Sunday, March 22, 2026

Moccona Caramel Drizzle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Moccona keluarkan kopi dengan karamel.. Memang ngamlah rasa kopi dan karamel tu.. Bila bancuh tu bau kopi tu sangat mengancam sebab ada sentuhan karamel.. Rasa pun memang bestlah.. Karamel tu taklah terlalu kuat tapi ada.. Rasa kopi masih lagi padu dengan hujungnya bercampur karamel.. Memang best minum waktu pagi mahupun petang..

Secawan kopi di pagi hari..

Moccona Caramel Drizzle (95g) - RM29.95

Saturday, March 21, 2026

Raya! Tapi..

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini sekali lagi Raya kami bertukar tragedi.. Tahun lepas terlepas peluang Solat Sunat Aidilfitri.. Tahun ini disebabkan kelam kabut dan terkejar-kejar, eksiden dekat stesen minyak.. Encik suami terlupa nak tukar gear reverse kepada neutral.. Habis terkepak pintu.. Mujurlah tak melibatkan kereta lain atau keadaan yang lebih teruk.. Setakat kereta kami ja yang rosak.. 

Bila tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami terletak di bahu beliau.. Menemani mak itu tanggungjawab, namun isteri dan anak-anak juga tanggungjawab.. Terkejar-kejar menyeimbangkan keduanya memang tak mudah namun nak buat macam mana.. Tanggungjawab kan.. Pengajaran dan kenangan.. Hadap ja lah.. 

Patah.. Simpan sini sebagai kenangan.. 

Setiap kali buka pintu ini, berbunyi..

Salam Aidilfitri 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Friday, March 20, 2026

30 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini hari terakhir kita berpuasa.. Semoga kita semua terus semangat mengekalkan kebaikan yang berjaya kita lakukan sepanjang Ramadan kali ini.. Semoga kita masih diberikan peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.. Aamiin.. 

Pagi tadi kami sahur nasi putih dengan ayam McD semalam.. Berbuka pula dengan subway dan burger king.. Gerai-gerai kuih kesukaan kami dah tak berjualan.. Jadinya tak adalah kuih hari ini..

Keluar dari rumah jam 3 petang.. Asalnya nak belikan barang basah yang MIL minta sahaja.. Lepas selesai tu encik suami tiba-tiba ajak ke Tapah.. Sha ikut ja.. Sempatlah melayan kehebatan Belalang Tempur encik suami.. Memang lebih relaks dan tak sakit punggung.. Cumanya agak susah sikitlah nak menyelit-nyelit sebab ada box di kiri kanan motor.. Bila encik suami bawa laju tu tak terasa sangatlah.. Pergi lalu lebuhraya, balik pula ikut jalan lama.. Okaylah.. Tak sakit pinggang dan punggung.. Lebih selesa..

FamilyMart Plush Toy Foldable Bag: Oden

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dapat juga Oden ini.. Hari tu dah beli Coffee.. Sukalah SHa bila kawan Sha tu mesej cakap Oden ini dah ada.. Terus ambil dekat dia.. Masih sama harganya.. Terbaiklah.. Bertambah lagi Plush Toy Sha.. kikiki.. Hari tu dah berkurang sebab bagi baby dengan kawan, ini bertambah balik.. Tapi okay ja sebab yang ini ada beg dalam dia.. 

FamilyMart Plush Toy Foldable Bag: Oden - RM6

Comelkan Odennya.. 

Bag Capacity: Load up to 6kg
Bag Dimension: 40cm (w) X 40cm (h)

Yeah!! Sha dah dapat Oden dan Coffee, tinggal Sofuto ja tak ada lagi..

ebook | Setulus Kemaafan oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa macam kena pula tema buku ini dengan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma ini.. Kisah tentang betapa kemaafan yang tulus mampu membahagiakan diri dan juga orang lain.. 

Sepasnag suami isteri yang telah berkahwin lama namun tak memiliki zuriat.. Si isteri cuba menjaga maruah suami namun si suami yang terlalu ego akhirnya termakan hasutan dan menjatuhkan talak tiga pada si isteri tanpa belas kasihan.. Tak lama kemudian kebenaran terbongkar.. Si isteri terus melangkah kehadapan dan memulakan hidup baru manakala si suami ini tadi masih terperangkap dalam rasa bersalah yang menggila.. Bukan mudah untuk memaafkan diri sendiri apatah lagi orang lain.. Namun saat diri sendiri mula memaafkan, InsyaAllah pasti akan ada sinar bahagia yang muncul..

