma untuk permulaan filem ada aksi bagaiman John cuba dapatkan balik kereta beliau yang dicuri.. Filem kemudiannya diteruskan dengan aksi dimana John terpaksa menunaikan janji dengan Santino tapi kemudiannya Santino cuba membunuh John.. Ini merupakan permulaan bila mana John terpaksa menyelamatkan diri dia dari Pembunuh upahan yang datang untuk membunuh beliau bila John melanggar kod perjanjan pembunuh upahan..

Walaupun dah berusia, Keanu masih lagi ohsem beraksi..

John Wick: Chapter 2
2017 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 2m
Renowned assassin John Wick sets out for Rome to duel with some of the deadliest killers to fulfil a vow he made. However, he soon learns that there is a huge bounty on his head.

Secret Recipe: Shanghai Fried Rice

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam rakan sekerja belanja makan dekat SR.. Sha pilih menu Oriental.. Sajalah nak cuba nasi goreng dia pula.. Hari tu dah cuba yang ala-ala mee kicap tu.. Nasi goreng dia tak berapa kick.. Lebih pada rasa manis.. Mujurlah ada ikan bilis goreng yang rangup dan udang yang besar mengancam.. Itu je yang menarik pun..

Realitinya.. Hehehe.. Sha minta tanpa sayur tapi masih ada lobak dan juga cendawan.. Hehehe.. Okaylah rasa dia..

Ini gambar dalam menu..

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, May 31, 2022

McDonald: McFlurry Milo Dinosaur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa bawa Amani ke Teluk Intan, sempatlah menyinggah makan di McD.. Tapi sedihlah, ayam makin kecik.. Rasa macam tak berbaloi je bayar mahal tapi ayam kecik.. Anak-anak sukalah sebab dapat bubur.. Memang kesukan mereka.. Paling best untuk Sha, aiskrim McFlurry ini.. Berbaloi bayar dan beli.. Puas hatilah dengan taburan milo dan juga cereal milo.. Suka betul Sha.. Kalau singgah McD, memang conformlah nak beli lagi.. Amani dan Imani pun suka..

RM5 lebih kalau tak silap Sha..

Goodreads | Bacaan Mei 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduhai.. Makin sikit pula buku yang berjaya dibaca.. Bulan ini berjaya habiskan dua buah buku sahaja.. Kedua-duanya buku fizikal.. Memang stuck betul sejak bulan lepas.. Nantilah kita cari kembali minat dan semangat membaca..

Tong Garden: NOI Crispy Seaweed with Pumpkin Seed Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli lagi crispy seaweed ini.. Kali ini yang original tapi bungkusan warna oren pula.. Okaylah nak buat kudap-kudap.. Original ini menarik juga sebab ada biji labu cuma kurang kick.. Masih sama isinya ada bijan juga.. Memang best dikunyah.. Isinya macam biasalah tak adalah banyak tapi berbaloi dengan harga.. Sha beli di Mr. DIY sebab murah sikit dari tempat lain..

Noi Crispy Seaweed  (40g)

Monday, May 30, 2022

Coretan 29 Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Unit Pengurusan buat Jamuan Raya dan juga Majlis Perpisahan untuk Pegawai Tadbir Diplomatik.. Meriahlah makan-makannya.. Sha bawa puding karamel tapi lupa nak ambil gambar.. Bila masing-masing bawa makanan tambahan selain makanan utama, banyaklah jadinya.. Penuh meja dengan makanan dan dessert..

Menu sarapan Sha.. Laksa, brownies dan roti john..

Penuh meja dengan makanan..

Makan laksa lagi tengahari nya.. hehehe..

Petangnya Sha bawa Amani ke Klinik Pakar Pergigian untuk temujanji susulan.. Doktor bagi tarikh untuk Amani buka besi dalam mulut dia..

Drama US | Reacher - S1 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Kanak-kanak tolong jangan tengok ye.. Drama ini ada babak yang sangat tak sesuai untuk kanak-kanak.. Tapi drama dia memang bestlah sebab Reacher tu ganas gila.. Memang nak kena baca novel dia lah pula lepas nie.. Hahaha..

