Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam 1 Mei, Sha terima tetamu dari Saujana Utama dan SG. Penchala.. Adik beradik sebelah arwah abah.. Alhamdulillah, memang rajin mereka raya ke rumah.. Suka je terima tetamu.. Sha buat menu nasi putih, ayam masak merah, sambal belacan, ayam goreng dan gulai lemak kobis bersama buah tembikai dan air teh o mangga ais..
Sebelum balik, kita bergambar dulu..
Tengaharinya kami penuhi undangan rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu.. Anak-anak tak nak ikut, makanya naik motor je lah kita.. Masa pergi cuaca panas cantik.. Masa balik sampai je tol Tanjung Malim, hujan lebat.. Makanya basah bersamalah kita.. kikiki..
Petangnya lepas Asar, Sha diminta menjadi wakil YDP PIBG SMK untuk hantarkan sumbangan Kit Aidilfitri dan wang tunai kepada keluarga pelajar SMK.. Maka jomlah jalankan tanggungjawab.. Semoga dipermudah semua urusan yang menerima.. Aamiin..
Ini pula makanan yang Amani belanja Sha.. Katanya "kakak tak pernah belanja mak, meh kakak belikan mochi ini untuk mak.." Teruslah berbunga-bunga hati mak.. kikiki..
Pasti sedap mochi dari kakak kaan ☺️👍.
ReplyDeletePadat aktiviti seharian .
ReplyDelete