Sha baca dan selesai pada 19.01.2026..

Published Mac 2026 by Cerita Dari Hati Publisher

Thursday, March 19, 2026

29 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Esok kita masih lagi berpuasa.. Jadinya masih ada satu hari lagi entry tentang sahur dan puasa..

Semalam pelajar praktikal dekat unit ICT bagi Sha cenderahati comel ini.. ICT ini sebelah Perpustakaan ja, memang selalulah jumpa adik-adik praktikal ini.. Sweet ja bila bagi cenderahati comel ini.. Bukan kami ja dapat, petugas kebersihan pun mereka bagi.. Bagus budi bahasanya.. Semoga mereka terus cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya mereka.. Aamiin..

Pagi tadi sahur, Sha masak nasi goreng tuna dan goreng telur dadar.. Masak ikut permintaan anak-anak ja sebab encik suami sahur rumah MIL.. Sha ini masak nasi putih makan dengan sambal bilis pun boleh.. Anak-anaklah, nak pastikan mereka sahur makan nasi memang kena masak ikut apa yang mereka nak makan.. Kalau tak tu, masing-masing menung ja tengok makanan.. kikiki..

Sempatlah encik suami bawa Sha naik Belalang Tempur ini petang tadi.. kikiki.. Merayap sampai ke Tanjung Malim.. Basahlah sekejap.. Kita bagi sneak peek dulu sikit.. 🤭

Berbuka Sha beli ayam goreng dan burger McD.. Hari ini berbuka dengan MIL.. Akhirnya berpeluang juga berbuka bersama..

Dalam Diam oleh Mojack Hafiz, Zynakal ft. Zamir Harith

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak pastilah Sha pernah dengar ke tak lagu ini sebelum ini.. Mungkin ada tapi tak ambil tahu.. Sha betul-betul fokus pada lirik dia masa encik suami pasang.. Masa ini kami dalam perjalanan ke Kelantan, encik suami pasang sebab tak nak sunyi.. Nak layan perasaan sambil memandu.. kikiki.. Sejak dari tu, memang Sha asyik ulang-ulang ja lagu ini.. Isi dia mengusik jiwa dan perasaan..

Dalam Diam oleh Mojack Hafiz, Zynakal ft. Zamir Harith
Chorus 1
Dah lama ku simpan benda tak terluah
Dalam diam aku lari dari semua
Bukan pengecut cuma dah terlalu jenuh
Nak terangkan pun takkan orang faham sungguh

Aku senyum tapi dalam hati runtuh
Bila sorang-sorang baru rasa betul rapuh
Hilang arah tapi pura-pura steady
Dalam gelap aku cari diri sendiri

Verse 1
Tajam tenungan waktu aku termenung
Hingga tak sedar air mata terapung
Banyak berfikir walaupun hati kosong
Tetap tersenyum walau hati berbohong

Sebab ku tahu tiada yang akan ambil berat
Saat aku penat ataupun aku tak larat
Masih senyum ikhlas walaupun buat-buat
Selagi aku mampu akan ku tunjuk kuat

Tapi sampai bila aku nak begini
Saat masalah menimpa dan aku lari
Itu bukan aku cuma ku tak mampu
Hidup dalam bayang-bayang yang terus memburu

Aku lelah, lelah, lelah
Dalam diam ku berserah
Ku susun ayat, tangan di tadah
Pada Tuhan ku luah

Chorus 1
Dah lama ku simpan benda tak terluah
Dalam diam aku lari dari semua
Bukan pengecut cuma dah terlalu jenuh
Nak terangkan pun takkan orang faham sungguh

Aku senyum tapi dalam hati runtuh
Bila sorang-sorang baru rasa betul rapuh
Hilang arah tapi pura-pura steady
Dalam gelap aku cari diri sendiri

Verse 2
Cengkaman sepi mula hadir dalam diri
Seolah-olah memaksaku lepas yang terisi
Pergerakan tubuhku hanya mampu kaku, diam, keliru
Dalam diam aku lawan perasaan ini

Cuba pendam lagi dan lagi
Keluar dari belenggu yang tak mampu ku hadapi
Tak mampu hayati
Tak mampu hindari

