Saturday, November 26, 2022

Korea | Seoul Ghost Stories (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini sambungan drama Goedam (2020), memaparkan 10 cerita seram pendek yang digabungkan menjadi satu filem panjang.. Pergh!! Walaupun pendek-pendek je cerita dia tapi dia punya seram tu lain macam..

Tunnel -Bila terbunuh tanpa sengaja dan sembunyikan mayat, memang cari nahaslah..
The Woman in Red - Ada dendam yang tersimpan dan pembalasan yang pasti..
Tooth Worms - Pergh!! Hasil eksperimen yang menyebabkan manusia jadi zombie..
Necromancy - Ini memang tak patut.. Menghidupkan yang dah mati..
The Wall - Tak pasal-pasal jadi mangsa..
The Closet - Ini tak sure.. Mungkin hantu cari mangsa..
Ghost Marriage - Ini tak patut owh..
The Girl in the Mirror - seram dan juga ngeri.. huhuhu..
The Mannequin - Shownu berlakon untuk cerita pendek ini.. Memang meremang bila tengok.. huhuhu..
Escape Games - Tawaran duit yang banyak selau berakhir dengan tak baik.. huhuhu..

Movie: Seoul Ghost Stories
Also Known As: Seoul Ghost Story, Seoul Horror Stories, Seoul Ghost Tale, A Ghost Story, Ghost Story 2, Seoul Goedam, Seoulgoedam, Doshi Goedam 2, Goedam 2, Urban Myths
Director: Hong Won Gi
Genres: Thriller, Horror
Country: South Korea
Release Date: Apr 27, 2022
Duration: 2 hr. 2 min.
Deals with the vivid everyday life horrors that can be easily encountered in familiar places around subjects like noise between floors, secondhand furniture, mannequins, and social media.

Friday, November 25, 2022

Novel | Trio oleh Hanani Natasya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha beli dah lama..
Tapi macam biasalah kena cabut undi baru boleh baca.. Hehehe.. Awalnya Sha ingatkan buku ini cerita pasal 3 sahabat je iaitu Andy, Joe dan Sam tapi sebaliknya.. Ada satu lagi watak yang gila membunuh iaitu Adlan.. Awalnya membunuh sebab dendam tapi lepas tu makin menjadi-jadi pula.. Mulanya memang Shatak pasti apa yang cuba disampaikan penulis sebab cerita antara Trio dan Adlan ini berselang selang dan saling berkait.. Memang dasyatlah bila baca tentang pembunuhan yang dilakukan kepada mangsa culik.. Kemudian lepas kau tahu apa yang dibuat dengan daging-daging manusia tu, memang boleh muntah dibuatnya.. Paling tak sangka bila tahu siapa Adlan yang sebenarnya.. Belum cukup lagi kejutan, penamat diabuat kau rasa macam nak baling je buku ini.. Hahaha.. Memang twisted sangat cerita dia..

Sha baca dan selesai pada 24.11.2022..

Published August 2014 by Buku Fixi
Koleksi peribadi Sha..

7-Eleven: Salmon Teriyaki & Onigiri Unagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak makan Onigiri ini.. Selau beli dekat MyNews ataupun Family Mart, kali ini kita beli di 7-Eleven pula.. Sha beli kesukaan Sha iaitu Unagi dan juga Salmon Teriyaki.. Harga agak mahal sedikitlah.. 

Salmon Teriyaki - RM4.40
Ala.. isi dia sikit sangat.. Pastu nasi dia agak keras.. Huhuhu..
Unagi - RM6.00
Yeah!! Yang ini sedap.. Nasi dia lembut.. Kepingan belut pun besar dan bersos.. Memang puas hati.. Boleh beli lagi.. Yeah!!

ebook | Melihat Dari Mata Keenam 2 oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama Melihat Dari Mata Keenam, tapi kedua-duanya membawakan cerita yang berbeza.. Kali ini Adam menerima gangguan dari Jin Ummu Sibyan.. Semuanya kerana sikap sambil lewa Zamarul yang terlalu sibuk dengan kerja.. Zamarul lupa yang isteri dan anaknya perlukan perhatian.. Selepas Laila meninggal barulah Zamarul tumpukan perhatian pada Adam.. Namun dah ada yang terlebih dahulu berdampingan dengan Adam..

Sha baca dan selesai pada 23.11.2022..

Published January 1, 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Kirari by Fujii Kaze

Assalamualaikum..
Hye semua..

Thursday, November 24, 2022

Novel | Dia 'Si Katak Puru' oleh Farrah Izzlorna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Ariana a.k.a Ria yang terjatuh cinta pada Firdaus walaupun tak pernah bersua muka.. Semuanya kerana ingin menolong Nadia kawan baiknya yang sukakan Firdaus namun tak berani nak berbual.. Kerana Firdaus juga Ariana berubah namun semuanya tak berpanjangan bila sepupu Firdaus iaitu Nazrul marahkan Ariana dan Ariana juga telah menyebabkan Firdaus kemalangan.. Ariana menghilang dari kehidupan Firdaus namun takdir kembali menemukan mereka bila Ariana berkerja di syarikat bapa Nazrul.. pertemuan yang menimbulkan perasaan yang terpendam namun ariana tidak pernah membuka mulut tentang dirinya.. Takdir mereka berselirat dan kerana Firdaus, Ariana tahu hakikat sebenar mengenai ibunya.. 

