Sunday, May 25, 2025

Bila Kesihatan Teruji

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula dari hari Jumaat lagi dah rasa tekak tak okay tapi masa ini masih bertahan lagi.. Minum air suam ja nak legakan tekak.. Mula batuk-batuk sikit.. Malam tu lepas makan, Sha terus makan panadol actifast 2 biji.. Memang terus tidurlah lepas makan ubat.. Tapi pukul 4 pagi Sha terjaga dalam keadaan tekak gatal ya amat dan bahagian kiri kepala sakit betul.. Mujur dekat rumah memang ada BETADINE, Sore Throat Spray ini.. Sha bangun dan tembak ubat ini kat tekak.. Lega sikit.. Pukul 6 lebih tembak lagi.. Boleh pula lepas tu muntah-muntah, memang habis keluar semua air perut ja.. Tak ada apakan dalam perut.. Pedih tekak.. Masa ini memang dah mula sakit kepala yang teruk.. Keseluruhan kepala Sha berdenyut-denyut.. Encik suami pula kena kerja, beliau suruh Sha makan panadol soluble lepas makan dan rehat.. Kita ini mak, memang tak bolehlah nak rehat ja.. Encik suami memang offer nak belikan makanan, Sha yang tak bagi.. Tak suka dia kalut-kalut sebab beliau pun nak kerja..

Gigihlah basuh juga baju anak-anak, masakkan sup dan gorengkan ayam untuk anak makan.. Alhamdulillah Amani dah boleh menolong.. Amanilah yang tolong sidaikan baju dan masak nasi.. Sha memang on off lah buat kerja, rehat sambung buat kerja dan rehat lagi.. Sakit kepala tu sampai ke malam.. Alhamdulillah pagi ini dah tak sakit kepala.. Selsemalah pula.. Emosi memang on off lah.. Nak tidur pun tak berapa lena.. kikiki.. Nak makan panadol lebih-lebih pun risau juga.. Memang makan 4 ke 5 jam sekali itupun selang seli panadol soluble, panadol biasa, panadol soluble pastu panadol biasa..

Encik suami cakap, lama tak sakit tu yang jadi macam ini.. Selalu tu kalau selsema, meleleh ja hingus atau kalau batuk tu memang batuk je lah.. Kali ini pakej demam, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit-sakit badan (tulang rasa ngilu betul) dan selsema.. huhuhuhu.. Anak-anak pun risau tengok maknya lembik ja.. huhuhu.. Beliau risau juga tu, pagi ini pukul 6 pagi dah kena keluar kerja.. Sha okay ja, bila betul-betul tak larat memang baring jelah.. 

Mujur encik suami memang ada simpan panadol soluble ini..

4 comments:

  1. Semoga cepat sihat. Kita ni kalau jatuh sakit memang melepek.

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh kak sha. Musim sekarang tak menentu, jadi badan susah nak adapt.

    ReplyDelete
  3. Skrg musim panas terlampau. Try elakkan aktiviti luar. Banyakkan minum air kosong.

    Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan sis. Aamin

    ReplyDelete
  4. syafakillah sha... pergilah klinik...
    lately byk dah kes denggi...
    harap bkn sha laa salah seorg daripada mangsanya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com