Thursday, August 25, 2022

Catatan 25 Ogos 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha masih lagi bercuti hari ini.. Hari ini uruskan pembelian barang-barang keperluan rumah.. Seronok betul bila beli barang hati biasa macam ini.. Lengang dan tak payah nak bersesak-sesak.. Pilih barang pun boleh bersenag-senang.. Lama dah tak merasa macam ini sejak endemik.. Kemudian ke bank untuk buat pertukaran duit RM1.. Senang nak bagi belanja sekolah anak-anak.. Hehehe.. Sambil tu isi borang permohonan pas kenderaan untuk tahun terkini dan hidupkan roadtax kenderaan encik suami.. Lega bila dapat selesaikan banyak hal.. 

Breakfast Sha pagi ini, aiskrim Nestle Cappucino.. Makan ini sambil lepak dalam kereta dan dengar radio.. Asyik.. Masa ini baru lepas hantar anak ke sekolah..

Lunch pula dating dengan encik suami.. Bila sesekali dapat peluang dating, kena manfaat kan.. hehehe.. Sekarang dah agak susah nak makan berdua..

Hasil tangkapan semasa berbelanja cari barang rumah.. hehehe.. Promosi murah, kenalah beli.. ye tak.. Alasan je kan..

6 comments:

  1. Saya pun suka beli barang time hari biasa. Tak perlu bersesak-sesak. Nak parking kereta pun senang.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya cuti produktif macam ni. Banyak urusan selesai

    ReplyDelete
  3. Hari yang produktif, macam2 perkara diselesaikan. Termasuklah dating..hehe

    ReplyDelete
  4. Memang best beli barang masa tak ramai orang kan, Kak Sha.

    ReplyDelete
  5. Shopping kena masa orang tak ramai, kalau tak bersesak, nak tengok barang yang dekat shelf pun susah

    ReplyDelete
  6. Ammi pun kengkadang sesaja ambil cuti hari biasa sbb nak membeli barang dapur. malas nak bersesak weekend plus kang confirm kena bawak anak2 kat tempat yg sesak. seriau

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com