Reacher ini askar bersara, bila dia dalam pengembaraan tanpa sengaja Reacher dituduh membunuh dan ditangkap.. Asalnya penyiasatan dilakukan untuk Reacher bebas dari tuduhan tapi kemudiannya bila Reacher tahu mayat tu abang dia, memang tak lah dia nak blah.. Terus dia kekal dekat pekan tu dan bantu Finlay untuk menyiasat.. Rupanya abang Reacher tengah buat siasatan dalaman mengenai kes cetak wang palsu.. Memang tak sangkalah bila penjahat sebenar muncul masa episod akhir..

Harapnya season 2 akan lebih ohsemlah..

Reacher
2022 ‧ Thriller ‧ 1 season
Jack Reacher, a veteran military police investigator, has recently entered civilian life when he is falsely accused of murder.



Sunday, May 29, 2022

Minuman | The Tapping Tapir Light: Apple & Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat Kedai Mesra Petronas.. 1 tin ini harga dia RM6.20.. Agak mahal namun sesekali, okaylah.. Kalau selalu, pengsan.. hahaha..

Rasa dia pada Sha okaylah.. Tak terlalu keras dan gas dia pun tak melampau.. Rasa epalnya lebih menyerlah dari vanila.. Vanila tu berjaya buatkan rasa epal tu tak terlalu kuat dan menyengat.. Sha suka sebab rasa dia ringan.. Sama macam yang tertera pada tin dia.. Boleh beli lagi kalau ada duit lebih.. hehehe..

Apple & Vanilla - RM6.20

Drama Korea | Again My Life (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah drama yang ohsem.. Kisah seorang lelaki yang mati kerana ingin membawa kebenaran diberikan peluang kedua untuk melalui kehidupannya semula bermula dari sebelum kematian mak ayah beliau.. Hee Woo bermula semula dan mengumpul sahabat dan kekayaan.. Melalui apa yang diketahuinya di masa depan, Hee Woo mula mengumpul maklumat untuk menangkap Cho Tae Seob dan kuncu-kuncunya.. Ada masa beliau berjaya, ada masa beliau kalah.. Realiti kehidupan bukan mudah menangkap mereka yang ada kuasa dan duit.. Namun keadilan sentiasa ada untuk membela walaupun tak selalu berjaya..

Drama: Again My Life
Also Known As: Eogein Mai Laipeu
Director: Han Cheol Soo
Screenwriter: Kim Yool, J
Genres: Mystery, Law, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Apr 8, 2022 - May 28, 2022
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: SBS, ViuTV
Duration: 1 hr. 5 min.
Kim Hee Woo had the lowest ranking grades in high school. Through perseverance and hard work, he was able to attend university and pass his bar exam. Today, he is an enthusiastic prosecutor. While investigating a potentially corrupt politician, Kim Hee Woo is killed by an unidentified man, only to wake up fully alive.

(Source: AsianWiki)
~~ Adapted from the novel series "Again My Life" (어게인 마이 라이프) by Lee Hae Nal (이해날). ~~

Minuman | Ribena Blackcurrant Jelly Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha belikan air ni untuk Amani dan Imani.. Kedai Mesra Petronas buat promosi, 2 dengan harga RM5.. Imani bagi Sha minum dulu.. Sedap sebab ada jelly.. hehehe.. Sebab tu kena goncang dan picit sebelum minum.. Memang sedaplah dapat air dan boleh mengunyah.. Cumanya air dia sikit jelah.. hehehe..

Dua dengan harga RM5..
Satu RM3.60

Saturday, May 28, 2022

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah lama tidak bersua muka, hari ini akhirnya Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Amani & Imani diadakan secara bersemuka.. Walaupun agak terlewat sampai dari waktu yang tertera, tapi Sha masih sempat sampai sebelum Majlis bermula.. Tapi tu lah, tak ramai ibu bapa yang hadir.. Separuh mungkin terlibat dengan aktiviti Konvokesyen yang berlangsung bermula hari ini di Politeknik, yang lain tu tak pastilah pula.. Memang agak menyedihkan lah bila tengok kehadiran ibu bapa hari ini.. Sikit sangat.. Masing-masing ada urusan yang tak dapat nak dielakkan.. 

Kali ke 10 dah..

Alhamdulillah.. Lama dah tak bertuah untuk terima cabutan bertuah.. Hari ini dapat cabutan bertuah merangkap duit raya.. Sumbangan Perasmi Majlis..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com