Komen Aku mengenai buku RAM yang terbaru nie : Buku nie memang superb sangat... marvalleous.. Sangat-sangat mencabar minda.. Pening gak memikirkan siapakah 'Aku' dalam citer nie..
Terdapat cerita dalam cerita.. Memang sangat best dapat baca buku En. RAM nie.. X rugi beli sebab x menghampakan.. Penuh dengan suspen, Fakta sejarah, pengajaran dan juga perasaan..
Dan yang paling best En.RAM kita dah bagi tahu apakah karya beliau yang seterusnya... di akhir Novel Aku Bercerita ini En.RAM dah bagi hint novel yang camne dia akan buat selepas ini... So kita nantikan sesame..
Siponosis dia seperti dibawah :
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
Happy Reading !
ReplyDeletenice day:)
ReplyDeletesaya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..
bagi-bagi motivasi yaa.. :)
http://wisataoutboundmalang.com/