Saturday, December 31, 2022

ebook | Jalan Puaka oleh Rumie, D.Rafael, Azmeer Shah, zaifu zaman ahmad, Muhammad Fatrim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan terakhir untuk tahun 2022.. Penutup yang mengasyikkan.. Buku kedua seram yang ditambah dalam aplikasi Cereka selepas 2 minggu Sha melanggan aplikasi ini.. Kompilasi 5 cerita seram dari 5 penulis..

Jalan Lama - Rumie
Memang gila.. Ingatkan betullah gangguan disebabkan laluan tu memang berpenunggu tapi bila dah nak sampai ke penamat, baru tahu kebenarannya.. Semuanya sebab dendam yang beraja dihati hinggakan mangsa tak bersalah terbunuh.. Pergh!! Kejam gila manusia bila dendam menguasai hati..

Janji - D.Rafael
 Bila melibatkan janji yang tak ditunaikan memang sedih.. Walau siapa pun orang tu, janji harus ditunaikan.. Kalau tak memang dihantui lah jawapnya.. Sebuah cerita yang menarik dan memberikan pengajaran..

Mama - Azmeer Shah
Aduh.. Kesian sungguh dengan nasib Kyra.. Hanya kerana ingin melunaskan keinginan kejam mereka, Kyra menjadi mangsa.. Mengandung tanpa diketahui sebabnya dan dibuang keluarga.. Bila sampai saat anak itu dilahirkan Kyra dibunuh dan lahirlah qarin dari janji Kyra untuk menjaga anak kecil itu.. Anak yang diberi nama Lily tu itu dilindungi sesuatu yang ghaib..

Rumah Untuk Disewa - Zaifu Zaman Ahmad
Gangguan demi gangguan membuatkan Adam dan Intan pening menghadapinya.. Sudahlah baru berpindah, tak sangka ada masalah gangguan.. Bukan malam sahaja, siang siang pun mereka diganggu.. Kemuncak kejadian, anak mereka Luqman hilang tanpa dikesan.. Puas mencari, dengan bantuan seorang ustaz akhirnya Luqman dipulangkan semula.. Kerana kejadian tak disangka, Adam buat keputusan untuk mencangkul tanah belakang rumahnya.. Tekaan Adam betul.. Ada rahsia yang disembunyikan tuan tanah dibelakang rumah tersebut..

Sangkar - Muhammad Fatrim
Kisah terakhir ini lebih kepada usaha untuk terus hidup bila diculik dan dijadikan bahan eksperimen.. Uqasha yang tersilap langkah mengikut orang tak dikenali akhirnya ditangkap dan dikurung dalam sangkar.. Sangkar yang menjadi tempat mereka perlu memastikan diri tak terpilih dan hilang tanpa dikesan.. Sebab itu pesanan perlu selalu dititipkan pada anak-anak supaya tidak mengikuti orang yang tak dikenali..

Sha baca dan sekesai pada 31.12.2022..

Published January 1, 2022 by Karya Publika
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

1 comment:

  1. rumah untuk disewa tu mirip kejadian sbnr yg selalu berlaku dlm masyarakat... entah apa laa faedah yg diorg dpt bla aniaya org mcm tu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com