Sebuah kisah yang dikarang dengan sangat menarik oleh penulis..

Sha baca dan selesai pada 22.11.2022..

Published January 1, 2014 by Buku Prima
Koleksi peribadi Sha..

Menang Hadiah ebook

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada Taklimat Pangkalan Data PNM Elib dari Perpustakan Negara Malaysia.. PNM memang rajin buat taklimat mengenai pangkalan data mereka dan selalunya Sha akan sertai kalau tak ada apa urusan atau kerja.. Muda nak sertai seba mereka buat secara atas talian.. Sebelum ini menggunakan aplikasi zoom tapi hari ini menggunakan aplikasi Google Meet.. Setiap kali taklimat, memang akan ada kuiz dihujungnya yang disertakan tawaran hadiah yang menarik.. Sha selau je jawab tapi tak ada rezeki.. Kali ini memang bertuahlah sebab laju beri jawapan.. hehehe.. Dapatlah 2 ebook percuma..


Soalan yang diberikan ialah "Saya di dalam shelf Pilihan Editor. Cover buku saya boleh bergerak-gerak. Nyatakan tajuk, penerbit dan penulis."

Hadiahnya ebook Love Elsa 1 dan Sweet Dreams oleh Booku En.

Inilah jawapan dia.. Kalau buka dekat page PNM elib, kapal terbang dengan perkataan STEM pada gambar buku tu bergerak-gerak.. Nak tengok?? Klik SINI..

Jam 12.55pm admin eLib dah hubungi untuk pemberian hadiah.. Memang pantas..

Jam 1.21pm Sha dah terima hadiah.. Buku ini duduk dalam library Sha.. Tapi akses melalui eSentral bukan PNM e-Reader.. Kalau korang ada akaun PNM e-Reader, boleh juga guna aplikasi eSentral ini dengan email yang sama korang akses PNM e-Reader tu.. Dekat eSentral ini boleh beli ebook, langgan ebook.. Yang percuma pun ada.. Malah buku yang korang pinjam melalui PNM e-Reader pun boleh baca guna eSentral ini.. Klik dekat perkataan Borrowed tu..

Boom Isotonic Vitamin C: White Peach

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman yang unik dengan rasa buah pic.. Menariklah untuk dicuba.. Rasa dan bau buah pic dia meriah.. Memang puas hatilah bayar harga tu untuk rasa pic yang mewah macam ini.. Siap ada vitamin C lagi katanya.. 1 tin ini Sha berkongsi minum dengan anak-anak.. Hehehe..

RM3.20

Wednesday, November 23, 2022

US | Constantine: City of Demons (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa animasi ini masa cari filem Constantine.. Tak tahu pula ada animasi juga.. Cumanya tak guna bahasa Inggeris tapi ada sarikata, kira okaylah boleh layan.. Kali ini John kena selamatkan anak Chas yang rohnya telah diperangkap syaitan Beroul.. Beroul ini jahat gila.. Dia nak kuasai Los Angeles dan suruh john hapuskan semua syaitan yang ada dekat kawasan tu.. Bila John dah hapuskan, dia tak juga lepaskan anak Chas tu.. Hampeh betul.. sudahnya John terpaksa buat satu ritual ini untuk bebaskan anak Chas dan itu menyebabkan Chas terpaksa mengorbankan memori dia..

Constantine: City of Demons
2018 ‧ Animation/Action/Fantasy ‧ 1h 30m
John Constantine uses his skills as a demon hunter and master of the dark arts to protect the world from the supernatural terrors that threaten it.

ebook | Kisah Seram : Ritual oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya pendek dan padat.. Sekumpulan lelaki menemukan aplikasi menarik di play store dan memuat turun di telefon.. Mereka mengikut arahan di dalam aplikasi tersebut.. Sepatutnya tiada apa yang membahayakan mereka namun ada diantara mereka yang berniat jahat.. Maka ritual berjaya dilaksanakan dan nyawa mereka hilang begit sahaja..

Sha baca dan selesai pada 22.11.2022..

Published 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

7 Eleven: Sandwich Cheese & Egg Mayo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terpengaruh dengan perkongsian Farhana di blognya pasal 7-Eleven Cafe | Sandwich.. Makanya Sha pun cubalah satu.. Hehehe.. Memang nampak menarik persembahan dan pembungkusannya.. Rasa dia pun sedap.. Memang mengenyangkan.. Roti yang tebal, inti yang penuh didalamnya.. Berbaloi sangat.. Memang boleh beli lagi..

Chees, telur dan roti..

Cheese & Egg Mayo - RM5.10

Wordless Wednesday 2022

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com