Sejenak
Aku tiba-tiba terfikir
Sampai bilakah semua benda ni akan berakhir
Adakah akan terhenti di tengah jalan

Ataupun akan berhenti bila di hujung pernafasan
Saat ini aku cuma fikirkan kebangkitan
Cuba buang “negative thinking” yang tiada kebaikan
Perbaiki diri ikut yang lurus jalan Tuhan

Semoga tiada lagi masalah yang tersimpan…

Chorus 2
Dalam diam aku menjerit
Cari erti dalam sakit
Takde siapa pun yang tahu
Aku hampir jatuh dulu

Dalam diam, aaa
Tampung hati yang berlubang
Kalau aku hilang esok
Mungkin baru rasa kosong

Chorus 1
Dah lama ku simpan benda tak terluah
Dalam diam aku lari dari semua
Bukan pengecut cuma dah terlalu jenuh
Nak terangkan pun takkan orang faham sungguh

Aku senyum tapi dalam hati runtuh
Bila sorang-sorang baru rasa betul rapuh
Hilang arah tapi pura-pura steady
Dalam gelap aku cari diri sendiri

ebook | Kerana Dia Suami oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal tu kan lepas Iskandar kehilangan Zahra, rasa macam nak hempuk ja kepala Iskandar tu.. Geram kita tau.. Tapi ialah, faham ja perasaan orang kehilangan ini.. Cumanya mulut tu cubalah jaga sikit.. Kesian Afina terpaksa makan hati.. Mulut Iskandar tu macam tak ada insuran, main cakap ja sesuka hati dia.. Tabiklah tengok sikap Afina.. Tak ada nak memaksa atau buat perkara pelik-pelik pun.. Menerima seadanya, memaafkan bila perlu.. Meluahkan apa yang diarasa.. Mujurlah bahagia penamat dia.. Tapikan Sha macam nak jugalah tengok penamat yang kejam sikit, biar padan muka Iskandar.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 18.03.2026..

Published 2026 by Ida Anuar

Wednesday, March 18, 2026

28 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tinggal lagi 1 atau pun 2 hari lagi ja entry sahur dan berbuka ini.. Agak-agak bila agaknya raya ye.. Sha okay ja mana-mana sebab cuti memang pastilah dari Jumaat sampai Isnin.. Walaupun idea memasak dah semakin kekeringan, kita gigih tau buat entry ini.. kikiki..

Ini juadah sahur kami.. Sha dah tak boleh nak fikir nak masak apa.. kikiki.. Suduhnya buat telur mata, goreng bawang dengan cili padi tabur atas telur dan tuang kicap.. Jadilahkan..

Semalam sambal ini sampai.. Sha buka yang ada tempe tu.. Pergh!! Mantap.. Sambal sedap, tempe dengan ikan bilis rangup.. 

Berbuka Sha beli kek batik (RM5), tahu begedil (RM5) & pulut dengan sambal ikan bilis (RM3)..

ebook | Kapsul Masa Cinta Amnesia oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Macam mana nak cakap ya perasaan bila baca.. Awal-awal tu macam, wah menarik.. Perkahwinan waktu muda dan masih kekal bersama.. Eh!! Tiba-tiba hero kemalangan dan hilang memori 10 tahun bersama isteri dan kembali pada usia 18 tahun.. Ah!! Sudah.. Merindu cinta lama pula tu.. Jenuhlah si isteri mencarikan kekasih lama si suami.. Bila berjumpa, satu kebenaran yang menakutkan terbongkar.. Rupanya masa silam si suami bukanlah indah.. Namun demi memastikan kesilapan masa lalu ditebus, si isteri membenarkan poligami.. Hero berkahwin dengan cinta lama dan ini menjadi permulaan kepada sebuah kisah yang menyeksa jiwa mereka bertiga.. Mujurlah kesedaran muncul sebelum masing-masing hancur dibuai pegangan masa silam.. 

Kadang bersahabat itu lebih baik dari memiliki.. Memaafkan dan menerima kekurangan tidak menjadikan kita manusia yang luar biasa sebaliknya itulah hakikat kehidupan.. Melepaskan lebih memberi kebahagian dari memiliki tapi jiwa tersiksa..

Sha baca dan selesai pada 18.03.2026..

