Saturday, August 23, 2025

Tinted Kuda Merah Ruby

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ke Rawang bawa Kuda merah untuk di tinted.. Gerak dari rumah jam 8 lebih dan sampai lebih kurang jam 9.35 pagi.. Kami ikut jalan lama ja.. Tinted ini Sales Advisor Sha belanja tapi Sha tambah duit sikit untuk ambil yang kualiti elok sikit lagi.. Alang-alang nak pasang, kita ambillah yang berkualiti dan tahan lama.. Baru puas hati, ya tak..

Vanto Autocare di Rawang..

Sebelum pemasangan tinted.. Nampak gelap dah sebab duduk dalam bangunan..

Yeah!! Siap dah.. Tapi tak nampak sangat perbezaannya.. Cuma masa pada gambar tu ja yang membezakan.. Lebih kurang sejam jugalah kerja-kerja pemasangan tinted ini.. 

Nestle La Cremeria: Neapolitan Royale

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada bila mata tu ternampak.. Belilah sebungkus.. Sedap sebab bahagian luar dia tu ada salutan coklat yang tebal dengan taburan kranberi kering dan kacang cerdik.. Aiskrim dia pula dua rasa iaitu vanila dan strawberi.. Memang mewahlah, sesuai dengan harga.. Tapi tu lah, tak semua kedai ada.. Ini pun Sha jumpa masa ambil suratkhabar untuk Perpustakaan.. 

Nestle La Cremeria: Neapolitan Royale (76ml) - RM4.20

Salutan bahagian luar ini ialah coklat dengan taburan bijirin campuran, kranberi kering dan juga kacang pistacio..

Bahagian dalam dia aiskrim strawberi dan vanila..

ebook | Lunea oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya agak comel dan juga mendebarkan.. Kisah seorang perempuan bernama Lunea dengan 3 orang lelaki.. Faiz lelaki ketiga yang muncul dan merosakkan jiwa Lunea dengan menjadikan Lunea sebagai penyumbang kewangan.. Mengawal Lunea semahunya walhal baru saja bertunang.. Mujurlah Lunea ada sahabat baik yang membantu.. Aidid muncul saat Lunea memerlukan bantuan dan perlindungan.. Pada masa yang sama Max lelaki yang pernah bertakhta di hati Lune turut membuat kemunculan.. Siapakah yang menjadi pilihan Lunea? Kenalah baca.. Ya tak..

Sha baca dan selesai pada 22.08.2025..

Published August 1, 2025

Friday, August 22, 2025

Kuda Merah Delima

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana Sha ini memang peminat warna merah, makanya yang baru pun kita ambil warna merah juga cuma kali ini warna Merah Delima (Ruby Red), tak lah segarang Merah Api (Fire Red).. Pilihan Sha tetaplah jenama Proton.. Cumanya dah tak dapatlah manual.. Manual dah tak ada, yang ada auto sahaja.. Jadinya kenalah juga pakai auto dan dah alang-alang tu kita ambil yang versi upgrade sedikit.. Kali ini Sha ambil plat negeri Perak.. Memang dah tetap duduknya di Perak kan.. Saga ini selamat sampai ke tangan Sha pada 21 Ogos 2025.. Berbeza ya pemanduan kali ini.. Kereta terasa ringan dan laju.. Memang perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kereta ini..

Kalau ikutkan masih tak selesai lagi sebab tinted dan dashcam belum pasang lagi.. Sha kena bawa sendiri kereta ke kedai di Rawang untuk pemasangan tinted.. Dashcam pula akan dipasang selepas selesai pemasangan tinted..

Bergambar masa penyerahan kereta..

Selamat dah sampai parking..

Buah tangan dari Proton.. Woven beg, pelindung cermin, payung, tisu, pen, pewangi kereta, pelapik, keychain, pemegang telefon dan juga thermos proton..

RTE: Sambal Sotong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Produk sedia di makan.. Cuma perlu nyahbeku dan panaskan dalam air didih selama 5 hingga 8 minit.. Mudah dan sedia dimakan.. Paling penting harga dan kuantiti tu sepadan untuk 2 ke 3 orang makan.. Rasa sambal dia tak adalah pedas melampau.. Pedas manja ja, sesuailah untuk Sha yang tak makan pedas.. Cukup rasa pada Sha.. Sotong dia walaupun besar tapi lembut dan tak liat..

Update: Sha beli di 99 Speedmart tau.. lupa pula nak bubuh.. Mujur Kak SA tanya..

