Thursday, February 22, 2024

Mintz Chewy Soft Layered Candy: Barleymint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan pasal gula-gula ini di entry Mintz Chewy Soft Layered Candy.. Ini satu lagi perasa yang baru ada Mr. DIY.. Rasa barli dan mint tu memang uniklah.. Tak pelik, berangin dan kenyal.. Seronok dikunyah.. Gitu..

Mintz Chewy Soft Layered Candy: Barleymint (115g) - RM2.70

Ada 54pcs dalam satu pek.. Banyak jugalah kan..

Coretan 22 Februari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini tak tahulah kenapa.. Penat betul.. Walhal pesakit yang datang tak adalah ramai.. Mungkin sebab emosi ke ataupun sebab perut meragam.. Tapi memang lemau rasanya hari ini.. Lemau-lemau pun, sukses jugalah kerja dekat kaunter nombor.. kikiki.. Kerja kena jalan walau dalam apa keadaan sekalipun.. Gitu..

Manusia lemau yang menanti dengan sabar masa bergerak..

Alhamdulillah.. Rezeki pagi ini.. Ada pesakit bagi, kita doakan semoga urusan beliau dipermudah dan diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

ebook | Rauf : Dia Tunang Misteri oleh Tya Khadeeja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okaylah jalan cerita dia.. Kisah Rauf yang dah bertunang dengan Syifa 12 tahun yang dulu namun baru memunculkan diri.. Berrunang tapi tidak pernah berkenalan.. Adalah gangguan langau tapi tak serius sebab orang di sekeliling Syifa baik-baik belaka.. Di bab yang terakhir, penulis berkongsi cerita bagaimana Rauf boleh menghantar rombongan meminang Syifa dan kemudiannya menyepi..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published November 1, 2022 by Ilham Santai Enterprise

Wednesday, February 21, 2024

Thailand | The Antique Shop (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini seram.. Cerita dalam cerita.. Bermula dengan Andy yang menyinggah ke sebuah kedai antik, kemudiannya pemilik kedai menyampaikan cerita disebalik barang antik yang dijualnya.. Kisah mengenai gelang yang menjerit meminta tolong kerana terperangkap disuatu tempat yang tak diduga.. Kisah seorang lelaki yang tanpa disangka ditolong oleh hantu yang pernah dibunuh.. Kisah terakhir mengenai lelaki yang tak merasa kesakitan dan membalas dendam ke atas pembuli-pembuli dia.. Kisah yang terakhir ini agak kejam dan mengerikan.. huhuhu..

Movie: The Antique Shop
Director: E Suphakorn Riansuwan
Genres: Horror, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Jun 2, 2022
Duration: 1 hr. 40 min.
In an antique shop owned by Madam, there are a number of unusual items awaiting their next owner and the day their story gets told. And so, when a young Singaporean man named Andy wanders into the store and inquires about a seemingly ordinary bracelet on one of the mannequins, Madam tells him of the doomed love story of the bracelet's previous owner: a Singaporean man who fell in love with a Thai woman but wound up in prison. But she persuades Andy to keep paying attention, as she weaves the tales of 3 thrillers associated with the various items in her shop. Thrillers that center around men from Thailand, Singapore, Indonesia, and South Korea.

In- Comix: Instant Coffeemix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je kedai EVO memang tangan tu laju je capai koppi segera yang Sha tak pernah cuba.. Kopi dia dalam pek comel, tak adalah stress sangat nak habiskan.. kikiki.. Kali ini Sha cuba jenama In-Comix.. Okaylah.. Kopi dia tak adalah keras sangat.. Layan juga minum waktu petang sambil makan cekodok.. kikiki..

In-Comix Instant Coffee (6x20g) - RM2.40

Ada 6 pek comel..