Published 2026 by Nursyazni e-Book Pub

Jepun | Re/Member: The Last Night (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Re/Member (2022) kini dah ada sambungan dia.. Bermula dengan Takahiro yang ingat kembali kepada Asuka dan melihat Asuka menghilang depan mata dia.. 3 tahun kemudian 5 remaja lain terperangkap dalam relung masa berulang dan perlu melalui apa yang Takahiro dan Asuka lalui dalam filem pertama.. Cumanya kali ini Takahiro membantu mereka sambil mencari Asuka..

Gilalah cerita ini.. Semuanya disebabkan sumpahan.. Bukan senang nak batalkan..

Title: Re/Member: The Last Night
Also Known As: Karada Sagashi: The Last Night, Remember The Last Night
Director: Hasumi Eiichiro
Screenwriter: Doki Harumi
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Japan
Release Date: Sep 5, 2025
Duration: 1 hr. 34 min.
It's midnight. The same day repeats itself in the "Body Search" until the dismembered body is found. Just after Asuka and Takahiro finish their "Body Search," Asuka disappears from this world right before Takahiro's eyes.

Three years later, Riku and the other five high school students wake up in the middle of the night at an amusement park. A girl covered in blood, the "Red Person," appears and brutally murders them. However, when they wake up, it's the same morning... Riku and the others realize they've been chosen to participate in the "Body Search."

Then, Takahiro appears before them, looking nothing like his former self. Takahiro has been searching for Asuka, the girl he loves, for three years. The six must face the terror of the "Red Person" to rescue Asuka, who disappeared due to a "chain of curses."

~~ Adapted from the web novel "Karada Sagashi” (カラダ探し) by Welzard (ウェルザード). ~~

Tuesday, March 17, 2026

27 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini hari terakhir anak-anak bersekolah.. Kemain semangat lagi bangun dan bersiap masing-masing.. Bila sudah terlalu lama dihantar dan diambil, hari ini Sha kena pergi kerja sendiri.. kikiki.. Encik suami sepatutnya keluar ke Klang tapi batal pula.. Jadinya beliau ambil anak-anak ja lah..

Lepas tu tengahari tadi encik suami bagi tahu beliau ke Tapah beli motor.. Gelak besar Sha bila dengar.. Memang lama dah encik suami duk ulang cerita, tunjuk gambar motor tu.. Akhirnya dapat juga encik suami beli motor idaman beliau dengan harga berpatutan.. Sha tengah fikir nak bagi nama apa dekat motor tu.. Kelabu, Silver ataupun Belalang.. Hurm!!

Menu sahur kami pagi tadi atas permintaan anak dara Sha Imani yang inginkan nasi goreng cina bersama popcorn chicken dan ayam goreng.. 

Berbuka pula Sha beli kuih buah melaka (RM3.50), keria (RM6), taufufah (RM3) & air soya (RM5).. Singgah TF Value Mart juga beli buah tembikai dan Hami Melon..

Indonesia | Panji Tengkorak (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik juga animasinya.. Kisah seorang lelaki bernama Panji yang berdendam dan memilih cara salah demi memuaskan nafsu amarah dia akibat kehilangan Murni.. Kemudian muncul Bramantya meminta pertolongan Panji untuk mencari pusaka Adidaya dari disalah gunakan.. Gantari dan Kuwuk kemudiannya menyertai Panji dalam pencarian tersebut.. Panji bersetuju menolong kerana Bramantya menjanjikan yang pusaka Aidaya mampu menghapuskan kutukan ilmu hitam Panji.. Tapi hakikat sebenar, ilmu yang Panji belajar tu sebenarnya adalah keseimbangan kepada kuasa yang ada pada pusaka Adidaya tu..

Panji Tengkorak
2025 ‧ Animation/Action/Adventure/Fantasy/Thriller ‧ 1h 34m
A fictional world in the early 15th century, when a war of attrition rages. Panji, a warrior who has not found peace even though he has avenged his wife's death. He tries to end his life, but his black magic prevents him.

Monday, March 16, 2026

26 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada yang dah mula bercuti ke? Sha masih setia berkerja.. kikiki.. Anak-anak pun masih lagi ke sekolah.. Pagi tadi masa encik suami hantar Sha ke pejabat, kami terserempak dengan kemalangan.. Sekarang ini makin banyak kereta dan motor, lepas tu masing-masing laju.. Pagi ini mungkin dah ada yang mula balik kampung, rasa macam makin bertambah banyak pula kereta atas jalan raya.. Hari-hati memandu semua..

