Sunday, November 5, 2023

Hari 1 | Coretan 2 Hari 1 Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat (03.11.2023) Perak cuti sempena Keputeraan Sultan Perak.. Jadinya kami sekeluarga ke Kuantan.. Gerak dari rumah jam 7 pagi terus ke Nasi Lemak Ujang Corner Bandar Baru Selayang.. Sarapan dulu kemudian terus ke Genting Sempah untuk tukar pemandu.. Sebelum ini encik suami yang memandu, Sha pula bawa dari Genting Sempah sampai Hentian Sebelah Lanchang.. Lepas tu encik suami bawa semula sampai ke Hotel Classic Kuantan.. 

Encik suami singgah solat Jumaat dulu di Masjid Jamek Tok Tuan, Kampung Belimbing.. Tak jauh kami tinggalkan kampung ini ada tugu buah belimbing..

Sebelum daftar masuk hotel, Sha singgah sini untuk makan tengahari yang terlewat.. kikiki.. Tempat makannya dalam Keretapi lama.. Kafe Belibis ini sediakan lauk kampung dan nasinya menggunakan beras panjang.. Lauknya memang okaylah untuk Sha.. Ada juga kuih muih dan makanan western.. Sebelah Kafe ini ada Gerabak Kopi.. Sha beli Caramel Machiato dan Portugese Tart.. Okaylah kopi dia.. 

Daftar masuk dulu di Hotel Classic Kuantan, mandi dan keluar semula..

Makan celup tepung.. Okaylah.. Tak adalah wow sangat jadi Sha tak kongsikan tempatnya..

Jalan-jalan di Dataran Kuantan, makan aiskrim.. Area sini ada menara dan boleh naik sampai malam dalam kul 10 macam tu.. Kami tak naik sebab harganya agak keras.. Ambil gambar je.. Waktu malam memang cantik sebab banyak lampu..

Sebelum balik hotel, singgah Street Art dan Pasar Karat.. Cuci mata je.. Sepanjang-panjang street art ini ada orang berjual.. Macam-macam.. Kopi ada, buku ada, aksesori, figurin, makanan dan macam-macam lah.. Ada juga pintu belakang kedai yang dibuka untuk kita masuk beli-beli atau minum kopi.. Memang menarik.. Nak lagi menarik muat turut apps dia dan bergambar..
Sepanjang jalan kaki dari hotel nak ke street art ini Sha ada jumpa 2 ke 3 kafe kopi.. Memang kalau ikut nafsu, nak je beli.. Mengenangkan hari pertama ini je dah 3 cawan kopi Sha minum, terus insaf.. Kopi @ Kafe tempatan pun sedap dan menarik.. Kami balik ke Hotel dalam jam 9 malam macam tu..

4 comments:

  1. Linda dok selayang pun x jumpa kedai nasi lemak tu. Lepas nie, boleh lah waze jugak... Hihihi...

    ReplyDelete
  2. Gambar di cafe dlm keretapi lama tu xde ke sha? teringin nk tgk suasana kt dalam.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak.. Nanti Sha update entry pasal kafe tu ye..

      Delete
  3. Untung lah. Sepanjang bertahun study kat Pahang, belum pernah lagi saya merasa datang tempat-tempat ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com