Sambal Sotong (250g) - RM6.65

Panaskan dalam air mendidih selama 5 minit hingga 8 minit..

Sebekas comel sambal sotongnya.. Banyaklah juga pada Sha, boleh 2 ke 3 orang makan.. Sotongnya pula jenis yang besar-besar..

Selamat Tinggal Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terdetiknya cadangan untuk menjual kereta merah ini bermula pada awal Mei hari tu tapi masa tu Sha masih bercita-cita ingin mencari pengganti yang sama iaitu kereta manual juga.. Namun tak berjaya dan kami tangguhkan.. Setelah peristiwa Kuda Merah Overheat, encik suami sekali lagi mencadangkan untuk menjual kereta merah ini.. Jadinya setelah berbincang baik dan buruknya, encik suami dan Sha buat keputusan untuk tolak kereta saga Sha ini dan ambil kereta baru.. Sha beli kereta ini pada Oktober 2013 dengan Sales Advisor yang sama untuk kereta baru nanti.. Beliau pun tak sangka yang Sha masih lagi pakai kereta saga ini.. 

Hampir 12 tahun tanpa tukar kereta lain.. Memang guna sepenuhnya untuk ke mana-mana.. Pakai harian untuk hantar dan ambil anak sekolah.. 3 tahun kebelakangan ini lagi keraplah pakai sebab Sha berulang dari Politeknik ke Behrang 2020 kemudian ke Slim River pula untuk masuk kerja pada sebelah paginya.. Petangnya pula Sha akan gerak dari Slim River ke Selisik ambil anak sekolah agama lepas tu ke Behrang 2020 ambil anak dekat rumah transit, sebelum patah balik ke Politeknik.. Sehari perjalanan Sha lebih kurang 56.2km.. Bayangkanlah, hari-hari macam ini jaraknya.. Memang keraplah kereta ini di servis.. 

Bila usia dah 12 tahun dan kerap bergerak makin keraplah penyakit dia datang.. Bila kira-kira balik lebih berbaloi ambil kereta baru.. Maka sampailah masanya untuk melepaskan Saga SV Merah Api Sha ini.. Sha pun tak sangka akan pakai selama ini.. 

Ahad (10.08.2025) Saga SV Merah Api ini selamat diberikan kepada Sales Advisor proton untuk beliau bawa ke CARSOME untuk kereta dinilai berapa harganya.. Kalau ikutkan nak tinggal ja tapi disebabkan hari Ahad, kenalah bawa balik.. 

Rabu (13.08.2025) Sha hantar Saga SV Merah Api ini ke CARSOME untuk ditukar milik dengan harga RM2000.. kikiki.. Begitulah harganya.. Kereta manual yang dah 12 tahun bersama Sha.. Alhamdulillah, hari Jumaat (15.08.2025) duit selamat Sha terima dalam akaun dan slip pengesahan tukar milik pula dapat pada Sales Advisor Sha pada hari Sabtu (16.08.2025) nya.. Sha majukan slip pengesahan tu pada ejen yang buat insurans dan roadtax kereta Sha untuk dia batalkan supaya Sales Advisor Sha boleh bawa NCD lama ke kereta baru.. Isnin (18.08.2025) baru selesai urusan NCD tu..

Pemanduan terakhir bersama Kuda Merah Sha.. Masa ini nak hantar kereta ke CARSOME Rawang..

Kenangan terakhir..

Thursday, August 21, 2025

Kursus Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah terlupa pasal kursus ini sebenarnya, mujur masih berjaya sertai.. Terlambat 5 minit dari waktu Kursus bermula.. Seronok kursusnya sebab dia lebih pada perkara yang berkaitan dengan psikologi kita sebagai manusia..

Alhamdulillah.. Berjaya masuk.. 



Ada ujian untuk tahu tahap penetapan diri..

Yeah!! Mantap keputusannya..
Respon terakhir adalah mengenai kesejahteraan hidup kita.. Soalan dia dasyat..

Terakhir, kena bagi penilaian sebelum diberikan sijil..

Kursus: Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!
Penceramah: Puan Lee Kah Nyin
(Pegawai Psikologi/Kaunselor Berdaftar Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
🗓️Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
📍 Melalui Pautan Google Meet

Mister Potato SyokWave: Sotong Pedas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bau sotong tu semerbak lepas kita buka bungkusan.. Rasanya pula memang adalah rasa sotong ti dan yang pasti agak pedas di lidah Sha.. Sesuailah sangat dengan perkataan Perisa Fulamak tu.. kikiki.. Okaylah untuk rasa, kalau nak beli lagi tu mungkin taklah.. Sikit sangat isi dia.. kikiki.. Beli keropok ini kononya berharaplah isi dia banyak sebab ada perkataan Extra 50% tu tapi tak adalah banyak manapun.. Lebih sedikit ja dari yang biasa.. 