Menu sahur kami pagi tadi.. Sup ekor semalam dan kambing bakar.. 

Berbuka pula makan roti bawang putih & sup cendawan (RM5), kuih lopez (RM3.50) dan nasi hujan panas.. Nasi hujan panas ini bos Sha belanja..

Sunday, March 15, 2026

25 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini pagi-pagi dah stress.. Sha beli pes tomyam dekat shopee, sampainya semalam.. Sha tak perasan.. Pagi tadi masa bangun masak sahur baru Sha tengok.. Eh!! Dia hantar rumah salah.. Ah!! Sudah.. Jenuhlah nak mencari.. Sha cuba mesej driver tu cakap salah rumah.. Pukul 10.32 pagi driver shopee tu call Sha maklumkan dia hantar rumah sebelah.. Legalah Sha.. Ingatkan entah mana-mana.. 

Alang-alang keluar ambil barang tu, kita pergilah cari sekali daging kambing dan ekor lembu untuk masak berbuka.. 

Pes tomyam Sha.. Beli dua bekas terus.. Pes ini memudahkan kerja Sha memasak..

Ini pula menu sahur kami pagi tadi.. Telur mata kicap dan ikan bilis goreng tambah bawang dan cili padi..

Menu berbuka pula Sha masak sup ekor, encik suami buat kambing bakar dan goreng hash browns.. 

FamilyMart Plush Toy Foldable Bag: Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal kawan Sha siarkan iklan plush toy ini, Sha macam tak minat tapi angin apa entah hari tu.. Sha saja beli satu sebab nak tengok saiz plush toy ini dan juga beg dalam dia.. Sekali besar juga beg dia dan plush toy dia comel ja.. Memang sesuailah gantung dekat beg tangan.. Kalau tiba-tiba perlukan beg, keluarkan ja beg dari dalam plush toy ini.. Terus boleh guna.. Mantapkan.. Harga sebenar dia RM12 lebih tapi kawan Sha jual RM6 ja dekat Sha.. Mantapkan..

FamilyMart Plush Toy Foldable Bag: Coffee - RM6

Comelkan plush toy ini.. Kikiki.. Gantung pula dekat bag tangan.. Pergh!!

Bag Capacity: Load up to 6kg
Bag Dimension: 40cm (w) X 40cm (h)

Ada 3 bentuk iaitu Oden, Coffee dan Sofuto

Saturday, March 14, 2026

24 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini seharian dekat rumah.. Bangun awal masak sahur lepas tu melepek tengok anak-anak buat kerja sekolah.. Pantau je lah pun.. Bukan boleh nak tolong sangat pun.. Sempatlah layan drama china separuh jalan.. kikiki.. Lepas tu teman encik suami carikan makan berbuka buat MIL.. Kami tak beli apa pun kali ini.. Singgah bazar pun tak hari ini.. 

Menu sahur kami hari ini nasi goreng, popcorn chicken, ikan bilis goreng dan sambal sardin..

Berbuka pula Sha masak nasi putih, goreng ayam, goreng popcorn chicken dan goreng ayam bahagian drumet jenama Ayamas..

Watsons Antibacterial Orange & Lime Rejuvenating Cream Bath

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka sabun mandi yang ada bauan limau ataupun oren.. Jadinya bila Watsons buat jualan murah, Sha belilah satu sabun mandi jenama Watsons ini untuk dicuba.. Selalu tu pakai jenama Shokubutsu, kali ini kita cuba jenama dari Watsons pula.. Okaylah cuma bau dia tak semerbak sangat macam Shokubutsu.. Sedap bau limau dia dan banyak buih.. Paling best tak melekit lepas pakai.. Selesa ja..

Friday, March 13, 2026

23 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha pergi kerja sendiri sebab encik suami keluar berkerja ke Bangi.. Tengahari Sha pergi ambil anak-anak di sekolah dan masuk pejabat balik.. Bulan puasa ini memang anak-anak balik berambil.. Ada sekali ja kena balik jalan kaki sebab Sha dan encik suami tak boleh nak ambil.. Tinggal 2 hari ja lagi anak-anak ini sekolah.. Pagi tadi Sha dah bagi siap dekat mereka duit raya untuk diberikan pada rakan-rakan sekelas sebab katanya minggu depan ramai yang dah tak datang sekolah..

