Assalamualaikum..
Hye semua..
Alahai.. Dia macam tiba-tiba.. Eh.. Dah habis.. Camtu..
Kisah Syakira yang asyik putus tunang, berpindah tempat kerja baru.. Berkenalan dengan Abdul Hamid.. Awal-awal kerja, Syakira terjumpa penyelewengan duit syarikat.. Lepas tu Syakira dan Abdul Hamid nak dibunuh.. Semasa menuju ke suatu tempat, kereta mereka rosak breknya.. Menginap di hotel dan diserbu penguatkuasa.. Kahwin, baru saja nikah, tengah solat, meninggal.. Habis..
Sha baca dan selesai pada 19.08.2024..
Tajuk: Cinta Di Sujud Terakhir
Penulis: Ai Indah
Tahun Terbit: Julai 2020
Penerbit: Ai Indah
M/S: 60
Sinopsis: “Kira dan Rusdi… putus tunang.” – SYAKIRA Tunang putus, tunang putus, tunang putus. Sedar tak sedar dah 10 kali Syakira tak dapat peluang nak menjadi isteri orang. Cuma dapat gelaran tunang dan bekas tunang orang je. “Belek muka saya lama-lama, kenapa?” – ABDUL HAMID “Maaf bos, masa bos angkat kening tu saya teringat ayah saya. Dia suka angkat kening bila tanya saya soalan. Tu terpukau tu.” – SYAKIRA Dan tanpa Syakira sedari, sikapnya yang clumsy dan suka merepek bukan-bukan itulah yang buatkan Abdul Hamid rasa terhibur. ‘Terima kasih juga sebab suka saya,’ – ABDUL HAMID. Dapatkah mereka bersama melakar cinta sampai ke syurga?
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..