Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..
Akhirnya.. Berjaya juga memenuhi keinginan untuk makan King Crab dan beberapa makanan laut yang lain.. Mengumpul dari awal tahun bawa ke bulan ini.. Sha buat pesanan di Speed Frozen Mart, Kampar.. Dekat dengan kami dan harga pun masih dalam budget.. Ini semua pengaruh rancangan makan-makan dan masak-masak dari Korea.. hahaha.. Lama dah aim nak cuba King Crab tu.. Bila tahu harga, mulalah menabung.. Sebab ketam tu mahal, lepasbtu campur makanan laut lain lagi.. Kenalah menabung, baru boleh merasa.. hehehe..
Inilah dia King Crab yang di idam-idamkan.. hehehe.. Besar juga..
Bahagian belakang..
Ketam ni bila dah masak, rasanya kenyal.. Memang puas makan sebab isinya penuh.. Sha ikut cara memasak yang diberikan penjual.. Memang bestlah makan.. Sha ratah macam tu je.. Tak pandai nak buat masakan lain.. hehehe..
PERHATIAN & PERINGATAN
Nak rasa KING CRAB original boleh steam sekali dengan garam/perisa, serai, daun limau purut dan halia, untuk hilangkan bau hanyir. Sebelum masak, biar king crab cair dulu (jangan rendam dalam air), dan masak dalam 8-12minit sahaja. Jangan masak terlalu lama, untuk elakkan isinya kecut.
Ikan Salmon tu Sha bakar dalam air fryer je.. Sha bubuh garam, lada hitam dan mix herba je.. Sedap dan berbaloi sangat.. Paling best sebab tak ada tulang.. Memang sangat berbaloi.. 1kg dapat 5 potong ikan salmon tanpa tulang.. 2 potong ini pun cukup untuk 4 orang makan..
Sedapnya...nak kena menabung jugaklah kalau macam ni😋. Kalau macam ni semua berapa ratus habis?
ReplyDeleteRM275 tanpa kos pos.. Kalau dia buat sale kombo, lagi murah pun dapat..
Deletepuas hati la dpt mkn camni..
ReplyDeletekena menabung jgk nmpknya nk merasa mknnan sedap.. hehe
Nampak sedap. Memang kena menabung dululah kalau nak makan seafood macam king crab tu, kan.
ReplyDeletebestnya..premium seafood..tak pernah lg makan king crab..
ReplyDeleteNampak iklan set ni lalu lalang kat FB..dari seller lainlah. Memang kena menabung gak..
ReplyDeletewow king crab...teringin entah bila dapat rasa almaklumle harga have have ni
ReplyDelete