Tuesday, February 13, 2024

Malaysia | Mechamato S2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap betul musim 2 ini.. Memang terbaiklah.. Boleh saja layan di Youtube Monsta.. Setiap episod dalam 25 minit macam tu.. Kelakar betul tengok gelagat Amato dan Mechabot ini.. Ada saja yang tak kena tapi mereka masih mampu berkerjasama menentang robot yang nakal.. Kikiki.. 13 episod dengan 13 masalah robot yang kelakar.. Syok betul layan walaupun cerita kanak-kanak.. kikiki..

Mechamato S2 (2023)
Amato & MechaBot KEMBALI! Sertai superhero kreatif dan inovatif, Mechamato, dalam menentang robot-robot jahat baru dan menyelamatkan Kota Hilir!

No. episod: 13
1. Asam Garam Kecam - Robot chef Garamsey bertindak menculik Deep kerana memberi ulasan buruk tentang masakannya. Amato perlu menyelamatkan Deep sebelum dia menjadi hidangan yang seterusnya.
2. Misteri Penunggu Sekolah - Amato dan rakan-rakan tinggal lewat di sekolah untuk menyiapkan sebuah projek, apabila mereka perasan ada kelibat yang sedang memerhati.
3. Rehabilitasi Robot - Amato dan Pian cuba memberi kaunseling kepada robot-robot jahat, namun satu kejadian yang tak diduga terjadi hingga menyebabkan robot jahat Scarescrew berjaya melepaskan diri.
4. Rampasan Takhta Blok - Apabila Mechanizer milik Amato diambil alih oleh King Boxell, Amato dan rakan-rakan perlu memasuki Dunia Mechanizer untuk menghentikan niat King Boxell itu.
5. Perangkap Arked - Amato dan rakan-rakan singgah di sebuah arked permainan yang baru saja dibuka, tetapi tanpa pengetahuan mereka ia merupakan perangkap sebuah robot jahat bergelar Arcada.
6. Pertembungan Kitar Semula - Semasa mencari botol-botol plastik untuk projek kelas mereka, Amato dan rakan-rakan terserempak dengan sebuah robot kitar semula yang diperbuat dari plastik terbuang.
7. Perlumbaan Destar Prix - Amato menceritakan semula bagaimana robot kembar CarBro dan JetSis cuba mensabotaj perlumbaan go-kart Destar Prix pada tahun sebelumnya.
8. Kon-nichi-wa! - Amato menerima khabar tentang robot-robot Konchozoku, sekumpulan robot jahat yang amat ditakuti oleh geng Kon Koncho, yang sedang membuat onar di kawasan bandar.
9. Diva di Awan - Robot jahat Cloudiva telah menyebabkan kejadian-kejadian cuaca pelik melanda di sekitar bandar. Amato perlu menghentikannya sebelum keadaan dan cuaca menjadi semakin buruk.
10. Empayar Papan Permainan - Amato dan rakan-rakan terjumpa sebuah papan permainan yang menyedut mereka masuk ke dalam dunianya, dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan memenangi permainan tersebut.
11. Rancangan Tumpang Toopee - Amato menceritakan semula bagaimana robot kembar CarBro dan JetSis cuba mensabotaj perlumbaan go-kart Destar Prix pada tahun sebelumnya.
12. Masalah Kecil: Bahagian 1 - Usaha Amato untuk menangkap robot jahat Shleep digagalkan oleh makhluk asing bergelar Chachix.
13. Masalah Kecil: Bahagian 2 - Sekumpulan robot-robot jahat telah berjaya melepaskan diri, dan Chachix berniat untuk menangkap dan mengawal mereka semua. Amato perlu menghentikan Chachix serta merta.

1 comment:

  1. mcm belum tengok je lagi..nanti nak layan juga lah...hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com