Bancuh secawan dulu..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, February 20, 2024

ebook | Nymphaea Putih (Mekar Jiwa) oleh Anne Rosie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan cerita dia memnag mantap dan padu.. Kisah Usyair dan Kayla yang bertemu semula dalam keadaan yang tak disangka.. Dalam masa yang sama mereka kena menyiasat kartel dadah.. Jalan cerita yang bersulam dengan kisah sedih, percintaan dan juga penyiasatan oleh penulis memang menarik.. Cuma ada satu persolaan yang sampai sudah, penulis biarkan tergantung mengenia lelaki misteri yang cuba memyelamatkan Kayla dari Suhail.. Kemudian penamat buku ini juga dalam keadaan tergantung bila mana Najla dan Kayla hilang tanpa khabar..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published January 1, 2021 by Anne Rosie

2 Kursus Atas Talian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai 2 kursus hari ini.. Satu Sha mohon dari espek (INSTUN) dan yang satu lagi dapat dari kumpulan whatsapp pekerja kader.. Satu guna komputer, satu lagi guna telefon.. Dua kursus yang berbeza.. Satu tu lebih serius sebab aspek keselamatan dan satu lagi tu sekadar nak segarkan kembali ingatan..

Ini guna zoom.. Sha buka dekat komputer..
Ada kuiz dan juga penilaian.. Kuiz tu memang tricky betul sebab ada yang kena tanda dua jawapan baru dapat markah penuh.. Huhuhu.. Penilaian guna sistem espek oleh INSTUN..

Perkongsian bersama..

Ini kita guna google meet.. Buka je dekat telefon.. Mudah..
Ini lebih nak refresh ilmu.. kikiki..

Ovaltine Malted Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap.. Mewah betul rasa coklat dia.. Berbaloilah pada Sha.. Memang boleh beli lagi.. Imani pun suka.. Tu yang penting.. kikiki..

Ovaltine Malted Drink (500ml) - RM4.90

Temujanji Pertama MOPD Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami ada temujanji MOPD.. Sha daftarkan sahaja, sebab ada kursuskan.. Memang kena duduk depan komputerlah.. Lepas daftarkan encik suami, Sha masuk pejabat balik.. Sekejap je menunggu untuk jumpa doktor.. Alhamdulillah keputusan darah untuk kolestrol 4.2, gula 5.7, buah pinggang ok.. Yang lain-lain pun okay.. Berat bertambah 2kg.. Doktor kurangkan kuntiti ubat kepada sebiji sehari.. Lepas 6 bulan kalau okay, doktor nak berhentikan ubat.. Semoga yang baik-baik sahaja.. Aamiin..

Giliran ke tiga.. Awal, cepatlah jumpa doktor..

ebook | Sisi Mata Gelap oleh Yaya Abdul Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel gila nama watak utama dia, Boo.. Lelaki tau Boo ini.. Boo ini koma lepas kemalangan yang menyebabkan mak dia meninggal.. Sedar dari koma Boo diganggu makhluk yang pelik-pelik, minta tolong dengan Boo ini.. Perkenalan Boo dengan Ustaz Akil memudahkan Boo menyelesiakan permintaan makhluk pelik tu.. Memang kisah dalam ini pasal Boo dan keluarga dia.. Comel je perangai Boo dengan adik dia..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published June 1, 2021 by Yaya Abdul Rahman

Monday, February 19, 2024

Malaysia | Syif Malam (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh tahan seram juga filem ini.. Gangguan demi gangguan rupanya bukan setakat dari hantu perempuan, sebaliknya ada satu lagi yang diorang tak perasan.. Hantu tu memang diorang bertembung dua tiga kali.. Siap tolong diorang tapi sebenarnya tengah kenakan diorang.. 

Mesej dia baguslah.. Bila kita jauh dari pegangan agama kita iaitu Islam, memang senanglah benda tu mainkan kita.. Seronok dia berdamping dengan kita..

Syif Malam
Genre: Fiksyen Seram, Komedi gelap
Penulis Skrip: Fairus Anuar
Pengarah: Fairus Anuar
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023
Watak Pelakon: Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah

Syif Malam mengisahkan tiga rakan sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlegar-legar di bangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati bunuh diri. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Pada awalnya, gangguan terjadi semasa mereka sedang bekerja seorang diri. Setelah masing-masing menceritakan pengalaman seram yang dialami, Mok membuat keputusan untuk meminta bantuan khidmat nasihat rakannya bernama Brotai yang mendakwa arif dengan perkara mistik.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif. Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ianya sedang berlaku.

Dalam pada itu, seorang wanita misteri yang bekerja di bangunan sama cuba membantu mereka kerana dia dapat rasakan yang nyawa Ikmal, Mok dan Botak dalam keadaan bahaya jika gangguan masih berterusan.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com