Assalamualaikum..
Hye semua..
Kedai Langos ini letaknya di Kampung Telok Bakong Hulu, Lambor Kanan.. Sebelum ini beliau berjualan di pasar pagi, kemudiannya baru di buka kedai ini.. Namun kedai ini hanya beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad sahaja.. Waktunya pula dari jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.. Masa Sha singgah ini Sha tak berpeluang jumpa pemiliknya yang berasal dari Hungary sebaliknya Sha hanya berjumpa dengan isteri beliau sahaja.. Lagipun Sha beli bungkus je.. Nak cepat.. InsyaAllah ada rezeki, Sha singgah makan di sini dan cuba kesemua menu yang ada.. Pada Sha yang paling sedap semestinya Langos yang dimakan dengan Paprika.. Memang sedap tak terkata.. Paprika ini rasa dia tak pedas dan ada sedikit masam dan berempah.. Memang gandingan yang mantap gitu.. Manakala untuk Langos Bawang Putih M. Zaitun Cheese pula, cukup makan ini sahaja anda akan kenyang.. Dengan cheese yang melimpah ruah, puas hatilah.. Rasa bawang putihnya tak terlalu kuat.. Cicah dengan coklat dan sekaya pun sedap wei untuk mereka yang tak suka pedas.. Kalaun suka pedas boleh makan dengan sambal tumis rangup, sambalnya tak adalah pedas pun..
Warungnya tepi jalan je.. Senang sangat nak cari..
Langos
Menu yang ada di Warung Langos ini..
Langos Sekaya Power - RM2
Langos Coklat Leleh - RM2
Langos Sambal Tumis Rangup - RM2
Ayam Paprika + Langos - RM5
Langos Bawang Putih M. Zaitun Cheese - RM4
teringat masa tengok pasal dia buat langos ni dekat majalah 3 teringinnya rasa... tak sangka akak dah cuba dan sedap... lagi best orang sana yg buat yek
ReplyDeletetak pernah jumpa pulak roti macam ni...alahai teringinnya nak makan...
ReplyDeletemenarik rotinya..
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi langos ni.
ReplyDeletetak pernah tahu pun roti ni. nampak sedap juga :)
ReplyDeleteowh, langos ek
ReplyDeleteNampak sedap tu. Pertama kali dengar langos.
ReplyDeletewaaaa ! dia kwen ngn malay eh kak sha?
ReplyDeletepertama kali dgr menu ni..Langos Bawang Putih M. Zaitun Cheese..
ReplyDelete