Assalamualaikum..
Hye semua..
Mula dari hari Jumaat lagi dah rasa tekak tak okay tapi masa ini masih bertahan lagi.. Minum air suam ja nak legakan tekak.. Mula batuk-batuk sikit.. Malam tu lepas makan, Sha terus makan panadol actifast 2 biji.. Memang terus tidurlah lepas makan ubat.. Tapi pukul 4 pagi Sha terjaga dalam keadaan tekak gatal ya amat dan bahagian kiri kepala sakit betul.. Mujur dekat rumah memang ada BETADINE, Sore Throat Spray ini.. Sha bangun dan tembak ubat ini kat tekak.. Lega sikit.. Pukul 6 lebih tembak lagi.. Boleh pula lepas tu muntah-muntah, memang habis keluar semua air perut ja.. Tak ada apakan dalam perut.. Pedih tekak.. Masa ini memang dah mula sakit kepala yang teruk.. Keseluruhan kepala Sha berdenyut-denyut.. Encik suami pula kena kerja, beliau suruh Sha makan panadol soluble lepas makan dan rehat.. Kita ini mak, memang tak bolehlah nak rehat ja.. Encik suami memang offer nak belikan makanan, Sha yang tak bagi.. Tak suka dia kalut-kalut sebab beliau pun nak kerja..
Gigihlah basuh juga baju anak-anak, masakkan sup dan gorengkan ayam untuk anak makan.. Alhamdulillah Amani dah boleh menolong.. Amanilah yang tolong sidaikan baju dan masak nasi.. Sha memang on off lah buat kerja, rehat sambung buat kerja dan rehat lagi.. Sakit kepala tu sampai ke malam.. Alhamdulillah pagi ini dah tak sakit kepala.. Selsemalah pula.. Emosi memang on off lah.. Nak tidur pun tak berapa lena.. kikiki.. Nak makan panadol lebih-lebih pun risau juga.. Memang makan 4 ke 5 jam sekali itupun selang seli panadol soluble, panadol biasa, panadol soluble pastu panadol biasa..
Encik suami cakap, lama tak sakit tu yang jadi macam ini.. Selalu tu kalau selsema, meleleh ja hingus atau kalau batuk tu memang batuk je lah.. Kali ini pakej demam, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit-sakit badan (tulang rasa ngilu betul) dan selsema.. huhuhuhu.. Anak-anak pun risau tengok maknya lembik ja.. huhuhu.. Beliau risau juga tu, pagi ini pukul 6 pagi dah kena keluar kerja.. Sha okay ja, bila betul-betul tak larat memang baring jelah..
Mujur encik suami memang ada simpan panadol soluble ini..
Semoga cepat sihat. Kita ni kalau jatuh sakit memang melepek.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kak sha. Musim sekarang tak menentu, jadi badan susah nak adapt.
ReplyDeleteSkrg musim panas terlampau. Try elakkan aktiviti luar. Banyakkan minum air kosong.
ReplyDeleteSemoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan sis. Aamin
syafakillah sha... pergilah klinik...
ReplyDeletelately byk dah kes denggi...
harap bkn sha laa salah seorg daripada mangsanya