Sunday, November 13, 2022

Novel | Projek Seram: Flat oleh Afieyza Isahak, Nasa Yusof, Aziah Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel kedua pilihan Sha untuk dibaca bulan November ini.. Perlahan sungguh pembacaan Sha sekarang ini.. kikiki.. Jom layan review Sha untuk novel Projek Seram Flat ini..

Zara - Afieyza Isahak
“Hutang nyawa dibalas nyawa!”
Memang tepat betul dia punya tagline.. Hutang nyawa dibalas nyawa.. Zara langsung tak menyangka dirinya dianiaya.. Satu demi satu malang datang bertimpa.. Awalnya dihalau rakan kerana dikatakan memiliki saka.. Bila Zara berkahwin, tetaplah dirinya diganggu.. Sehingga Zara melakukan pelbagai perkara pelik.. Bila kebenaran terbongkar, bukan Zara je yang terkejut.. Shasendiri turut terkejut.. Langsung Sha tak menyangka bahawa mereka-mereka yang terlihat baik rupanya mempunyai niat yang sangat jahat.. Betullah kelembutan bukan penentu segalanya.. Penyampaian penulis memang mendebarkan.. Malah imbas kembali yang dilakukan membantu pembaca memahami keseluruhan cerita..

Manuskrip - Nasa Yusof
“Pabila dendam menjadi raja”
Kisah yang disampaikan memang menarik.. Kehilangan Dayana dan gangguan yang berlaku kepada Riyad.. Riyad yang terganggu emosi memang mudah untuk di kacau bilaukan.. Tambahan pula Riyad perlu menghadapi tekanan dari ketua di pejabat, desakan untuk menulis manuskrip seram dan juga gangguan dari Erin yang masih gilakan dirinya.. Cara penulis menyampaikan cerita memang membuatkan kita sebagai pembaca berteka-teki siapa sebenarnya yang cuba menggaanggu Riyad.. adakah rumah yang didudukinya memang bermasalah ataupun Erin yang sengaja mengenakan ilmu tak baik pada dirinya.. Siapa Dayana yang selalu muncul dan menyiapkan manuskrip buat Riyad?? Kenalah baca untuk jawapannya..

Klu - Aziah Zainal
“Permainan biasa tetapi bermain dengan bayangan luar biasa”
Penulis menyampaikan cerita seram dan konflik perasaan yang agak mengerikan.. betapa bila manusia hilang akal, perkara yang tak terduga pun boleh berlaku.. Kehilangan shila masih diratapi Manira dan kemunculan kotak berisi diari Shila membawa Manira ke rumah yang pernah diduduki Shila.. Namun kini sudah ada penghuni lain iaitu Wani dan sahabatnya Muna.. Wani juga seperti Shila, sangat sukakan permainan carikata.. Mereka bergandingan mencari klu yang ditinggalkan demi menyelamatkan Shila.. Malangnya apa yang didepan mata bukanlah perkara sebenar.. Satu lagi nyawa menjadi korban..

Sha baca pada 12.11.2022 dan selesai pada 13.11.2022..

Published 2022 by Buku Prima
Koleksi peribadi Sha..

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com