Semalam masa cari telur, Sha beli sekali pucuk taugeh dengan udang kecil.. Lama tak makan sayur pucuk taugeh ini, teringin pula.. Pasaraya tu pun jual untuk sekali makan, memang mudahlah kerja memasak Sha..

Ini menu sahur kami.. Ayam goreng, daging blackpaper, tomyam semalam dan sayur pucuk taugeh tumis.. Meriah pula pagi ini.. kikiki..

Berbuka pula Sha beli ulunthu vaday (RM5), keria (RM3), lempeng kelapa (RM3) dan popia sira (RM2)..

Kasut Raya Anak-Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli atas talian ja kasut raya anak-anak.. Sha buat pesanan pada 07 Mac 2026 dan kasut sampai pada 12 Mac 2026.. Lambat betul.. Sepatutnya sampai lagi awal tapi okaylah sebab dapat voucher tambahan RM5.. kikiki.. 

Kasut jalan anak-anak ini Sha beli kali terakhir pada Julai 2024, Memang dah lunyai habislah.. Itu ja sepasang sorang.. Jadinya raya kali ini Sha belikan lah kasut baru sepasang sorang.. Tapi tu lah, tak banyak pilihan saiz sebab beli atas talian ja.. Kalau ikutkan Amani, dia nak warna ungu.. Stoknya tinggal saiz kecik.. Imani pula nak sneakers, pun tak ada saiz.. Makanya kita beli mana yang ada saiz jelah.. Masa sampai tu, Sha ingat terbeli besar.. Bila anak-anak pakai, elok ja ngam.. Alhamdulillah.. 

Puma (Rose Gold) - RM159.12
Puma (Black) - RM139.90

Ahmad Tea & Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Stok teh dekat rumah dah tinggal beberapa uncang ja.. Jadinya kenalah tambah buat stok baru.. Sha selalu beli atas talian ja sebab ada banyak perisa brbanding di pasaraya.. Kali ini Sha beli 4 perisa buah.. Setiap kotak ada 20 uncang jadinya ada 80 uncang.. Tahanlah dalam 3 bulan.. 

Sha beli kurma juga sebab dah susut.. Tinggal sebekas ja.. Kali ini Sha beli Mariami pula.. Dua-dua 500g.. Lepaslah sekali untuk puasa 6 dan puasa ganti nanti.. Beli atas talian juga.. Mudah..

Sha beli pada 09 Mac 2026 dan sampai pada 12 Mac 2026..
Ahmad Tea Apple Refresh (20 Teabags) - RM11.00
Ahmad Tea Blackcurrant Burst (20 Teabags) - RM11.00
Ahmad Tea Strawberry Sensation (20 Teabags) - RM11.37
Ahmad Tea Mango Magic (20 Teabags) - RM11.60

Beli pada 08 Mac 2026 dan sampai pada 12 Mac 2026..
Kurma Safawi Madinah AA Large (500g) - RM17.00
Kurma Mariami Premium Jumbo (500g) - RM21.50

Thursday, March 12, 2026

22 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi masa sahur Imani bagi tahun tempat suntikan HPV tu makin sakit.. Sha tanya dia nak cuti ke.. Marah dia.. Katanya dah besar, lagipun dia tak naklah cuti.. Nak jaga kehadiran kesekolah.. Alhamdulillah.. Harapnya tangan dia makin baiklah.. 

Menu sahur Sha sekeluarga pagi ini.. Tomyam aym bersama pelbagai jenis bebola.. Meriahlah sikit tomyam Sha pagi ini bila tambah pelbagai jenis bebola selain sayur kobis dan lobak merah.. Bila tengok pes tomyam Sha dah hujung-hujung ja, teruslah buat pesanan sekali.. Pes tomyam ini memang wajiblah ada dekat rumah.. Mudah kerja..

Berbuka kami beli kuih masala vadey & ulunthu vadey (RM5), keria (RM3) dan tembikai 2 biji (RM16)..

Lampu Lip Lap Lip Lap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa malam tu tiba-tiba encik suami ajak keluar.. Walhal jam dah pukul 9.30 malam masa tu.. Keluar untuk cari lampu kelip kelip.. Kami ada ja lampu kelip kelip ini tapi dah uzur dan dah lama.. Bila pasang menyala tapi sayup sayup ja.. Kiranya dah sampai masa untuk dibakul sampahkan lah.. Gitu.. kikiki.. Lagipun usia lampu tu dah 5 tahun.. Sha pasang lama dah tahun 2021 dulu masa Aidilfitri PKP 3.0..

