Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha jumpa kedai ini masa lunch date dengan encik suami.. Kedai makan yang selau kami pergi tutup, jadinya merayaula cari kedai lain.. Kedai ini tak ada dalam Google Maps.. Kalau nak ke sini landmark yang paling dekat ialah Petronas Sungkai, Jalan lama..
Perkataan eksotik pada papan tanda kedai menarik perhatian kami.. Sha bayangkan daging arnab atau landak tapi yang ada ialah daging rusa dan daging burung unta.. Oleh kerana tak cukup adventure, jadinya Sha cuba daging rusa dulu.. Encik suami pula ambil tomyam makanan laut..
Sha bayar RM31 untuk makanan dan minuman yang kami pesan..Kalau ada rezeki, Sha nak singgah untuk rasa daging burung unta pula..
Daging Rusa Masak Pedas + Nasi putih separuh
Masakan dia memang sedap.. Sha suka betul masak pedas dia ini sebab tak terlau pedas untuk Sha.. kikiki.. Ngam-ngam je dan cukup rasa..
Tomyam Seafood + Nasi putih
Tomyam seafood dia pun sedap.. Cukup rasa dan meriah dengan sotong dan udang.. Memang berbaloilah.. Selak-selak jumpa udang dan sotong.. Gitu.. kikiki..
Teh o ais dan limau ais..
Wah! Memang eksotik sungguh... ada burung unta.
ReplyDelete