Friday, August 23, 2024

ebook | Cinta Di Sujud Terakhir by Ai Indah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. Dia macam tiba-tiba.. Eh.. Dah habis.. Camtu.. 

Kisah Syakira yang asyik putus tunang, berpindah tempat kerja baru.. Berkenalan dengan Abdul Hamid.. Awal-awal kerja, Syakira terjumpa penyelewengan duit syarikat.. Lepas tu Syakira dan Abdul Hamid nak dibunuh.. Semasa menuju ke suatu tempat, kereta mereka rosak breknya.. Menginap di hotel dan diserbu penguatkuasa.. Kahwin, baru saja nikah, tengah solat, meninggal.. Habis..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2024..


Tajuk: Cinta Di Sujud Terakhir
Penulis: Ai Indah
Tahun Terbit: Julai 2020
Penerbit: Ai Indah
M/S: 60
Sinopsis: “Kira dan Rusdi… putus tunang.” – SYAKIRA Tunang putus, tunang putus, tunang putus. Sedar tak sedar dah 10 kali Syakira tak dapat peluang nak menjadi isteri orang. Cuma dapat gelaran tunang dan bekas tunang orang je. “Belek muka saya lama-lama, kenapa?” – ABDUL HAMID “Maaf bos, masa bos angkat kening tu saya teringat ayah saya. Dia suka angkat kening bila tanya saya soalan. Tu terpukau tu.” – SYAKIRA Dan tanpa Syakira sedari, sikapnya yang clumsy dan suka merepek bukan-bukan itulah yang buatkan Abdul Hamid rasa terhibur. ‘Terima kasih juga sebab suka saya,’ – ABDUL HAMID. Dapatkah mereka bersama melakar cinta sampai ke syurga?

Thursday, August 22, 2024

Bengkel Biblioterapi: Merdekakan Minda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini bengkel Biblioterapi kedua yang Sha sertai.. Bengkel pertama masa tahun 2019.. Lama dah.. Kali ini penceramahnya lelaki dan diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet.. 

Penceramah juga mencadangkan penggunaan Al-Quran sebagai bahan terapi dan antara cadangannya ialah dengan membaca Al Quran secara rutin bersama keluarga selepas solat.. Selain itu peserta juga diminta menghasilkan puisi sendiri.. Banyak ilmu menarik yang dikongsikan penceramah mengenai biblioterapi ini..

Bukan semua orang sesuai dengan biblioterapi ini.. Ada situasi yang tak sesuai macam dalam gambar diatas..

Perpustakaan Perubatan HSA akan mengadakan Bengkel Biblioterapi: Merdekakan Minda yang diadakan secara dalam talian seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2024
Masa: 8.30 pagi - 3.30 petang

ebook | Time to Heal by Norhafsah Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa baca buku ini macam dejavu pula nama watak dan perangai masing-masing.. Rupanya watak-watak ini pernah muncul dalam buku bertajuk Will You Stay?.. 

Buku ini menceritakan tentang kisah Hassan.. Bagaimana beliau melalui kehidupan selepas kehilangan kembarnya Hussin.. Penulis memasukkan babak imbas kembali pada beberapa permulaan bab.. Memberitahu mengenai Hussin dan Hassan.. Hassan mengejar kerjaya doktor atas permintaan kembarnya.. Walaupun pada awalnya kerana janji lama-kelamaan perasaan cintakan kerjayanya mula muncul namun bukanlah semudah itu.. Ada beberapa perkara yang berlaku kepada Hassan, yang membuka kembali luka kehilangan Hussin dan dari situ Hassan mula lebih terbuka membicarakan kepedihan akibat kehilangan.. Tambahan pula tugas seorang doktor pasti akan berdepan dengan kehilangan pesakit.. Persahabatan Hassan dengan Amy dan Nieza juga banyak membantu emosi Hassan..

