Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam petang Sha joint team UPK untuk aktiviti Berbuka puasa dia Anjung Restaurant, Trolak Residence.. Boleh tahan jugalah menu dia.. Ada sup daging yang boleh dimakan bersama mee hoon, kuea tiaw, dan mee.. Ada nasi daging berempah.. Nasi putih berlauk, buah-buahan, kuih muih, kambing panggang dan kerabu.. Ini kira aktiviti mengejut sebenarnya.. Sajalah Sha sertai untuk berkenal-kenalan dengan staf dalam team UPK ini dengan lebih dekat.. Ada juga jumpa geng farmasi, pemandu dan pegawai psikologi.. Gitulah bila kerja dalam satu jabatan besar.. Kenalah rajin beramah mesra, lagipun bukannya buat tiap-tiap minggu dan tempatnya tak adalah jauh mana.. Jadi kita layan.. hehehe..
Makanan yang Sha ambil.. Nasi daging, sup daging, kambing bakar, bendi dan sambal tempoyak, buah tembikai, kuih koci, seri ayu dan bahulu.. Air tembikai dan air masak..
Rezeki dapat Box Salam Aidilfitri
Dapat 3 bekas comel berisi Biskut cornflakes, Kurma dan Popia serunding..
Alhamdulillah..rezeki dapat menjamu selera macam macam jenis makanan. Dapat pulak kotak aidilfitri dan kuih raya.
ReplyDeleteKerja company besar kan, memang susah dapat peluang nak jumpa semua. Tunggu majlis macam ni jelah
ReplyDeleteAlhamdulillah, murah rezeki..
ReplyDeleteMakanan best hati pun gembira. Rezeki tu dapat berkumpul bersama.
ReplyDeletemana kambing panggangnya? ;-)
ReplyDelete