Mister Potato SyokWave: Sotong Pedas (85g) - RM3.49

Isi dalamnya tak sampai pun separuh plastik tu.. kikiki..

US | The Sandman S2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini hanyalah fantasi.. Jangan terpengaruh pula.. Sha tengok sebab Sha suka pelakon yang bawa watak utama tu.. 

Drama bermula selepas musim 1 berakhir dimana  Morpheus/Dream cuba membina semula kota dia.. Tapi kemudiannya dia dijemput untuk berjumpa dengan semua ahli keluarga Endless iaitu Destiny, Death, Desire, Despair dan Delirium dengan satu masih lagi menghilang.. Masa ini Desire buat Dream marah dan Death pula mengingatkan Dream terhadap cintanya iaitu manusia bernama Nada yang dah tercampak di neraka.. Makanya bermulalah misi menyelamatkan Nada oleh Dream.. Semuanya bermula dari Nada.. Berlarut-larut kepada perkara lain dan akhirnya nyawa Dream terancam akibat menunaikan permintaan anaknya sendiri.. 

Drama ini berakhir dengan kemunculan Dream/Daniel yang baru..

The Sandman
2022 ‧ Drama/Fantasy/Horror/Mystery/Sci-Fi ‧ 2 seasons
Taglines: It is never only a Dream.
When the Sandman, aka Dream, the cosmic being who controls all dreams, is captured and held prisoner for more than a century, he must journey across different worlds and timelines to fix the chaos his absence has caused.

S2.E1 ∙ Season of Mists
S2.E2 ∙ The Ruler of Hell
S2.E3 ∙ More Devils Than Vast Hell Can Hold
S2.E4 ∙ Brief Lives
S2.E5 ∙ The Song of Orpheus
S2.E6 ∙ Family Blood
S2.E7 ∙ Time and Night
S2.E8 ∙ Fuel for the Fire
S2.E9 ∙ The Kindly Ones
S2.E10 ∙ Long Live the King
S2.E11 ∙ A Tale of Graceful Ends
S2.E12 ∙ Death: The High Cost of Living

Wednesday, August 20, 2025

Jack n Jill | Cloud 9 Crispy Crunch Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bar coklat yan di gandingkan dengan ketulan kacang hazel dan biskut.. Kita boleh rasalah kehadiran kacang hazel tu cumanya secara fizikal tu macam tak terasa sangat.. Cumanya bila kita kunyah dan makan memang ada rasa kacang hazel tu.. Kalau biasa makan kacang hazel, dia ada satu rasa unik yang akan tertinggal di lidah.. Samalah macam coklat bar yang digandingkan dengan kacang hazel ini.. Sha kurang minat yang ini..

Jack n Jill | Cloud 9 Crispy Crunch Hazelnut (144g) - RM8.50

Isi dalam dia ada 12 pek..

Ketulan kacang tu kecil ja, yang lebih terasa adalah ketulan biskut tu..

ebook | Kalsum oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha ingatkan buku ini berunsurkan seram disebabkan tingkah laku Kalsum yang misteri dan pelik.. Tu belum lagi amaran yang diterima oleh Affan dari seorang makcik.. Namun bila lama-lama membaca barulah faham apa yang penulis cuba sampaikan.. Tapi memang kesian jugalah dekat Kalsum tu.. Manakala Affan pula hanyalah mangsa tak sengaja.. Kesian Affan.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2025

Published August 1, 2025 by Nursyazni e-Book Pub (967-26621)

Ha'ritage Hola! Granola Cup Yoghurt Mix Berries

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Awal tu Sha ingatkan adalah beri kering tapi bila buka, tak ada pun.. Cumanya bila dah tambah susu tu dan makan, baru rasa beri tu.. Sedap dan mengenyangkan.. Kalau tak nak tambah susu, tambah air panas atau sejuk pun boleh.. 

Ha'ritage Hola! Granola Cup Yoghurt Mix Berries (35g) - RM4.90

Isi dalam bekas.. Siap ada tisu dan sudu..

Sha makan dengan susu Oatside..

Bila dah buka inilah isinya.. Ada serbuk susu dan juga granola..

Setelah dicampur susu Oatside.. Ada juga biji chia, yang hitam-hitam tu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com