Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha teman encik suami ke Shah Alam untuk baiki kuda putih dia.. Meternya bermasalah.. Kena tinggalkan motor, jadinya kami ambil grab dan gerak ke AEON.. Sha nak cari kasut baru, gantikan kasut yang dah patah tapaknya.. Lama juga Sha pakai kasut ini dekat setahun 4 bulan, sebelum tapaknya patah dan koyak..
Sambil-sambil tu kami ber dating lah juga.. Lama juga nak tunggu siap motor encik suami tu.. Selesai dalam pukul 2 lebih juga.. Dari Shah Alam kami ke Subang pula pula jumpa Angah Sha kemudian baru gerak balik.. Sampai rumah dah pukul 6 petang.. kikiki.. Masa dalam perjalanan balik tu sempatlah encik suami cuba motor dia.. Kita dekat belakang ini dah seram sejuk.. hahaha.. Sabar je lah..
Beli untuk diri sendiri.. Pilihan encik suami dan Sha.. Sha pilih pattern lelaki sebab cantik.. Pattern wanita tak ada yang menarik.. Memang kali ini masuk kedai yang pertama, jumpa, ada saiz terus bayar.. Tak cari dah lepas tu.. kikiki..
Ini pula abang Sha bagi.. Angah Sha beli tapi lepas tu dia tak pakai, dari rosak camtu saja, baiklah bagi Sha.. Kebetulan saiz kaki kasut dia sama dengan saiz kasut Sha.. kikiki.. Bolehlah gantikan kasut sukan Sha yang sudah tercabut tapak bawahnya.. kikiki..
Ini pula tapak baru untuk kasut kerja Sha.. Tapak dalam tu dah hancur.. kikiki.. Kasutnya elok lagi, jadi kita ganti tapak dia sahaja.. Mula-mula tu pelik juga sebab lainkan, tapi nanti dah biasa okaylah..
wahhh...Happy shopping =)
ReplyDeleteCantik design kasut baru tu. Takde la nampak mcm design masculine sgt. Wah, dapat pulak kasut dari abang ye. Rezeki.
ReplyDeleteKaki abang awak sama dgn awak? Kaki awak yg besar atau kaki abg yg kecik?
ReplyDeleteHa ah.. Sama saiz..
Deletekaki abang yang kecik agaknya.. kikiki..
Cantik .selesa pakai di kaki
ReplyDelete