Thursday, February 4, 2021

Drama | Fate: The Winx Saga (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyesal pula tengok drama ini.. Ingatkan dapatlah tengok Bloom keluar kepak pari-parinya dan adalah babak magic-magic.. Rupanya jadi lain pula bila dibuat live action ini.. Memang sangat-sangat tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.. Wataknya semua toxic dan bermasalah.. Dari episod pertama lagi Sha dah tak berkenan dengan Bloom.. Macam dia sorang je bermasalah dan tak disayangi.. Kerjanya nak membangkang je dan lebih percaya pada orang yang salah dari cuba beradaptasi dan bergaul dengan kawan-kawan sebilik.. Bila orang bagi nasihat langsung tak boleh nak terima.. Stress pula menengokkan drama ini..

Sekiranya Bloom dapat menguasai kuasanya, adakah dia akan berubah? Adakah dia akan berkembang daripada pola dasar "Saya tidak seperti gadis lain" / "tidak ada yang memahami saya"?.. Nampak gayanya setakat season 1 je lah..

Fate: The Winx Saga (2021– )
Season 1 (6 Episodes)
Action, Adventure, Drama
A live-action adaptation of Nickelodeon's Winx Club (2004). It follows Bloom as she adjusts to life in the Otherworld, where she must learn to control her dangerous magical powers. 


Anime Jepun | Servamp Movie: Alice in the Garden (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini boleh tengok dekat Youtube.. Kisah mengenai Misono yang terputus hubungan dengan kawan-kawan lain dan menyebabkan salji turun.. RUpanya Misono terkurung dalam rumahnya sendiri dilindungi ayahnya kerana tak ingin Misono tercedera bila keluar berlawan bersama servampnya.. Ada rahsia tersembunyi disebalik kematian emaknya dan juga kepergian abangnya dari rumah.. Kisah sedih yang cuba disembunyikan dari pengetahun Misono..

Servamp Movie: Alice in the Garden (2018)
Alternative Titles: Gekijouban Servamp: Alice in the Garden
Aired: Apr 7, 2018
Source: Manga
Genres: Action, Comedy, Supernatural, Drama, Vampire, Josei
Duration: 58 min.
Synopsis: The Servamps and their pact-bound "Eves" are finally getting back to their normal lives as they recover from their injuries from the previous battles. However, when it starts snowing in the middle of summer, one of the Eves, Mahiru Shirota, suspects vampiric interference. Concerned by the strange phenomenon, he sets out to gather the group once more to try and solve the mystery; however, they suddenly lose contact with Misono Arisuin, the Eve of the Servamp of Lust.
Servamp Movie: Alice in the Garden delves into the untold past of Misono and his brother Mikuni Arisuin, as well as the many mysteries of the grand Arisuin Mansion.



Random Photo #4 2021

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Tak sangka dah masuk 4 entry mengenai random photo yang Sha kongsikan di blog.. seronok pula buat entry random photo ini sebab boleh bubuh apa je gambar yang kita nak dan setiap satu gambar ada cerita yang tersendiri..

Wajah baru tapi rasa masih sama.. Pembungkusan baru ini lebih memikat untuk dibeli.. 

Lama tak masak spaghetti Bolognese ini.. Guna isi ayam, capsicum dan hotdog je..

Lambat proses membalut buku sebab penerimaan buku teks darjah 5 lambat.. Lepas tu sekolah pun dari rumah je.. Kurang bersemangat emaknya nak membalut.. hehehe..

Beli lagi buat stok.. Sha suka nasi arab yang ini.. Mudah dan sedap rasa rempah dia..

Baru je beli, tu pun online di shopee..Tak jumpa lagi dekat kedai atau pasaraya.. Masaknya belumlah lagi.. hehehe.. Satu ini harga dia RM5.80.. Nanti kalau dah guna Sha buat entry lain ye..

