Assalamualaikum..
Hye semua..
Agak perlahan bacaan Sha untuk buku ini sebab penyampaiaan penulis tak berapa menarik dan mendatar.. Ada 2 penulis yang Sha suka cara penyampaiannya, selebihnya agak lurus dan kaku..
Penulis berkongsi pengalaman bermula dari menjadi pelajar kemudian pengalaman mencari kerja.. Menimba Ada yang ditawarkan terus kerja selepas belajar kerana ditaja biasiswa.. Namun ada juga yang bermula dari bawah.. Perkongsian pengalaman di tapak bina dan bagaimana sebenarnya mereka bila berada di tapak.. Tidaklah seindah yang digambarkan seperti dalam drama.. Comot, hitam serta berpanas.. Bukan mudah sebenarnya menjadi jurutera apatah lagi untuk menjadi jurutera professional.. Banyak cabaran yang perlu dilalui dan mental juga haruslah kuat..
Bagus juga bila ada yang berkongsi mengenai kerjaya melalui penulisan sebegini.. Sekurang-kurangnya bolehlah kita dapat pandangan kasar mengenai satu-satu kerja tu..
Sha baca dan selesai pada 07.11.2022..
Published April 1, 2018 by Kata-Pilar Books
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Cover dia pun macam kurang menarik. Isi kurang menarik memang lambat nak baca habis.
ReplyDeleteyg mendatar tu mungkin 1st time menulis kot
ReplyDelete