Wednesday, June 8, 2022

Minuman | Nescafe Tarik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha usha nescafe ini dari bulan lepas lagi.. Bulan ini baru beli.. Kikiki.. Itu pun sebab terjumpa lagi masa beli barang rumah.. Kalau tak terjumpa, memang tak belilah.. Harga dia agak boleh tahan jugaklah.. Sedikit mahal dari yang biasa.. Rasa dia pun ada sedikit lain dari nescafe yang biasa.. Memang nicelah.. Peminat Nescafe bolehlah cuba..

RM14.90 - 15 stik

Secawan Nescafe Tarik yang ohsem..

Gigih beli juga Nescafe 3in1 Mild tu demi bekas kaca Nescafe..

Cantikkan..

ebook |Penumpang Bukit Putus oleh Izatul Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila semangat membaca masih tak berapa okay, Sha memilih untuk meneruskan pembacaan pada buku yang pendek-pendek ceritanya.. Lebih mudah untuk dihadam dan tak memerlukan konsentrasi sangat..

Buku ini pendek tapi mengelirukan dan menyeramkan.. Gangguan yang berterusan di Bukit Putus angkara rakan mereka yang berjanji tanpa sengaja.. Rupanya mereka semua dianiaya demi menghapuskan gangguan yang tak berhenti..

Sha baca dan selesai pada 06.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 29th 2021 by Izatul Husna Resources

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, June 7, 2022

ebook | Siri Benda Pelik 02: Jerat Tembok Sesat oleh Jo & Kin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan yang menarik.. Rupa-rupanya hidung kayu tu boleh berkomunikasi dengan Seth.. Selain selamatkan Seth, hidung kayu tu turut bantu Seth menyelesaikan misteri hantu-hantu yang Seth dan rakan-rakannya jumpa..

Sha baca dan selesai pada 05.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published June 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Filem US | John Wick: Chapter 3 - Parabellum (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ganas gila.. Dari awal filem sampai habis filem penuh dengan aksi pergaduhan dan tembak menembak.. Awalnya macam tak nak tengok tapi bila tengok permulaan filem bersambung terus dari filem kedua terus rasa teruja.. Hahaha.. Nak tahu juga macam mana John Wick nak selamatkan diri dari sebanyak-banyaknya pembunuh upahan tanpa ada yang boleh menolong dirinya.. Memang layanlah.. Hero kan.. Paling best bila Keanu Reeves bertemu Mark Dacascos.. 

John Wick: Chapter 3 - Parabellum
2019 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 11m
John Wick is declared excommunicado and a hefty bounty is set on him after he murders an international crime lord. He sets out to seek help to save himself from ruthless hitmen and bounty hunters.

ebook | Introvert oleh Abstrakim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi cerita yang menarik.. Awalnya teragak-agak juga Sha nak baca tapi bila dah mula baca memang tak boleh nak berhenti.. Macam-macam rasa yang berjaya ditimbulkan penulis pada Sha.. 

Kisah Farady dan Haura.. Berkenalan tanpa sengaja dan menjadi kawan.. Kemunculan Adly yang membawa niat sama seperti Farady saat mula berkenalan dengan Haura.. Cerita mereka yang sedih dan penuh liku.. Ingatkan penamatnya bahagia tapi penulis punya plot twist, melampau sangat.. Huhuhu.. Sudahnya bersedihlah Sha dengan penamatnya.. Realiti hidup ini begitulah.. Tak semuanya manis belaka, pasti akan ada kesedihan seiring waktu berlalu kita menerimanya.. Tahniah untuk penulis, Sha suka cerita beliau.. Ambil yang baik dan ketepikan yang tak baik..

Sha baca dan selesai pada 05.06.2022

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2022 by Buku Fixi

JacknJill Nips: Cookies & Creme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap rupanya coklat ini.. Sha tak ingat berapa harganya.. Sha main amik je.. Dalam dia ada krim dan serpihan biskut.. Lain dari biasalah.. Lupa pula nak amik gambar bahagian dalam dia.. kikiki.. Ralit makan coklat ini sambil membaca.. kikiki..

