Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baca versi novel yang berkisar mengenai Tokyo Ghoul universe.. Novel pertama ini menceritakan tentang rasa curiga Yoshimura pemilik kafe Anteiku terhadap seseorang.. Kafe dimana Ken Keneki berkerja membancuh kopi dan menjadi tempat lepak Hide yang meminati Touka..
Ada 6 cerita pendek dalam novel ini iaitu
The Bible
Berkisar tentang Hide dan apa yang perlu dia buat untuk mengelakkan Ken dari dituduh sebagai Ghoul.. Walaupun terdapat kelainan pada Ken namun Hide sangat melindungi Ken..
Lunch Boxes
Kisah pasal Touka dan rakan manusia beliau.. Betapa struggle nya Touka untuk berdepan dengan kenyataan dan express diri dia.. Agak sedihlah..
Photos
Mengenai Tsukiyama dan perjumpaan beliau dengan Hori..
The Big City
Yang ini pasal ghoul bernama Ikuma yang berpindah ke Tokyo kerana ingin berdikari dan mengejar impian.. Watak dia seakan Ken dan agak menarik..
The Bookmark
Mengenai ghoul bernama Hinami, yang kehilangan ibu dan ayah.. Ken tak nak Hinami ini stress sebab tak keluar rumah dan bergaul maka Ken cadangkan untuk bawa Hinami ke perpustakaan supaya dia boleh habiskan masa dengan buku.. Sweet lah..
Yoshida
Manusia ke ghoul ke tetap ada sisi baik dan buruk pada keduanya..
Sha ambil masa yang agak lama juga nak habiskan novel ini walaupun novel ini tak adalah panjang..
Sha baca pada 22.10.2021 dan selesai pada 05.11.2021..
Published October 18th 2016 by VIZ Media: VIZ Signature (first published July 19th 2013)
macam menarik ceritanya tapi kene baca sendiri baru paham rasanya
ReplyDeleteDah jadi solid franchise Tokyo Ghoul ni ek. The Big City tu macam menarik
ReplyDelete