Tu yang malam tu keluar beli baru.. Alhamdulillah, terjah satu kedai ja dah jumpa.. RM20 untuk 10 meter.. Memang ngam-ngam ja dekat beranda rumah kami.. Encik suami punya teruja, balik ja terus pasang.. Memang semangat sungguh.. Sha bangun pagi tengok lampu menyala dengan meriah.. Puas hati rasanya..

Suka sebab barulah terasa suasana raya tu.. 

Temujanji Pertama Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha bawa Imani ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk temujanji pertama bagi tahun 2026.. Asalnya tarikh temujanji Imani pada 25 Februari 2026 pagi tapi klinik telefon bagi tahu tarikh ditukar kepada 11 Mac 2026 petang.. Sha lagi suka sebab tak payah Imani ponteng sekolah.. Alhamdulillah gigi Imani berada dalam keadaan baik susulan rawatan pada Disember 2025 hari tu.. Sha juga memang dah tukarkan ubat gigi Imani kepada Colgate Sensitive Pro-Relief.. Senang.. Adik dan kakak pakai ubat gigi yang sama..

Cumanya kali ini Sha tanya jugalah doktor pasal kondisi lidah Imani yang tiba-tiba ada tompok-tompok.. Awal-awal dulu masa Imani bagi tahu, Sha risau juga tapi bila Sha google dan tengok simptom yang ada tak adalah membimbangkan.. Bila doktor tengok, doktor bagi ubat sapu.. Cuma doktor pesan kalau tiba-tiba dekat tompok tu jadi ulser atau bila Imani makan panas/pedas rasa sakit kena datanglah jumpa doktor.. 

Ubat sapu..

Tompok merah dengan sempadan putih yang kelihatan seperti peta. Ia tidak berbahaya dan biasanya hilang sendiri. Boleh jadi sebab kekurangan nutrisi atau masalah anemia.. Bahaya kalau terjadinya ulser pada tompokkan tu atau terasa sakit ketika makan panas/pedas..

Wednesday, March 11, 2026

20 & 21 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh pula lupa nak publish entry ini semalam.. Jadinya jomlah gabung ja.. Bila tak tahu nak masak apa, Sha akan beli lauk siap ja.. Simpan dalam peti ais, bangun sahur panaskan.. Masak nasi dan buat air teh..

Menu sahur 20 Ramadan, Sha panaskan ja lauk kari ikan bawal.. Sha beli 2 potong dengan harga RM8.00.. Memang mantap rasa kari dia.. Berbaloilah pada Sha untuk kami berempat makan..

Ini pula menu berbuka 20 Ramadan.. Sha beli roti nan keju dan bawang putih bersama ayam tandoori.. RM18.00.. Kuah dal dia tu sedap.. Roti nan dia pun gebus..

Menu sahur hari ini Sha buat nasi goreng ikan sardin dan telur dadar.. Lepas tu potong buah tembikai.. Puas hati betul dapat makan buah tembikai masa sahur.. Walaupun warnanya tak berapa merah tapi manis tau.. Lega tekak bila dapat makan tembikai..

Menu berbuka hari ini ialah kuih buah melaka (RM3.50), kuih lopez (RM3.50), roti bawang putih dan sup cendawan (RM5) dan kek batik (RM4)..

Program World #QuranHour 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mari bersama membaca dan mentadabbur Surah al-Muzammil dengan tema #QumiLayl #BangkitMalam..

Program World #QuranHour seperti ketetapan berikut:

📅 11 Mac 2026 (Rabu) | 21 Ramadan 1447H
⏰ 9.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Bilik Mesyuarat Cempaka Sari, HTI
💻 Penyertaan secara fizikal & dalam talian (hybrid)

Suntikan HPV & Pemeriksaan Talasemia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani diberikan suntikan Imunisasi HPV sebagai salah satu langkah pencegahan.. Suntikan vaksin HPV (Human Papillomavirus) ialah pelalian penting untuk mencegah jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks, faraj, vulva, dubur, tekak, dan ketuat kelamin.. Bila ambil dia balik dari sekolah, teruja dia bercerita yang suntikan tu sakit masa ubat nak masuk.. Lepas tu dia muntah angin.. Jadinya doktor pantau dia sekejap, bila tengok Imani dah okay barulah lega sikit.. Sakit sikitlah tempat cucuk tu tapi tak adalah sampai demam ke apa..

