Tuesday, May 28, 2024

Pengalaman Buat Mammogram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji sebelum ini.. Sha dicadangkan untuk buat Mammogram.. Sekadar ingin berkongsi pengalaman.. Sha sudah selamat buat mammogram pagi ini.. Pergh!! Sakit wei masa nak buat tu.. Petugas akan minta kita pakai baju khas dia.. Kemudian duduk depan mesin untuk dia ambil gambar.. Kanan, kemudian kiri lepas tu kanan dan kiri semula.. Posisinya pula, mula-mula mesin dalam keadaan tegak, kemudian mesin akan menyenget.. Semasa proses ini kena sabar, tarik nafas dan tahan sedikit kesakitan.. Selepas selesai ambil gambar, kesakitan pun habis.. Alhamdulillah okay je kata petugas.. Rezeki Sha, doktor nak buat ultrasound sekali dekat payudara.. Doktor buat belah kanan dulu kemudian kiri.. Alhamdulillah semua okay sahaja cuma doktor maklumkan dekat belah kiri ada kantung air.. Kata doktor nanti kantung air tu akan pecah sendiri.. Lega bila sudah selesai.. Kita berusaha.. Selebihnya kenalah bertawakal kepada Allah..

Pengalaman sungguhlah.. Masa menunggu nama dipanggil untuk buat prosedur tu memang macam-macam rasa ada.. Bergelora saja perut dan hati.. kikiki.. Lepas tu masa buat kena menahan kesakitan ditekan mesin.. Bila sudah selesai, lega rasanya..

Oleh kerana ada yang tanya tentang bayaran, Sha buat tanpa bayaran sebab dirujuk oleh doktor dari Klinik Ibu & Anak semasa Sha buat TCA Implant.. 

Langit tu macam faham je perasaan Sha.. 

5 comments:

  1. Alhamdulillah..Semoga semuanya baik2 aje sis.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi pengalaman.
    Alhamdulillah selesai satu hal kan.

    ReplyDelete
  3. pernah buat juga masa umur belum cecah 35 sbb ada rasa few lumps dan arwah mama adalah breast cancer survivor. arwah ayah meninggal sebab cancer jadi dia kata kita ada exemption utk buat.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sha tak bayar apa pun Anies sebab dirujuk oleh doktor dari Klinik Ibu & Anak masa Sha buat TCA Implant..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com