Monday, June 6, 2022

ebook | Imaginary Friends by Melanie Lee, Arif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis menggunakan bahasa Inggeris yang mudah.. Jadi seronok nak baca.. Awalnya rasa macam tersalah pilih buku tapi bila dah start baca, eh seronok rupanya.. Penulis membawakan 26 cerita berdasarkan 26 abjad.. Setiap cerita pendek sahaja namun memberikan pengajaran kepada kita dan kehidupan seharian.. Memang bestlah..

Sha baca dan selesai pada 05.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published June 7th 2019 by Marshall Cavendish International (Asia)

Wall's Mochi Chocolate & Vanilla Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha nampak iklan aiskrim ini cuma tak terjumpa je.. Kebetulan singgah dekat 99 Speedmart untuk beli barang dan terjumpalah aiskrim mochi ini.. Rasa dia okaylah.. Kenyal mochi tu ngam je dengan rasa vanila dan coklat.. Best makan tapi kecik je.. Kena beli lebih dari 1 baru puas makan.. hehehe.. Harganya RM2.. 

RM2

Keratan rentas Mochi ini.. Bahagian luar ty mochi, kemudian aiskrim vanila dan di tengahnya aiskrim coklat..

ebook | Antara Kabus ke Kabus oleh A. Samad Said

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel remaja yang menarik.. Fauzi merupakan seorang kanak-kanak yang tinggal berdua dengan neneknya.. Latar masanya adalah sewaktu Malaya dijajah Jepun.. Betapa susahnya orang kita melalui kehidupan.. Bercatu makan dan perlu sentiasa berhati-hati.. Jepun mengganas dan menceroboh sesuka hati.. Fauzi pula terlebih berani dari usianya.. Berusaha bersikap dewasa walaupun dia hanyalah kanak-kanak.. Tapi agak sedih sebab ceritanta tergantung.. Teringin nak tahu usaha Fauzi berhasil atau tak..

Sha baca dan selesai pada 05.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2012 by PTS Pop Sdn. Bhd (first published 1996)

Drama Jepun | Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 3 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hibiki meneruskan misi mencari Kurumi bersama Yuzuki.. Mereka kemudiannya bertemu dengan kumpulan penganut agama Crest Of Light dimana lelaki bernama Wantiti menjadi ketuanya.. Wantiti tidak berubah menjadi zombie walaupun digigit zombie ini menjadikan dirinya berkuasa.. Namun ada sesuatu yang pelik dengan kumpulan tersebut.. Bekalan makanan mereka sangat meragukan.. Konflik menjadi lebih teruk bila Hibiki mempercayai Wantiti demi menemukan Kurumi.. Kumpulan tersebut kemudiannya diserang kumpulan X.. Season 3 ini sha menyampah dengan Hibiki yang tiba-tiba jadi lemah.. Stress tengok mamat ni.. Yuzuki lebih menyerlah dan nampak matang.. 

Akan bersambung lagi.. Kali ini mencari anak Hibiki pula.. Ish.. Ish.. 

Drama: Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 3
Also Known As: Love You as the World Ends Season 3
Screenwriter: Ikeda Natsuko
Director: Sugawara Shintaro
Genres: Action, Mystery, Horror, Romance
Country: Japan
Episodes: 6
Aired: Feb 25, 2022 - Apr 1, 2022
Aired On: Friday
Original Network: Hulu, NTV
Duration: 55 min.
Kurumi Ogasawara, while infected with the Golem virus and pregnant with Hibiki Mamiya’s child, disappeared.

Sunday, June 5, 2022

ebook | Not A Monster by Chua Kok Yee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang menarik gila buku dia.. Kisah dua orang polis yang tidak saling mengenali tapi akhirnya berkait.. Dominic dan Nadra.. Mereka menyiasat kes yang hampir sama namun berlaku pada dua masa yang berbeza.. Penceritaan disampaikan secara berselang seli.. Awalnya Sha ingatkan latar masa mereka sama tapi bila sampai pada satu bab ini baru Sha pasti latar masanya berbeza.. Namun mereka akhirnya bersua muka.. Kes penculikan dan kematian kanak-kanak yang aneh.. Dalam masa yang sama dipaparkan bagaimana Dominic menyelesaikan kes namun ada peristiwa yang membuatkan Dominic akhirnya bersara.. Ohsem gila.. Lama tak rasa puas macam ini.. 

Sha baca dan selesai pada 04.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published May 2022 by Buku Fixi
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com