Sha baca dan selesai pada 16.08.2024

Published March 19, 2022 by IMAN Publication

Lepak Di R&R

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam tadi encik suami ajak keluar naik motor.. Takkemana pun, lepak dekat R&R ja.. Minum teh o panas kurang gula dan makan roti bakar.. Lepas tu sembang kosong.. Jam 9.25 malam dah gerak balik.. Pergh!! Perjalanan balik yang jauh rasanya akibat kesejukan.. hahaha.. Patut pakai jaket tebal.. Sejuk betul.. Lepas ini memang kena pakai jaket yangtebal kalau nak keluar malam.. 

R&R Ulu Bernam arah Selatan

India | Kill (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini memang ganas gila.. Gila-gila punya ganas.. Jadinya kalau tak suka keganasan, jangan tengok tau.. Sekumpulan perompak masuk dalam keretapi untuk merompak.. Ada yang melawan dan kekacauan bermula.. Seorang perompak yang gila bernama Fani cuba untuk menculik Tulika sebab bapa dia kaya.. Malangnya Tulika melawan dan dibunuh.. Bermula dari sini, kekasih Tulika iaitu Amrit yang kebetulan ada dalam keretapi dna melihat pembunuhan Tulika mula bangundan menyerang kesemua perompak dengan ganas.. Memang dasyatlah.. Kalau awalnya dia cuma mencederakan atau memengsankan, selepas Tulika mati Amrit tak ada lagi belas kasihan.. Amrit bunuh saja semua perompak yang dia jumpa..

Penjahat merompak, bunuh sesuka hati.. Tak pe.. Tapi bila perompak diserang dan dibunuh, eh perompak marah pula.. Nak balas dendam.. 

Kill
2023 ‧ Action/Thriller/Crime/Drama ‧ 1h 45m
A train to New Delhi becomes a combat battleground as a pair of commandos faces off against an army of invading bandits.

Wednesday, August 21, 2024

ebook | The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek oleh Maya Adira

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya Azreen dan Harris berkahwin demi menutup malu keluarga kerana Azyan dan Iqram yang bermasalah dan melarikan diri dari majlis mereka.. Harris pula dah memang ada kekasih hati bernama Zaza, masalahnya Zaza tak nak kahwin lagi dan membenarkan Harris berkahwin dengan Azreen tapi bersyarat.. Selepas kahwin perlu diceraikan.. Azreen tahu kenyataan itu namun hati bukanlah mudah untuk dilindungi tambahan pula mereka dah halal.. Harris pula tak nampak macam tak nak.. Kadang elok dilayannya Azreen, kadang tak suka.. Geram tengok perangai Harris ini.. Kerap menimbulkan sakit hati Azreen.. Tapi kalau dah jodoh, larilah ke mana pun pasti bersatu.. Ye tak.. 

Sha baca dan selesai pada 16.08.2024..

Published May 1, 2017 by Kaseh Aries Publication Sdn Bhd

7-Eleven Mi Segera Sayuran dan Kari

Assalamualaikum..
Hye semua..

7-Eleven pun ada keluarkan mi segera juga.. Cumanya ada dua rasa saja.. Kari dan sayuran.. Okaylah rasa dia cumanya masa Sha beli ini dia tengah promo, murahlah.. Kalau harga asal tak pasti pula..

7-Eleven Mi Segera Kari dan Sayuran (RM2)

Ada mee, perencah dan juga condiment (serbuk cili) serta garfu.. Rasa dia okaylah tak terlalu pedas mungkin sebab Sha tak bubuh serbuk cili tu.. Kari dia padu.. Sesekali makan, okaylah..

Perisa sayuran ini pun sedap juga.. Cumanya mi segera ini ada condiment (serbuk cili) juga.. Macam pelik pula, jadinya Sha tak adalah bubuh pun.. Sha masukkan serbuk perasa saja.. Masih sedaplah juga..