Beli Ahmad Tea lagi.. Kali ini saja cuba Camomile & Lemongrass (RM9.50) pula.. Okaylah rasa dia, unik.. Hehehe.. Peach & Passion Fruit (RM10.40) tu memang kesukaan Sha.. 

Kakak bila ada kelas online tak payah nak pantau sangat.. Dah pandai dah nak berinteraksi dengan cikgu dan menggunakan Google Teams.. Dapat tugasan terus buat..

Yang kecik ini kena duduk sebalah dia.. Mak sambil buat kerja pejabat, sambil pantau dia buat kerja sekolah.. Satu subjek sampai 3 jam.. Hahaha..

Wednesday, February 3, 2021

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 9 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kembali dengan tajuk Lailasari, membawakan stail hitam putih memang menarik.. Cerita yang berbeza bila pelakon Delimawati kembali sebagai pontianak dalam Kampung Pisang Bersiri-siri.. Episod kali ini agak hambar walaupun ada pelakon Delimawati.. Penceritaannya mengenai Lailasari yang asalnya pontianak kemudian di pakukan dan berkahwin.. Permulaan cerita bila Lailasari yang bersalin dan mengalami komplikasi telah meminta suaminya mencabut semula paku dibelakang tengkuknya kerana dah sampai masanya untuk dia mati.. Namun dia akan bangkit semula selepas 44 hari.. Ceritanya agak try hard.. huhuhu.. Tapi okaylah untuk hiburan di malam Isnin..

Makanan | Nestle: Gold Cornflakes

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ini sebab Sha peminat cornflake.. Harga seketul ini bergantung dimana anda membelinya.. Ada yang jual RM2 dan ada juga yang murah atau mahal sikit dari harga tu.. Sha beli ini dengan harga RM1.96 satu.. Rasa dia sedap, tak manis.. Memang boleh dijadikan makanan sarapan.. Mudah dan sangat senang nak diselitkan didalam beg tangan.. Bila nak capai, buka dan makan..

Pembungkusan dia simple tapi menarik..

Isi dalam dia..

Wordless Wednesday 2021


 

Tuesday, February 2, 2021

Filem Pendek Korea | Yuwol: The Boy Who Made The World Dance

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang budak yang suka menari.. Bila berada didalam kelas dia perlulah mematuhi arahan hinggalah sekolahnya diserang wabak yang membuatkan semua orang mula menari.. Cikgu-cikgu mengajarnya kerana menyangkakan dia menjadi punca wabak tersebar..

Namun pada akhirnya filem ini mengajak kita supaya lebih terbuka dan melalui setiap saat tu dengan gembira bukannya terlalu ketat hingga menghalang kegembiraan dan eksplorasi pelajar untuk berimaginasi dan berkreativiti.. 

TEAM YUWOL Presents
Short Dance Film (25min) 
Korea National University of Arts(KNUA)
Film School, Graduation Thesis Project
A Film by Beff
Performed by Sim HyunSeo & Choi Min
Synopsis : 
Yuwol is a boy who never stops to dance even for a moment. One day, dance virus begins to spread in his private elementary school and he is accused as the culprit. Yuwol is now being chased by his uptight home room teacher and other members of the faculty.​

Drama Korea | Let's Eat Something, Anna (2017)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini walaupun pendek je, 5 episod namun berjaya memberi pengajaran.. Kekecewaan mampu menjadikan manusia rasa rendah diri dan mampu buat manusia bangkit semula.. bergantung macam mana kita melihat kekecewaan itu.. Anna yang ditinggalkan teman lelakinya pada hari perkahwinan mereka telah mengurung diri selama 2 tahun di dalam rumah dan menjadikan bloger pengulas barang sebagai kerjaya.. Namun kehadiran Park Ji Yong telah membuka hati Anna untuk keluar dari rumah.. Park Ji Yong juga mempunyai masalah keyakinan untuk bercinta namun kehadiran Anna membuka hatinya.. Keduanya bertemu dan saling melengkapi..

