Sunday, June 5, 2022

Filem US | Joker (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem berkaitan emosi.. Kalau tengah depressed baik jangan tengok.. Sha pun tersalah tengok sebenarnya.. Ingatkan tak adalah teruk sangat tapi bila layan memang boleh buat kita turut sama depressed.. Arthur memang mempunyai masalah mental, sedang dalam rawatan dan juga pengambilan ubat.. Bila orang sekeliling mula menekan, Arthur mula berubah.. Dia berimaginasi dan mula menyerlahkan sesi psiko dia.. Membunuh tidak membuatkan Arthur rasa bersalah..

Tu je kot Sha mampu ulas.. Kadang-kadang kita rasa tindakan kita tak salah tapi tanpa kita sedar tindakan kita membuatkan orang tertentu tertekan.. 

Joker
2019 ‧ Drama/Crime ‧ 2h 2m
Arthur Fleck, a party clown, leads an impoverished life with his ailing mother. However, when society shuns him and brands him as a freak, he decides to embrace the life of crime and chaos.



Kikoya Snack: Sambal Balado

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya Sha ingatkan keropok ini akan rasa pedas ya amat.. Tapi bila dah makan, rasanya tak adalah melampau.. Lebih pada pedas-pedas manja.. Menarik.. Jangan tanya beli dekat mana ye sebab keropok ini ada dalam bungkusan hamper yang diterima bos.. Bos suruh buka dan makan bersama-sama..

Sha tertarik dengan perkataan Penasaran? tu.. Tu yang amik dan cuba..

Isi dalamnya.. Nampak macam sedikit tapi banyak juga.. Bolehlah untuk kudap-kudap..

Saturday, June 4, 2022

ebook | Galat oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel berat pertama untuk Jun.. Satu permulaan yang bagus untuk Sha.. Novel ini membawakan tema fantasi dan kanak-kanak.. Penceritaan penulis pula menggunakan dua latar iaitu imbas kembali dan masa kini.. Gaya penyampaian penulis kali ini betul-betul memikat Sha.. Jatuh cinta rasanya dengan Galat.. Setiap emosi yang dirasai Teja begitu dekat dengan hati Sha..

Mengambil masa untuk membaca novel ini memberikan kepuasan pada Sha sebab setiap bait yang disampaikan berjaya memberikan kesan pada Sha terutama sekali emosi Teja yang bercelaru.. Penulis berjaya menyampaikan kisah seorang kanak-kanak yang dipingirkan emosinya hanya kerana dia kanak-kanak.. Dengan keadaan semasa yang sukar dengan wabak, Teja dibiarkan mengurus emosinya sendiri.. langsung tak diberi peluang untuk bersuara, langsung tak ditanya sama ada Teja okay ke tak.. dibiarkan tanpa diberi peluang untuk tahu keadaan ibunya hingga merubah Teja..

Terima kasih kepada penulis untuk naskah yang cantik.. Semoga penulis terus berkarya..

Sha baca pada 01.06.2022 dan selesai pada 04.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2022 by Buku Fixi

Putu Perak Moden

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar nak berkongsi cerita.. Tengahari tadi Sha beli Putu Perak untuk buat juadah minum petang.. Kali ini cuba yang inti dia lain dari biasa iaitu Pandan Gula Melaka dan Coklat.. Pandan Gula Melaka tu tak adalah manis sangat.. Rasa dia sederhana dan ringan.. Coklat tu pula rasa dia agak unik tapi masih sedap di lidah Sha.. Penjual menggunakan coklat bar jenama Baryls tau.. Bukannya coklat urai.. Bila belah dua terserlah ketulan coklatnya..

Putu Perak Pandan Gula Melaka
Putu Perak Coklat

Pandan Gula Melaka tu tak manis.. Sedang elok je rasa dia..
Coklat tu pula tak manis dan tak pahit walaupun menggunakan ketulan coklat bar jenama Baryls..

Hadiah Mini Giveaway SS 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. semalam Sha terima hadiah dari Syeeda Saniey sempena Mini Giveaway SS 2022 yang dianjurkan beliau.. Pengumuman pemenang boleh semak di entry beliau yang bertajuk PEMENANG MINI GIVEAWAY SS 2022.. Sha menang suprise box 2.. Memang box yang sampai penuh kejutan.. Terima kasih Sha ucapkan pada Syeeda Saniey untuk hadiah yang super duper ohsem ini.. Terbaik sangat..

Siap ada reben..

Meriah hadiahnya..

