Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha mulanya macam tak tertarik nak tengok sebab tak ada yang Sha minat dalam rancangan variety ini.. Tapikan, sajalah cuba tengok 1 episod.. Eh.. Menarik.. Konsep dia macam Three Meals a Day iaitu memasak.. Cumanya dalam rancangan ini mereka perlu berkerja mendapatkan makanan mingikut musim tempat yang mereka pergi.. Awal episod mereka perlu berkerja dengan nelayan untuk mengumpulkan ikan bilis dan dibayar dengan duit serta ikan bilis.. Kemudian mereka perlu menuai Kabocha.. Tetamu pertama mereka ialah Hwang Jung Min..
Episod 5-6 pula mereka perlu ke tengah laut untuk menangkap ikan Halibut dan ikan kod, malangnya tak berjaya sebab cuaca tidak mengizikan jadinya untuk mendapatkan duit dan ikan tersebut mereka mengadakan perlawanan dengan kru pengambaran.. Mereka menang dan mewah semula.. kikiki.. Owh ya, disini mereka menuai buah pic dan nektarin.. Tetamu untuk episod ini ialah Park Hae Jin..
Cha Tae Hyun muncul pada penghujung episod 6 sampai suku episod 8.. Pada episod ini mereka bermula dengan memetik jagung bersama.. Pada awal episod ini Dex tak ada tapi Cha Tae Hyun dah mula membantu mereka.. Memang pekerja terbaik kali ini ialah Eun Jin.. Laju gila dia petik jagung.. Pagi seterusnya mereka berlima menangkap belut tombak yang ganas dan perkerja cemerlang ialah Jung Ah dan Dex.. Memang seronoklah kali ini sebab kelima-lima mereka merasai pengalaman ke laut dengan 2 bot berbeza.. Selepas menangkap belut tombak, Cha Tae Hyun balik.. Mereka tinggal berempat..
Episod 9 mereka tak ada tetamu.. Episod ini mereka kena berkerja keras mencari kupang luncur di dalam lumpur.. Kerja yang tak mudah untuk mereka, namun mereka berjaya dapatkan 42kg kerang..
Episod 10 ada tetamu undangan iaitu Park Jeong Min dan mereka berkerja bersama petani lain menuai keledek di ladang yang sangat luas.. Tetamu kali ini nampak lebih pendiam..
Episod 11 diorang tak ada tetamu tapi kita boleh tengok kehebatan Dex dan Jung Ah menuai buah anggur.. Buat pertama kalinya mereka berjaya buat 35o dollar.. Memang dasyatlah.. kikiki..
Episod 12 ada Go Min Si dan mereka ke laut menangkap ketam biru.. Kali ini mereka kena naik bot secara berseorangan kecuali Jung Ah yang bersama Min Si..
Episod 13 tak ada tetamu dan mereka memasak buat kali terakhir.. Menu mereka ialah ketam biru yang ditangkap sebelum ini..
Paling seronok bila tengok mereka masak hasil dari usaha mereka.. Pelbagai menu yang buat kita terliur.. kikiki.. Sha paling geram episod belut tu lah.. Pergh!! Meleleh air liur.. kikiki..
TV Show: Fresh off the Sea
Also Known As: Sister's Direct Delivery , Eonnine Sanjijiksong
Genres: Life, Food, Adventure, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 13
Aired: Jul 18, 2024 - Oct 10, 2024
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
'Sister’s Direct Delivery' is a salty fishing village reality show about Yeom Jung Ah, Ahn Eun Jin, Park Joon Myun, and Dex, who start living in a seaside village for 3 days and 2 nights. It contains a variety of journeys, including various jobs by the sea and seasonal meals that can only be tasted there.
Saya nih walau suka drama Korea tp acara variety show nya belum pernah nonton. Banyak yg bilang bagus, tp ntahlah , memang LBH suka drama drpd yg acara real begini 😅. Tp nanti saya coba yg acaranya berkaitan dengan kuliner atau cooking seperti yg kakak tonton. Bisa jadi saya tertarik. Soalnya variety show mereka banyak jenis kan.
ReplyDelete