Monday, August 28, 2023

Pokok Kesukaan Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua pokok ini Sha dapat dari pengasuh anak Sha dan memang kesukaan Sha sebab dia berduri.. Lama dah sebenarnya nak pindahkan ke tanah tapi asyiklah lupa.. Semalam tengahari buat juga.. Di bawah terik mentari, akhirnya kedua-dua pokok ini selamat di tanam atas tanah.. Sha letak dalam gelung tayar dan pengadang batu untuk elakkan dari terkena mesin rumput.. Demi keselamatan pokok, kita buatlah pengadang.. Gitu.. Lagipun pokok-pokok ini mudah sangat nak jaga.. Janji jangan terlalu banyak air.. Kedua-dua pokok bunga ini jenis berduri sebab tu Sha suka..

Ini jenis daun panjang-panjang dan bunga dia berwarna merah..

Ini pula jenis daun lebar-lebar dengan bunga berwarna kuning dan ada tompok pink..

Pokok kunyit yang tumbuh dengan jayanya selepas pokok-pokok lalang berjaya dimatikan.. kikiki.. Kami tindih dengan alas getah atas lalang tu..

Update: Pokok ini usia dia 2 tahun 25 hari.. Boleh tengok di entry bertajuk Tanam Pokok Kunyit ini..

Sehingga ada bungalah.. Pertama kali Sha nampak pokok kunyit ini berbunga..

Ini pula cubaan menanam pokok bunga raya putih.. Kata orang tua, daunnya elok untuk jerlum anak yang demam.. 

10 comments:

  1. Belum pernah lagi pokok kunyit kita berbunga huhuu.. org kata bunga kunyit tu boleh buat ulam betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Ramai yang bagi tahu Sha bunga tu boleh buat ulam dna juga dimasak.. Tapi Sha tak ambil pun.. Sha biar je dekat pokok..

      Delete
  2. Pokok berduri tu namanya pokok mahkota duri

    ReplyDelete
  3. pokok kunyit pun berbunga yer? wah..nak tunggu la mana tau pokok kunyit MA pun ada bunga ke..

    ReplyDelete
  4. dah banyak kali dana tanam kunyit tapi lum pernah nampak berbunga tau .... apala nasib hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun makan tahun ini Dana baru berbunga.. Lama juga tanam pokok ini..

      Delete
  5. tangan sha memang menjadi! subur kunyit tu!

    ReplyDelete
  6. bestnya ada padang besar depan rumah sha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com