Malamnya Amani bagi borang kebenaran untuk ujian Talasemia pula.. Sha tandatangan ja.. Bukan mudah nak dapat peluang macam ini.. Zaman kita dulu tak ada pun suntikan HPV atau pemeriksaan darah macam ini.. Bersyukur sangat dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia ini.. Kita ja lah nak buat dengan tak nak buat..

Perkara Penting Mengenai Vaksin HPV:
Tujuan: Mencegah jangkitan baru daripada jenis HPV berisiko tinggi (terutamanya jenis 16 & 18) yang boleh menyebabkan kanser, bukan merawat jangkitan sedia ada.

Jenis Vaksin: Terdapat Gardasil, Gardasil 9, dan Cervarix yang melindungi daripada beberapa strain HPV.

Dos & Jadual:
Umur 9-14 tahun: 2 dos (jarak 6-12 bulan).
Umur 15-26 tahun: 3 dos (biasanya pada 0, 1-2, dan 6 bulan).

Lokasi: Diberikan di sekolah (Tingkatan 1), klinik LPPKN, klinik swasta, dan hospital.

Kesan Sampingan: Ringan dan sementara seperti sakit/bengkak di tempat suntikan, demam ringan, atau sakit kepala. 

Walaupun divaksin, wanita tetap digalakkan menjalani saringan kanser serviks (seperti Pap smear atau ujian HPV DNA) secara berkala.

Maklumat Penting Pemeriksaan Talasemia Tingkatan 4:
Tujuan: Mengesan status pembawa (carrier) talasemia dalam kalangan remaja bagi mencegah kelahiran bayi dengan talasemia major.

Prosedur: Pasukan Kesihatan Sekolah akan melawat sekolah, memberi taklimat, dan mengambil sampel darah (kira-kira 1 sudu kecil).

Kebenaran: Borang kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga wajib diperoleh sebelum ujian dijalankan.

Keputusan: Keputusan akan dimaklumkan melalui kad saringan, dan sesi kaunseling bersama pegawai perubatan akan diberikan di klinik kesihatan bagi kes yang memerlukan.

Tindakan Lanjutan: Pelajar yang dikesan sebagai pembawa akan diberi surat rujukan untuk kaunseling lanjut bersama keluarga. 

Program ini adalah inisiatif penting bagi memastikan kesihatan jangka panjang dan kesedaran penyakit genetik.

Tuesday, March 10, 2026

Ride ke Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam tadi penyewa rumah Sha mesej bagi tau paip air dekat garaj tu bocor.. Bila bagi tau encik suami, dia kata nak ke Ipoh hari ini untuk betulkan.. Sha pun teruslah mesej bos bagi tahu nak ambil cuti.. Alhamdulillah bos bagi kebenaran.. Lepas hantar anak sekolah, teruslah kami gerak ke Ipoh.. Encik suami ajak naik motor ja sebab cepat dan jimat.. Mujurlah masa pergi tu encik suami bawa santai-santai ja.. Memang syoklah layan angin pagi.. Singgah sekejap isi minyak dekat Petronas R&R Tapah, lepas tu terus ja ke Ipoh.. Selesai semua, terus gerak balik.. Nak ambil anak pula.. Perjalanan balik ini mencabar sikit.. Bulan puasakan, cuaca pula panas berbahang.. Memang terasa jauhnya Behrang tu.. kikiki.. Sha dekat atas motor tu menghitung jarak dan jenuh pastikan diri tak tertidur.. kikiki..

Gerak dari Behrang jam 7.20 pagi.. Singgah hardware dekat area Tanjung Rambutan untuk beli barang sikit sebelum ke rumah sewa Sha..

Sampai sudah.. Sha maklumkan penyewa kami dah sampai dan terus buat kerja..

Selesai kerja.. Singgah Petron jap sebelum ke rumah sewa encik suami pula.. Lepas tu terus gerak balik..

Rehat jap dekat R&R Tapah arah Selatan.. Penat owh.. kikiki..

Encik suami tambah stopcock sekali..

Alhamdulillah.. Elok dah paipnya.. Penyewa nak guna jenis yang ini supaya mudah sambung ke mesin basuh.. Paip asal boleh tengok SINI..

Selesai.. Jomlah balik..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com