Assalamualaikum..
Hye semua..
Jumaat baru ini, rumah Sha termasuk dalam kerja-kerja pembaikan untuk tile pecah.. Masa pemakluman awal, dua bilik iaitu bilik utama dan bilik baca yang akan terlibat tapi bila kerja mula berjalan, hanya bilik utama sahaja yang terlibat.. Awalnya kami jangka mungkin sabtu atau ahad baru mereka datang ke rumah kami untuk memulakan kerja.. Tapi Jumaat pagi, encik suami dapat pemakluman kerja akan bermula Jumaat pagi tu.. Mujurlah encik suami tak ikut Sha ke Teluk Intan, kalau tak memang kalutlah kami.. Masa Sha sampai, mereka sudah memulakan kerja-kerja pemecahan tile lama.. Barang-barang dalam bilik utama itu, encik suami bubuh saja dalam kotak.. Ikut mana boleh saja.. Nak cepatkan..
Sabtunya pula baru kerja-kerja pemasangan tile dijalankan.. Bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berhenti sekejap jam 1 petang dan bersambung semula jam 2 lebih sehingga 3 lebih.. Siap sepenuhnya dengan cantik.. Encik suami tak ada, jadinya Sha lah memantau sambil-sambil membaca dan menonton drama..
Pecah dan buang tile lama..
Selesai dalam sejam lebih juga..
Ini dia bubuh gam simen untuk ratakan mana yang berlubang tu..
Pagi sabtu, bermulalah pemasangan tile baru.. Warna putih tilenya..
Siap buat laluan dari pintu masuk ke bilik kami untuk elakkan kekotoran sebab mereka pakai seliparkan..
Jam 10.30 pagi 3/4 sudah siap.. Cepatkan diorang ini berkerja.. Dasyat..
Tinggal bahagian tepi tu saja nak pasang tile.. Mantap kerjanya..
Alhamdulillah selesai sudah..
Lega bila dah siap...nampak kemas dan cantik.
ReplyDeleteNampak kemas bersih kerja nya.
ReplyDeleteAlhamdulillah! Tiles putih bersih.
ReplyDeleteWahhh cepat siap tu. cantik la bilik nanti dah pasang tiles baru.
ReplyDeleteW'salam Sha..
ReplyDeleteBoleh jadi macam tu Sha, habis semua.. Sama kejadian yang berlaku di rumah officemate LZ..
lepas ni sedap.laa baring atas tile baru. sejukkk sedappp😁
ReplyDeleteSenang kalo dapat tukang yg kerjanya rapi dan cepat 👍👍. Jadi lebih hemat biaya juga. Apalagi kalo biaya dihitung harian.
ReplyDeleteNampak camtik ..kemas .tak sakit mata memandang
ReplyDelete