Thursday, December 21, 2023

Coretan Kenangan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan kenangan ini bermula pada 16 Disember 2023

Hari ini (16.12.2023) tiba-tiba MIL mengadu sakit dada dan minta bawa ke hospital.. Encik suami tanya 3 kali nak kan kepastian betul ke tak MIL nak ke hospital.. Bila MIL bersungguh, encik suami suruh Sha datang dan gerak 2 kereta.. Pergi dalm 2.30 petang, pukul 5.00 petang doktor maklumkan MIL kena serangan jantung.. Minta maklumkan adik beradik lain.. Pukul 6 petang MIL dimasukkan ke wad.. Ahad doktor maklumkan MIL kena bawa ke IJN untuk buat scan, nak tengok bahagian mana yang tersekat.. Cumanya Isnin baru boleh dapat kepastian sama ada pergi menggunakan Ambulans hospital atau sendiri..

Isnin (18.12.2023) doktor bagi tahu memang nak bawa MIL ke IJN tapi sebelum bawa kena buat test covid.. Bila buat test, MIL positif dan terpaksa ditahan di wad 8 (wad khas pesakit covid).. Kalau ikutkan asalnya MIL memang ada demam dan batuk tapi seminggu yang lalu.. Kemudiannya disebabkan dah tak makan 5 hari sebelum masuk wad sebab makan je muntah.. Bila dah positif ini memang tak ada siapalah yang boleh tunggu mahupun melawat.. MIL dah tinggalkan wasiat video.. Aduhai.. Sabar jelah masa ini.. Kami layankan je.. Sepanjang MIL berada di wad Covid, memang encik suami tak boleh nak lawat.. Paling paling pun, boleh hantar kopi dan power bank je.. Tu pun kena pas dekat pengawal keselamatan..

Alhamdulillah petang Rabu dah boleh keluar wad dan dibawa balik.. Pengiraan covid bermula dari tarikh MIL mula batuk tu yang tak lama MIL dalam wad Covid.. Banyak jugalah ubat yang dibekalkan bersama kad temujanji untuk Klinik Kesihatan dan Klinik Pakar.. Surat rujukan ke IJN akan diberikan kemudian..

Gambar sebagai kenangan.. kikiki.. Cantik kan taman kat Hospital ini..

4 comments:

  1. Semoga MIL terus sihat sepenuhnya ..

    ReplyDelete
  2. Warna bangunan pun lawa.. Mcm baru lepas cat je...
    Semoga MIL sis sha dipermudahkan urusan nya... Aamin

    ReplyDelete
  3. ha'ah cantik taman tu, pandai dia gabungkan warna. nasib baik lah cepat bawa ke hospital, ada covid rupanya. alhamdulillah dah discharge. semoga dipermudahkan urusan di IJN nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com