Tudung & Brooch
Sejambak bunga
Coklat Apollo Checker (3)
3in1 Alicafe Warung (2)
Keychain burung hantu

ebook | 44 Cinta & Koleksi Komik Terbaik Tembakau oleh Azhar Ahmad (Tembakau)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi yang menghimpunkan komik pendek karya arwah Tembakau dan juga karya tribute dari rakan-rakan kartunis dan serta peminat arwah.. Ada dalam bentuk komik, cerpen pendek dan juga lukisan.. Memang karya arwah diminati ramai.. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..

Sha baca dan selesai pada 03.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 27th 2018 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Friday, June 3, 2022

Alicafe Warung: Klasik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masalah bila masuk kedai ECO.. hehehe.. Saja nak cuba kopi lain yang tak terlalu berat.. Alicafe ini satu sachet 20g je.. Bila bancuh, cukup sekadar pakai cawan kecil.. Memang bestlah kalau sekadar nak hirup kopi sesekali.. Rasa kopi dia tu ringan.. Sha minum sekadar untuk memanaskan badan yang sejuk di dalam Perpustakaan sambil menaip.. hehehe..

1 sachet - 20g
5 sachet - RM2.40

Secawan kopi buat memanas badan..

ebook | Siri Benda Pelik 01: Lari! Dia Dah Datang!!! oleh Jo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri ini bagus dan menarik untuk bagi budak-budak baca dan tak takut dengan hantu.. Sebab seramnya tak adalah melampau..  Komik ini turut menyelitkan pesanan dan juga pantang larang berkaitan 'benda ghaib' ini.. Macam orang selalu katalah "jangan takut sangat, jangan berani sangat"..

Ada 6 cerita pendek berkaitan perkara pelik yang akan diselesaikan oleh 3 sekawan iaitu Seth, Sany & Dre.. Owh ya, komik ini bersambung ye..

Sha baca dan selesai pada 02.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

 
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Beraya Bersama Buku.. Bermula hari ini sehingga 12 Jun 2022..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022
Tarikh: 3 - 12 Jun 2022
Masa: 10 Pagi - 10 Malam
Tempat: WTC Kuala Lumpur

Thursday, June 2, 2022

Filem US | The Contractor (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seorang tentera yang terpaksa dihentikan tugas tanpa apa-apa pampasan akibat penggunaan steroid akhirnya memilih untuk jadi kontraktor.. Tapi tugasan pertama beliau tidak berakhir dengan baik dan beliau ditipu serta dikhianati.. Pembalasan harus dilakukan dan beliau mula menyerang kembali demi keselamatan keluarga beliau..

The Contractor
2022 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 45m
Involuntarily discharged from the Army, a special forces sergeant lands a contract with a private underground military force. When his very first assignment goes awry, the elite soldier finds himself hunted and on the run, caught in a dangerous conspiracy and fighting to stay alive long enough to get home and uncover the true motives of those who betrayed him.

ebook | YouTuber Paling Cun oleh Haryani Kamilan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya berjaya juga memulakan pembacaan pertama.. Bukan tak ada buku tapi entahlah kenapa emosi macam tak berapa nak stabil untuk membaca..

Sha mulakan pembacaan untuk bulan Jun ini dengan buku remaja bertajuk YouTuber Paling Cun.. Bukunya sempoi je, sesuai untuk bacaan remaja.. Kisah Dalina yang minat dengan tatarias muka.. Menerima cabaran dari Sophie untuk menentukan siapa MUA yang paling bagus, berakhir dengan tragedi dan tertangkap Guru.. Kemudiannya sahabat Dalina iaitu Ain mencadangkan supaya Dalina membuat video solekan dan memuat naik ke Youtube.. Masalah lain pula timbul bila Ain menjauhkan diri dan Dalina hilang tiba-tiba.. Cerita remaja yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 01.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published October 2020 by PTS Publications

Secret Recipe: 3in1 Ipoh White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak cuba kopi SR ini tapi dia tak ada jual 1 sachet.. Kena beli yang dah bancuh.. Memang dia guna 3in1 tu.. Tak tambah apa pun.. Okaylah White coffee dia.. Sedap.. Tak terlalu pekat dan rasa dia pun halus je.. Berbaloilah bayar RM5 untuk 1 cup tu.. Hahaha.. Sekadar nak mencuba sebelum beli sebungkus besar.. Tapi nanti-nantilah kot kalau nak beli pun..

1 cup = 1 sachet
RM5

SR 3in1 Ipoh White Coffee - RM19.90 (2 - RM26.90)
SR Ipoh Black Coffee - RM13.90
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com