Sunday, February 11, 2024

Tambah Baik Kediaman di Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujun Januari, penyewa rumah Sha keluar.. Selepas mengambil kira beberapa perkara, Sha buat keputusan untuk naik taraf rumah Sha sebelum penyewa baru masuk.. Sebelum ini Sha dah simen bahagian hadapan rumah.. Kali ini Sha naikkan bata di bahagian letak kereta dan buat table top kabinet dapur.. Memang kena keluar modallah sikit.. Bayarannya RM4500 untuk dua kerja ini..

Sebelum - Ada ruang yang kita boleh nampak tingkap jiran kiri kanan..

Sebelum - Gini je dia punya dapur.. Ada sinki tu je..

Kontraktor turunkan pasir, bata dan simen pada 03 Feb 2024..

Pada hari Isnin (05.02.2024) kerja-kerja menaik taraf sudah mula dijalankan.. Kontraktor menghantar hasil kerja mereka kepada encik suami..

Sebelah dah siap berbata.. Cepat betul kerja mereka..

Kerja-kerja menaikkan bata di sebelah lagi sedang dilakukan.. Bagus mereka berkerja, siap bubuh lapik dibahagian bawah tu..

Bahagian dapur sudah mula dipecahkan untuk dibuat table top..

Hari Rabu (07.02.2024) kontraktor hantar gambar kerja yang mereka dah buat..

Dinding kiri selesai bersimen.. Lantai pun mereka dah cuci..

Dinding kanan pun dah bersimen..

Table top dah bersimen.. Tinggal nak pasang tile..

Siap dah table top Sha.. Yeah!! Ini gambar yang encik suami bagi masa ke Ipoh (Khamis - 08.02.2024) untuk buat pembayaran baki upah kerja kontraktor..

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Linda pun kena kumpul duit pelan2 nk buat rumah jugak... Semoga ad rezekinya.. Aamin2x

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah , dapat kontraktor yang buat kerja kemas dan cepat .

    ReplyDelete
  3. Bagus kak 👍. Saya nak renov dapur nih macam lamaaa sangat terkumpul budget 🤣. Dapur bagus, kan JD semangat buat masakan 😄

    ReplyDelete
  4. Cepat dan kemas... Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com