Drama: Let's Eat Something, Anna
Also Known As: Aenaya Babmeokja, Hey Ana! Let's Eat!
Genres: Food, Comedy, Romance, Life, Youth, Drama
Country: South Korea
Episodes: 5
Aired: Aug 1, 2017
Aired On: Tuesday
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 14 min.
An adorable love story of Park Ji Yong, a good-looking home shopping host, and Sohn Ana, a secluded girl who never leaves home and whose only joy of life is home shopping.
(Source: OnDemandKorea)

Webtoon | Sweet Home by Youngchan Hwang, Carnby Kim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini ada nampak Page Kakimuvee dan Netflix ada kongsikan pasal live action drama bertajuk Sweet Home yang diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama.. Cari punya cari, jjmpalah Sha dengan webtoon tu.. Tapi kena baca sehari satu episod je.. huhuhu.. Untuk November ini dia bagi 3 episod setiap hari, bestlah.. Kalau tak setiap hari satu episod je.. Kalau nak baca banyak kena beli coins.. Tak kuasalah Sha.. Tunggu jelah bacaan free..

Tajuk je sweet.. Ceritanya tak sweet langsung.. Hahaha.. Namun ada sebab kenapa penulis bubuh tajuk cerita ini Sweet Home.. Kena baca sampai habis baru boleh tangkap sebabnya.. 

Ceritanya agak ngeri dan mendebarkan.. Penuh raksasa didalamnya.. Kisah seorang budak sekolah yang mengalami satu peristiwa memencilkan diri didalam bilik.. dengan ahli keluarga dia pun dia tak berbual.. Hinggalah akhirnya ahli keluarga beliau mati kemalangan dan meninggalkan beliau seorang diri.. Beliau berpindah ke sebuah apartment dan menetapkan 25hb sebagai tarikh untuk beliau bunuh diri.. Namun malangnya dunia berubah dimana manusia mula bertukar menjadi monster bila kalah pada keinginan yang terpendam dalam diri.. Memang menakutkan sebab dia sendiri namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan dia mula bangkit untuk menolong orang disekelilingnya.. Dalam masa yang sama dia juga perlu berperang dengan monster yang ada dalam dirinya.. Bukan mudah untuk terus kekal waras dan mengawal diri dari berubah namun keinginan untuk terus jadi manusia sangat kuat hingga dia terus kekal menjadi manusia semula walaupun telah berubah menjadi monster.. Perjalanan cerita komik ini berlaku di dalam apartment yang diduduki hero, pengakhirannya bila mereka terpaksa meninggalkan apartment tersebut..

Sha baca webtoon ini bermula pada 25.11.2020 dan berjaya menyelesaikannya pada 01.02.2021..

Sha baca online di Webtoon..
Published January 15th 2018 by LINE Webtoon (first published October 12th 2017)

Monday, February 1, 2021

Drama Korea | The Uncanny Counter (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat ohsem.. 4 orang manusia yang terpilih untuk menjadi penangkap roh jahat dan diberikan kuasa luar biasa.. So Moon merupakan salah seorang counter dan dia terpilih bila Wigen berjaya masuk ke dalam badan dia walaupun dia tak koma.. Menyamar sebagai pekerja kedai mee dan dalam masa yang sama memburu roh jahat dengan sweater merah.. Memang kelakar dan penuh emosi.. Paling menarik bila keluar territory mereka memang lawalah.. Cahaya berwarna warni dan So Moon ada kuasa untuk memanggil territory ini.. Bila dalam kawasan ini kuasa mereka jadi berganda.. 

Cerita ini menarik bila tengok perubahan watak So Moon dari seorang anak yang selalu tersenyum bersama kawan-kawan sekolah dia kepada seorang Counters yang bertanggungjawab dan mula berkerjasama.. Memang cerita ini penuh aksi dan juga emosi.. Tambah part watak dalam ini melalui kehilangan, kehidupan, kekeluargaan dan juga persahabatan.. 

