Tuesday, March 1, 2022

Novel | Jade oleh Laila Kamilia

Assalamualaikum..
hye semua..

Sebuah novel yang ada selingan berbentuk komik.. Menariknya novel ini adalah ianya merupakan novel ketiga mengenai kisah Jade dan Zed.. Namun tak perlu gusar, boleh je dibaca secara stand alone.. 

Jade membawa kisah mengenai seorang agen bernama Jade yang dikambing hitamkan demi satu senarai yang tidak disangka.. Dalam masa yang sama, Jade juga perlu mencari rantai bernilai 14 juta yang ditinggalkan kekasihnya secara rahsia disebuah lokasi.. Mujurlah ada rakan yang masih setia membantu saat Jade berada dalam kesusahan..

Sha baca dan selesai pada 01.03.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Laila Kamilia

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA yang ohsem ini.. Hadiahnya buku tau.. Rugi kalau tak joint..


Hadiah :
2 buah buku x 2 orang pemenang. (Pemenang dipilih melalui sistem cabutan bertuah yang terdapat dalam internet)

Tarikh :
Giveaway ini berlangsung bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2022.

Goodreads | Bacaan Februari 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini Sha berjaya melebihi target yang Sha tetapkan.. Itupun sebab baca komik bersiri yang bertajuk Hope.. Tapi tu lah, tak habis lagi.. Tak tahu apa kesudahannya.. Kemudian minggu lepas ada ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk buat pinjaman kelompok, memang lagi meriahlah bacaan Sha.. Berikut antara tajuk yang berjaya Sha baca.. Ada ebook dan juga buku fizikal.. Ada yang dari rak peribadi Sha dan ada yang Sha pinjam dari Perpustakaan..



14-20. Hope 01-07 by Zint - ebook

21. Hacker oleh Zint - ebook


Costa Coffee: Salted Caramel Iced Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam saja ajak encik suami ke Kuala Kubu Bharu cari Costa Coffee.. Kebetulan ternampak logo dia, masa jalan-jalan sebelum ini.. Kali ini memang puas hatilah bayar.. Tempat terpencil, jadinya mesin pun tiptop.. Lepas ini kalau teringin, boleh lajak ke sini je.. hehehe..

Salted Caramel Iced Mocha - RM12.50

Cheese & Ham Waffle - RM6
Yang ini diskaun sebab beli costa coffee.. Kalau tak harga dia RM7.50..

Rasmikan sweater sama.. hehehe..

Secret Recipe: Hokkaido Triple Cheese Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali mencuba kek ini di Secret Recipe, terus Sha jatuh cinta.. Seriouslly sedap sangat.. Gabungan kek dan cheese dia, mengancam gila.. Tak pernahlah jumpa gabungan yang tak manis dan emmuakkan macam ini.. Memang boleh beli lagi.. Patutlah dia jadi cake of the month.. Hehehe..

Gabungan coklat dan cheese yang ohsem..

Monday, February 28, 2022

Komik | Rumah Impian Chi 11 oleh Konami Kanata, sayuriafrina (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menjadi penutup bacaan Sha bagi bulan Februari.. Sha selang selikan bacaan Sha dengan komik supaya tidak terlalu fokus berfikir.. Komik ini lebih ringan walaupun kadang topiknya berat..

Macam cerita mengenai seekor kucing bernama Chi ini.. Kisahnya Chi merasa terpingir bila ibu dan Youhei berjalan, manakala Chi ditinggalkan bersama ayah.. ayah pula terlalu sibuk dengan kerja hingga terlupakan Chi.. Chi pun keluar bermain dan ketika inilah Chi terjumpa sekeluarga kucing yang memanggilnya dengan panggilan Sarah.. Adakah Chi terlupakan sesuatu.. Apa kaitan Chi dengan Sarah dan mereka.. Komik yang comel pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 28.02.2022..
Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2018 by Gempak Starz Sdn Bhd

Ali, Muthu & Ah Hock White Coffee: Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga mencuba air kopi ini.. Ada yang membeli dan letakkan di pantry pejabat, maka kita cubalah rasa.. Dah lama nampak kopi ini.. Tertarik sebab ada perkataan cholestrol free.. Hahaha.. Tapi memang kaw habislah kopi dia.. Terasa keras kopinya.. memang padu dan menghangatkandi kala cuaca sejuk.. Hahaha.. Cubalah kalau suka kopi yang kaw.. Berbaloi..


Secawan kopi di kala sejuk..

Komik | Little Lions (Warm Hearts Series, #10) by Dream Catcherz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah komik berbahasa Inggeris yang ohsem.. Menggunakan Sekolah Rendah di Ayer Tawar sebagai latar.. Memang menarik.. Kisah pelajar sekolah yang bernama Jim.. Jim yang terpinga-pinga mencari kelab apa ingin disertai telah salah mengisi borang.. Namun kerana kesiakan kelab tarian singa, Jim kekal berada didalam kelab tersebut.. Tanpa Jim sangka, dia belajar banyak perkara melalui aktiviti kelab yang disertai.. Dari sini Jim belajar untuk berusaha dengan gigih, berkerjasama dan berkawan.. Memang sebuah kisah yang menarik untuk dibaca..

