Wednesday, July 28, 2021

Novel | Aku, Memoir & Rahsia oleh Nurin Insyirah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel remaja yang sangat menarik dibaca cuma sedikit tak best sebab ada beberapa dialog Jepun yang tidak diterjemahkan semula.. Ini mengganggu sedikit pembacaan Sha.. Selebihnya buku ini memang best.. 

Kisah Lisa yang berusia 14 tahun dan berkait rapat dengan memori serta rahsia.. Tanpa Lisa sedari dirinya merupakan anak angkat.. Lisa dijaga oleh ibu dan ayah angkatnya selepas diserahkan oleh neneknya kerana ingin mengelakkan dirinya dari dibunuh oleh ibu kandung Lisa iaitu Sara.. Kisah hidup Lisa terbongkar bila Lisa dibawa ke Jepun.. Rupanya kisah hidup Lisa bermula di Jepun dan berakhir juga di Jepun.. Pertemuan yang cantik antara Lisa dan juga neneknya.. Malah kerana Lisa juga, punca kematian ibunya terbongkar.. Ada penulis selitkan mengenai indahnya agama Islam.. Malah hubungan kekeluargaan itu tidak mengenal asalnya.. Kalau dah sayang, bukan darah daging pun akan jadi darah daging..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 1st 2021

5 comments:

  1. Spoil pulak takde terjemahan. Macam sedih pulak kisah Lisa ni.

    ReplyDelete
  2. cantiknya cover novel dia. anak angkat pun kalau dah dibesarkan dengan kasih sayang tetap jadi macam sebahagian dari keluarga kan

    ReplyDelete
  3. lain drpd yg lain jln ceritanya������

    ReplyDelete
  4. Menarik kisah Lisa, buat curious ceritanya berjalan macammana

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com