Drama: The Uncanny Counter
Also Known As: Amazing Rumor, A Wonderful Rumor, Gyeongiroun somun, keyongiroun somun, A Phenomenal Rumor, Extraordinary Rumor, Wonderful Rumors, Good Rumors, gyeongiloun somun
Screenwriter: Jung Do Yoon, Kim Sae Bom, Yeo Ji Na
Director: Yoo Seon Dong
Genres: Action, Mystery, Drama, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Nov 28, 2020 - Jan 24, 2021
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: OCN, Netflix
Duration: 1 hr. 5 min.
Tells the story of demon hunters called Counters who come to earth under the guise of being employees at a noodle restaurant in order to capture evil spirits that have returned to earth in pursuit of eternal life.
So Moon is the youngest of the Counters. After suffering from a mysterious car accident as a child, he eventually becomes a central figure among the Counters.
Do Ha Na has the ability to sense the locations of evil spirits, even those that are hundreds of kilometers away. She can also read memories of others through touch and works with So Moon to do away with evil spirits.
Ga Mo Tak is a Counter with incredible strength. He’s a former police officer who lost his memory seven years ago after an accident and is unable to stand idle in the face of injustice. Ga Mo Tak is also So Moon’s mentor.
Chu Mae Ok is a Counter with healing abilities. Outwardly, she’s the chef of the noodle restaurant, but among the Counters, she is the emotional pillar of the group.
Choi Jang Mool is the oldest Counter. He’s in charge of all of the Counters’ expenses, and he is a living legend among the Counters in Korea. (Source: Soompi)
"Adapted from the webcomic "Kyeongirowoon Somoon” written by Jang Yi." 

Pendidikan Seni: Kami Suka Sayur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha kongsikan hasil kerja Imani pula.. Malam Ahad baru teringat yang kerja sekolah pendidikan seni tak buat lagi.. Hehehe.. Ayahnya lah yang teman sebab ayahnya berseni sikit.. Kalau maknya karang jadi lain pula.. hahaha.. Subjek Pendidikan Seni dengan tajuk Kami Suka Sayur ini saling berkait dengan subjek Pendidikan Muzik.. Sebelum melukis mereka kena menyanyi lagu pasal sayur ini.. Lepas tu barulah melukis dengan menggunakan 3 garisan iaitu garisan lurus, garisan melengkung & garisan beralun.. Tapi bila cikgu bagi video yang ada banyak jenis garisan, anak-anak ini pun buat ikut video lah.. Ada garisan bulat, zig zag.. Tak adanya dia ikut arahan tu minta 3 jenis je.. hahaha.. Layanlah, yang penting anak-anak ini faham video yang ditunjukkan.. Ye tak.. Walaupun tak ikut arahan gurunya.. 

Kemain baik ikut arahan ayahnya melukis.. Walaupun banyak akalnya.. hehehe.. Pukul 10 malam baru buatnya.. 

Hasil yang dihantar ke guru oleh Sha pagi tadi..

Pembelajaran Dari Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan anak-anak sekarang ini kelasnya di rumah, makanya perlulah sediakan meja belajar buat mereka.. Senang nak buat kerja sekolah dan juga buat kelas atas talian dengan cikgu.. Sebelum ini Amani pakai meja pendek.. Tengok dia tak berapa selesa je, tu yang carikan juga meja dekat Shopee.. Lebih berbaloi untuk dibeli berbanding di kedai.. Nak tak nak kena juga ikut peredaran masa dan beradaptasi dengan suasana sekarang.. 

Meja (60cm x 120cm) beli melalui Shopee dengan harga RM97.24 termasuk kos penghantaran (selepas diskaun RM6.66)
Kerusi beli dekat pasaraya Tanjung Malim dengan harga RM29

Sha belikan juga headphone yang ada mic ini untuk perbualan dengan cikgu bila ada Google Meet..

Belikan tempat letak telefon ini sekali untuk buat video.. Kadang cikgu minta rakaman video/audio dari anak-anak.. Senang bila ada stand ini..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com