Sha baca dan selesai pada 28.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Gempak Starz Sdn Bhd

Video Muzik | Pijak by Zizi Kirana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dari seksi sampailah sekarang dah bertutup elok, Sha memang suka dengar lagu-lagu beliau.. Ada yang menarik, ada yang kureng.. Ingatkan beliau tak menyanyi dah.. Tiba-tiba keluar lagu ini.. Menarik sebab liriknya kena sangat dengan situasi Sha.. Memang ohsemlah lirik dia.. Jom layan..


Pijak by Zizi Kirana

Banyak monyet naik toncet
Bila duit masuk kocek
Banyak beruk makin teruk
Bila kepuk naik gemuk

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat kau boleh pijak ehh kau silap

Hold up kejap
Mentang mentang kau dah sedap 
Orang lain masih sesak 
Kau ayamkan bagi dedak 

Kejap … Tunggu
Orang dah makin berbulu 
Dengan kau punya sekutu
Kau punya sepapat sepupu setuju

Time out berhenti 
Aku dah lama naik geli 
Maruah aku kau nak beli 
Aku tak jual kau tak reti

Sebentar nanti
Berapa lama lagi
Simpan sabar berapa kali
Fikiran masak sebabkan panas hati

Banyak monyet naik toncet
Bila duit masuk kocek
Banyak beruk makin teruk
Bila kepuk naik gemuk

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat kau boleh pijak ehh ehh ehh

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat boleh pijak ehh kau silap

Yang dipijak nanti jadi yang memijak
Jadi hati hati takut nanti tersimpang niat
Aku jaga aku bukan jenis yang memihak
Episod akan datang kita tunggu kita lihat 

Dunia aku sempit walau negeri aku luas
Takde tanggung takde jawab cuma ada culas
Sakit pendam dendam dalam hati belum lunas
Kalau cakap lepas pasti buku bertemu ruas

Naik turun pasang dengan surut 
Jangan dipijak kepala berotak kusut
Tinggi rendah langit dengan bumi 
Hati-hati boss lupa diri tunggang kuli

Banyak monyet naik toncet
Bila duit masuk kocek
Banyak beruk makin teruk
Bila kepuk naik gemuk

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat kau boleh pijak ehh ehh ehh

Yang dipijak nanti jadi yang memijak
Jadi hati hati takut nanti tersimpang niat
Aku jaga aku bukan jenis yang memihak
Episod akan datang kita tunggu kita lihat

Sunday, February 27, 2022

Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB22)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha jelajah Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB22) di Pasar Seni, Kuala Lumpur.. Belanja anak-anak buku, mak pun beli juga sebuah.. Lama betul tak masuk Pasar Seni.. Dulu masa bujan, rajin juga Sha ke sini cari buku second hand.. Tapi kedai buku tu dah tutup.. Suram je tengok kawasan dekat luar Pasar Seni tu.. Mengimbau kenangan lama gitu.. hehehe..


Seronok mereka melihat hasil seni..

Tak tentu arah memilih buku apa nak dibeli..

Hasil tangkapan kami..
Baphomet tu Sha punya..
Bookiut tu Amani pinya..
Dua yang akhir, Imani punya..

Hadiah birthday Imani.. Asalnya dia request kereta kawalan jauh.. Sampai Pasar Seni, dia jumpa buku best terus tukar hadiah.. hehehe..

Alang-alang dah sampai Pasar Seni, terus cari mural ni.. Suka lagu mereka.. Tak jauh dari sini ada Muzium Telekom dan Patung animasi Lat.. Malangnya perut dah lapar, jadi singgah kejap je intuk snap gambar dekat mural nie..

Aiskrim Mokti's Gula Apong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru pertama kali cuba aiskrim ini.. Ini pun sebab kawan pejabat ajak.. Kalau tak memang tak berani, risau aiskrim ini manis.. Hahaha.. Rupanya tak adalah manis manapun.. Lebih kepada berlemak.. Aiskrim dia memang lemak habislah.. Puas hati.. Kalau nak pesan, boleh tanya aiskrim perisa apa hari ini kemudian pilihlah nak saiz apa, jenis apa.. Topping apa.. Hari yang Sha pergi ini, Mokti buat aiskrim pandan.. Memang sedap, wangi dan lemak.. Puas hati.. Cup kecik tu pun meriah..


Pilihan Sha.. 

Antara topping yang boleh dipilih..

Empat ini RM26..

Komik | Call of the Whale (Warm Hearts, #7) by Xeon, Dream Catcherz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Carl yang tak boleh berjalan akibat kemalangan dan penyakit.. Hidupnya menjadi sedih dan sunyi disebabkan mak ayah Carl yang sibuk berkerja.. Carl merasakan dirinya tak guna hinggalah kemunculan Belle.. Belle mengajar Carl erti perjuangan.. Jangan mengalah sebelum berjuang.. Hidup untuk diri sendir.. Bina semangat dan keyakinan bukannya menyerah dan menyalahkan orang lain.. Memang sebuah komik yang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 27.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2019 by KADOWAKA GEMPAK STARZ SDN BHD
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com