Friday, September 1, 2023

Nabila Agrofarm, Seremban

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inilah tujuan sebenarnya kami ke Negeri Sembilan.. Membawa Imani bermain dengan arnab.. Imani asyik sebut pasal arnab dari sebelum cuti sekolah lagi.. Patutnya tempat main arnab ini dekat je dengan rumah kami.. Bila Sha cari, rupanya dah tutup.. Jadi encik suami pun mulakanlah pencarian di dalam Google Maps.. Jumpalah Nabila Agrofarm ini.. Sebelum datang, Sha whatsapp dulu tanya buka ke tak.. Alhamdulillah buka.. Tempat ini memang buka waktu cuti umum, sabtu dan Ahad sahaja.. Hari biasa kena buat tempahan dengan kapasiti 30 orang.. Parkir dia luas dan masuk tak dikenakan bayaran.. Kita hanya perlu bayar untuk aktiviti yang nak kita lakukan sahaja.. Ada tempat makan juga..

3 pek makanan percuma diberikan bila kita bayar untuk Petting rabbit & taman mini haiwan..

Puas hati dia dapat bagi makan arnab, pegang arnab dan main..

Rusa pun ada.. Kami bagi makan pisang.. kikiki..

Ada juga kambing.. Ini anak kambing.. Jinak dan baik je..

Berpeluang juga naik kuda dengan bayaran RM10 untuk 3 pusingan.. Suka Imani..

Mak pun nak juga.. kikiki.. Awal tu macam takut juga.. Tapi adik tu kata imbangkan badan sahaja.. Suka dan kalau berpeluang, Sha nak naik lagi..

Kakak pun nak bagi makan juga..

Ini Train Joyride, perjalanan pusing ladang lebih kurang 1km.. Ada kuda, ladang kelapa dan sungai..

Bagi makan kambing dewasa.. Bubuh palatte dalam gayung tu dan sua dekat kambing.. Memang licinlah makanan.. Dalam kandang ini juga ada 2 ekor burung unta..

Ini bayaran yang perlu dibayar untuk aktiviti yang ingin dibuat.. Kami menunggang kuda (RM20 - untuk 2 orang), Petting rabbit & taman mini haiwan (RM20 - 4 orang) dan Train Joyride (RM18 - 3 dewasa, 1 kanak-kanak)..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com