Assalamualaikum..
Hye semua..
Yeah!! Akhirnya keluar juga filem dia.. Hahaha.. Teruja Sha sebab minat hero dia.. Lagipun Sha dah tengok anime dia sampai episod 4.. Lagi teruja rasanya.. kikiki.. Memang kelakarlah.. Seram pun iya juga bila ada zombie sebab zombienya laju dan ganas cumanya zombie dia jenis tertarik pada bunyi.. Kalau senyap dia tak kejar pun.. kikiki..
Hidup dalam keadaan yang tertekan disebabkan kerja, Akira merasa bahagia bila dunia diserang zombie sebab dia akhirnya tak perlu lagi ke pejabat.. Akira cuba mengambil tahu mengenai rakan sekerja yang disukai tapi rakan tersebut tela bertukar menjadi zombie.. Semasa dalam perjalanan balik Akira mula merasakan dia perlu melakukan sebanyak mungkin perkara yang dia nak sebelum dirinya bertukar menjadi zombie.. Akira buat macam-macam sehinggala dia terjumpa dengan seorang perempuan yang pesimis.. Ish.. Ish..
Sha suka tengok bahagian masa dia cuba selamatkan rakan belajar dia yang terperangkap dalam hotel cinta.. Bahagian ini best sebab Akira gunakan kemahiran dia bermain ragbi untuk mengelak zombie.. Kelakar pun ada..
Masuk separuh filem jadi tak syok sebab muncul ketua Akira yang gila kerja dan sangat bossy.. Kebetulan diorang buat pengambaran dekat pusat aquarium yang Akira dan kawan-kawan dia nak tuju.. Bos Akira ini jadikan Pusat aquarium tu sebagai tempat dia dan kerah semua orang untuk ikut cakap dia.. Akira macam kembali ke mimpi ngeri dia semasa berkerja.. huhuhu..
Movie: Zom 100: Bucket List of the Dead
Also Known As: Zom 100: Zombi ni Naru Made ni Shitai 100 no Koto, Zom 100, ゾン100
Genres: Action, Horror, Comedy, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Aug 3, 2023
A zombie movie about a young man whose dull life is invigorated when a zombie apocalypse hits his town.
~~ Adapted from the manga "Zom 100: Bucket List of the Dead" (ゾン100~ゾンビになるまでにしたい100のこと~ ) by Aso Haro (麻生羽呂). ~~
Lama betul tak tengok movie Jepun. Pelakon pun tak kenal ni. Kuat pengaruh KDrama sekarang ni. hihi...
ReplyDeletebos dia tak jadi zombie pulak
ReplyDelete