Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Imani maklumkan kena bawa telefon pintar ke sekolah untuk pertandingan.. Sha mulanya risau juga.. Iya ja anak dara seorang ini.. Pesan macam-macam dengan dia.. Risau telefon hilang.. Alhamdulillah, memang Imani jaga betul telefon tu semalam.. Lega melihat Imani peka dengan tanggungjawab dia terhadap telefon tu.. Merasalah berbalas mesej dengan Imani semalam..

Teruja pula maknya bila Imani update pasal pertandingan..

Tak ada rezeki Imani..

Imani pujuk diri sendiri baru mak pula pujuk.. Alhamdulillah dah semakin matang dan faham ada bertanding ada kalah dan menang..

Terkejut Sha baca bila Imani hantar mesej ini.. Memang lambatlah semalam dia sampai rumah transit.. Mama Ani dia pun risau tengok dia tak sampai-sampai.. Sha pula jadi orang tengah antara Imani, encik suami dan Mama Ani dia.. Kalau tak kerana bawa telefon tu, mau gelabah Sha kalau rumah transit telefon cakap Imani tak sampai-sampai sebab pemandu van tak ada update apa-apa pasal kemalangan tu..

Karangan pendek Imani untuk pertandingan..

Ini depan klinik.. Imani dalam van menunggu pemandu van hantar budak yang cedera tu..
Kemalangan tu jadi bila, van belum lagi berhenti tapi budak-budak dah berlari pergi ke van.. Tak pasal-pasal dah jadi kemalangan.. Sha risau bila jadi kes-kes macam ini nanti van dah tak boleh beroperasi.. Mak Ayah pula lepas tangan macam tu ja.. Sha memang selalu pesan dengan Imani, tunggu sampai van berhenti baru pergi dekat van.. Bahaya..
Allahuakbar..Semoga semuanya baik2 aje...
ReplyDeleteTakpe, cuba lagi lain kali ye Imani ...
ReplyDeleteSemoga baik² je budak tu
Takpe dapat masuk pertandingan tu pun dah kira power. Alahai budak2 ni kekadang berebut. Cie selalu nampak van tak berenti lagi budak2 dah serbu. Parents kena sentiasa remind anak2. Risau kekadang tu kan.
ReplyDeletetak apa imani...insya allah ada rezeki tu next time
ReplyDeletetp terkesima kejap imani tak guna short form hehehe
Kdg memang seram jika lihat anak2 nih mendekati Van saat blm betul2 berhenti. Apalagi jika ada yg saling dorong 😔.
ReplyDelete