Assalamualaikum..
Hye semua..
Jomlah selusuri tahun 2023 Sha dengan bacaan.. Ini antara entry wajib untuk setiap awal tahun..
Tahun ini membaca seolah-olah terapi dan dalam masa yang sama turut menyerabutkan minda Sha.. Sha masih membaca cumanya Sha dah tak fokus pada satu-satu genre.. Sha cuba baca pelbagai genre dan dalam masa yang sama Sha cuba serabutkan kepala Sha dengan bacaan..
Ini buku yang paling sikit muka surat iaitu Alfred by Francesca Vignaga dan paling banyak mukasurat iaitu Suara Kita : Antologi Seribu Sajak Merdeka oleh Hasnida Samsudin (Editor).. Kalau korang ada buku yang lagi tebal dari ini nak cadangkan pada SHa boleh tinggalkan di ruang komen..
Walaupun Sha baca banyak buku tapi purata muka surat jadi sikit sebab ada buku yang tak punya jumlah muka surat..
Buku yang paling popular di Goodreads Sha baca bertajuk Before the Coffee Gets Cold by Toshikazu Kawaguchi , Geoffrey Trousselot (Translator) dan paling tak popular puala ialah Nah, Ambik Balik Cinta Awak! oleh Ilya Abdullah.. Buku ini tak popular bukan sebab apa tapi masa Sha baca ini baru ada orang bubuh dalam Goodreads.. Tu je..
Purata bintang yang Sha bagi untuk keseluruhan buku yang Sha baca..
Bintang paling tinggi Sha bagi pada komik Mechamato Wira Baru oleh Nizam Abd Razak, Anas Abd Aziz, Raja Faisal Raja Ihsanmuddin, Khairil Azwa Bin Jamaludin..
Buku pertama yang Sha baca dan review di Goodreads ialah Khadam Arwah (Leman & the Geng) oleh Del Osmera..
Sha berjaya baca lebih dari yang Sha sasarkan.. Sha rasa macam nak kurangkan sasaran.. Kalau korang ada nak bagi jumlah sasaran, boleh tinggalkan dekat komen..
Selamat tahun baharu 2024
ReplyDeleteTahniah
Tahniah kak! Cuya tak serajin akak nak baca sebanyak tu, zaman dulu2 rajin lah... Makin dewasa dah malas lak.. heheh Nanti Cuya pon nak buatlah entri goodreads ni
ReplyDeleteterbaik👍👍👍👍
ReplyDeletetahniah sha!!!
sy rs novel bukan puteri lindungan bulan tu dah ckp tebal dah
ada yg lg tebal ya?
fuhhhh