Wordless Wednesday 2024

 

Tuesday, August 20, 2024

Korea | Missing You (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang tak sangkalah penamat dia.. Kisah seorang budak yang sabar menunggu pembunuh bapa dia keluar dari penjara demi sebuah pembalasan dendam.. Tapi saat-saat akhir, budak tu baru tahu ada dua pembunuh untuk pembunuhan yang berlaku.. Bila budak tu buat keputusan nak bunuh kedua-duanya serentak dan menghilang, seorang lelaki terlepas.. Berlakulah aksi kejar mengejar antara budak tu dan pembunuh.. Pembunuh tu kalah tapi, kesudahan budak tu pun tak adalah bahagia.. huhuhu..

Movie: Missing You
Also Known As: Waiting For You, The Wait, Neol Gidarimyeo
Screenwriter & Director: Mo Hong Jin
Genres: Thriller, Mystery, Drama
Country: South Korea
Release Date: Mar 10, 2016
Duration: 1 hr. 48 min.
Seven years old, Hee Joo, loses her detective, single father to Ki Beom, a notorious serial killer who is caught after murdering his cheating girlfriend and sentenced to only 15 years in prison because the court failed to find evidence linking him to the other killings. Detective Dae Yeong takes in Hee Joo and raises her.

Fifteen years later, Hee Joo is the mascot of the police precinct, where she volunteers. When Ki Beom is released from prison, he gets complicatedly involved with the girl who has been waiting 15 years to find out who murdered her father.

ebook | Cinta Yang Terlewat oleh Teluki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dania dan Hud berkahwin setelah terlanjur.. Perkahwinan yang tak dirancang kerana perhubungan mereka sekadar 'friends with benefit' namun ada cinta dalam hati Dania.. Cuma itu lah, Dania tak pernah berusaha sepenuhnya untuk mengambil hati Hud.. Kemunculan Najla bekas tunang dan juga anak angkat keluarga Hud mengeruhkan lagi keadaan.. Semuanya kerana Hud dan Najla tak menjaga batas mereka seperti sepatutnya.. Saat Dania merasakan satu lagi kehilangan, Dania mula berputus asa dengan Hud.. Mampukah cinta yang terlewat muncul di hati Hud mengubah pendirian Dania?..

Sha baca dan selesai pada 15.08.2024..

Published January 1, 2021 by Self-Publish

Munchy's Cream-O: Chocolate & White Chocolate Biscuit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cream-O keluarkan biskut baru perisa coklat dan coklat putih.. Sha jumpa biskut ini masa tengok wayang.. Memang rasa dia mewah seperti makan coklat.. Coklat dan coklat putih tu, dua-dua sedap cuma yang coklat putih tu sedikit manis untuk Sha lah.. Sedap makan biskut ini sambil minum kopi.. Memang layanlah.. Buat sarapan pagi anak-anak..

Munchy's Cream-O: Chocolate Biscuit (144g) - RM2.39
Munchy's Cream-O: White Chocolate Biscuit (144g) - RM2.39

Dapatlah sebalang comel.. Isinya tak adalah banyak pun..

Monday, August 19, 2024

ebook | Sehingga Yang Patah Tumbuh oleh Aishah Madadiy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nawal ke London bukan setakat membawa hati tapi demi mencari kakak yang menghilang tanpa khabar berita.. Selain mengubat hati dan mengelak dari Wadi yang tak putus asa, Nawal jga berusaha keras mencari jejak kakaknya Nadya.. Semasa pencarian bukan sikit dugaan yang perlu dilalui Nawal namun tekadnya tiada siapa yang mampu mengubah.. Nawal mendapat bantuan dari Shalin dan juga Ali.. Ali lelaki yang muncul di saat Nawal memerlukan bantuan.. Semua yang ditempuh Nawal bukanlah biasa-biasa malah turut merobek hati dan jiwanya bila kebenaran mengenai Nadya dan anak buahnya Samah diketahui.. Namun disebalik semua itu, ada kemanisan yang turut diperolehi Nawal..

Sha baca dan selesai pada 15.08.2024..

Published February 24, 2022 by IMAN Publication
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com