Assalamualaikum..
Hye semua..
Pergh!! Menusuk okay bau mala dia tu.. Boleh nampaklah kepingan cili, biji cili, szechuan pepper tu lepas tuan isi dalam botol.. Seram betul bila tengok warna dan banyaknya rempah ratus untuk mala tu.. Bila makan tu memang terasalah pedas mala tu.. Pedas yang tak sama macam pedas kita.. Pedas dia tu terasa berempah.. Setakat makan sikit-sikit tu okay ja.. Kalau sekali hadap memang berpinarlah kepala Sha.. Sha ini bukannya makan pedas pun.. Beli sebab nak mencuba.. Seminggu lebih baru habis sebalang ini.. kikiki..
Tong Garden Mala Peanut Mixed Broad Bean (140g) Spicy
Dapatlah sebekas comel ini..
Boleh nampak isi dia ada kacang tanah, kacang parang dan rempah ratus mala.. huhuhu..


























Saya yg penyuka pedas pasti cocok dengan rasa kacang ini 😍😍😍. Ok, masuk list dulu nak beli
ReplyDelete