Tuesday, May 18, 2021

Resepi | Rendang Ayam Versi Khairul Aming

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya kan, memang ada cadang nak buat rendang masa 1 syawal tu.. Sha nak ikut resepi Khairulaming jelah, sebab bahan tak banyak, cara masak pun senang.. Janji ikut je step yang dia dah kongsikan dekat IG beliau.. Tapi tu lah.. Bila tanya encik suami, dia kata tak payah.. Cukuplah sekadar berpakaian baru, solat sunat raya (beliau je) dan bermaafan di malam raya.. Lebih pada meraikan anak-anak je sebenarnya.. Namun begitu, walaupun tak buat Sha nak kongsikan resepi mudah Khairulaming ini di sini.. Mana tahu ada yang mencari..


Bahan kisar ialah:-
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kunyit, Halia & Lengkuas ini sebesar ibu jari
10 biji cili padi
5 batang serai

Bahan lain:-
1 ekor ayam yang dah dipotong-potong
1 kotak santan
1 sudu kerisik
Daun limau dan daun kunyit yang dah dihiris
1 Asam keping
Sedikit air
Garam dan gula ikut selera..

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar..
2. Tunggu air bawang tu kering sikit baru masukkan ayam, letakkan bahan perasa iaitu garam dan gula kemudian tambahkan 2/3 dari sekotak santan..
3. Masukkan 1 sudu kerisik, kacau dan masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit..
4. Masukkan air untuk bagi ayam tu berkuah dan betul-betul empuk..
5. Setelah kering sedikit, bolehlah dihidangkan..

Monday, May 17, 2021

Dutch Lady: Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap.. Antara susu kurma yang boleh diterima tekak Sha selain Farm Fresh.. Harga tak ingatlah.. Belinya dah lama lepas tu lupa nak minum.. Ini pun baru teringat.. hehehe.. Gitulah dah berusia nie.. Sementara tunggu bubur nasi masak, kita laya susu kurma Dutch Lady ini dulu.. Rasa kurmanya yang mewah dan tak terlalu manis memang sesuai diminum semasa bersahur dan berbuka.. Ada yang dah cuba??


Drama Korea | Dalgona (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama pendek mengenai zaman persekolahan.. Bagus apa yang cuba disampaikan.. Kita kena bertanggungjawab dengan setiap tindakan kita.. Song Mina yang lari ke luar negara kerana dibuli kembali semula ke Korea namun hidupnya kembali huru hara bila pembuli yang sama turut pindah ke sekolah baru Mina.. Bukan mudah untuk Mina mencari keyakinan namun dengan bantuan rakan-rakan disekeliling Mina, pembuli tersebut akhirnya berjaya dihukum..

Drama: Dalgona
Genres: Friendship, School, Drama
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Sep 9, 2020 - Sep 30, 2020
Aired On: Wednesday
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 13 min.
'Dalgona' will center around high school students who are searching for true friendship. Song Mi Na studies abroad after being bullied, and though she has a bright and optimistic personality, it's obvious the past still haunts her when she returns to South Korea.
(Source: Allkpop)

Sunday, May 16, 2021

Counting Days

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua tiga hari ini tak tahu nak update apa dekat blog.. Tiba-tiba rasa buntu dan bahu sebelah kanan sakit.. Salah tidur rasanya.. Sampai hari ini berdenyut-denyut.. Sapu minyak panas dia legalah sekejap, hilang minyak datang balik denyutan itu.. Dah berusia ini badan cepat tak sihat.. hehehe..

Ada yang dah mula puasa ganti atau puasa sunat?? Sha baru je mula ganti puasa.. Tahun ini tak dapat puasa penuh.. hehehe.. Lama pula tu.. Gigih mengganti ini, tu yang tajuk entry counting days.. Menghitung hari yang perlu diganti.. Disebabkan puasa, maka ke Marrybrown lah hari ini.. hehehe.. Alasan je tu semua.. hahaha.. Beli bubur nasi (2), bubur pedas, cheezy wedges dan nasi kari.. Mujurlah tak ramai orang berbanding sebelum ini sampai ke luar orang beratur.. hehehe.. Tak kuasa nak beratur panjang-panjang.. Ini pun tadi kalau panjang memang cancellah.. hehehe.. 

Bubur nasi, nasi kari debgan bubur pedas memang kesukaan kami sekeluargalah.. Dah 2,3 kali juga beli.. Cuma cheezy wedges je baru pertama kali rasa.. Okaylah.. Masin sikit.. hehehe..

Marrybrown pun ada boba tea.. Dah upgrade air baru perasan perkataan 'tea'.. hahaha.. Sha kurang sikit minum tea susu.. 

Saturday, May 15, 2021

KFC: Mozzarella Cheese Bites

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap dan berbaloi dibeli untuk mereka yang suka makan cheese macam Sha.. Sedap makan panas-panas.. Kalau sejuk pun sedap cuma dia agak liat sikit.. Kudapan ringan yang best dari KFC..

RM6.99
Harga ini untuk 8 ketul Mozzarella Cheese Bites.. 

Friday, May 14, 2021

KFC: Zesty Crunch Combo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam menu raya kami ialah KFC.. Memang tak masak apa pun juadah raya.. Beli KFC ini dalam 12 lebih macam tu, balik dan makan.. Cumanya yang Sha musykil, sekarang ini KFC memang dah tak bagi sos cili ke?? Sebelum-sebelum ini masa Ramadan, ada kawan beli KFC dan Sha pun ada beli dia bagi sos tomato je dan 2pcs sos cili.. Beli lagi bagi sos tomato je dan beli semalam tak ada sos langsung.. Tempat korang pun macam tu juga ke??

Pada Sha menu Zesty Crunch ini okaylah.. Nak kata sedap sangat tu taklah.. Sekali beli je kot.. hehehe.. Dia punya rasa tu dekat bahagian kulit je.. Isinya tak rasa sangat.. Ini ikut selera Sha ye..

RM19.90
Combo ini datang dengan 3 ketul ayam Zesty Crunch, kentang putar, coleslaw dan air lemon tea..

Novel | Kembara Mistik 2.0: Kebaya oleh Maria Kajiwa, Syasya de Luna, Rhea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli buku ini dengan penulis Maria Kajiwa.. Antara penulis kesukaan Sha.. Kebetulan masa beli buku ini penulis keluarkan buku baru, jadi Sha beli sekali dengan buku ini..

Kebaya telepok merah - Maria Kajiwa
Kisah kebaya yang disulam dengan jampi serapah kerana penolakkan yang kejam.. Pemakainya sengsara hingga hujung nyawa.. Pembuat kebaya pula mewarisi saka yang bukan mudah nak diputuskan.. Memang kejam jadinya bila manusia bertuhankan selain Allah..

Kait Inang - Syasya De Luna
Kisah tukang jahit yang cemburukan saudaranya hingga menyebabkan saudaranya itu terpisah dari suaminya, mati semasa melahirkan anak dan anaknya cuba dijadikan bahan pemujaan.. Menggunakan jarum kait yang ada saka demi memuaskan nafsu.. Namun masih ada kisah yang belum selesai mengenai Suci dan Wangi..

Primadona - Rhea
Kisah primadona yang mati dikatakan membunuh diri dan mula menghantui baju kebaya miliknya.. Siapa sahaja yang memakai baju kebaya itu pasti akan mati dan menyebabkan baju warna putih menjadi merah.. Namun ada twist dihujung cerita mengenai kejadian sebenar pada Primadona tersebut..

Sha baca pada 13.05.2021 dan selesai pada 14.05.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published November 2020 by Fajar Pakeer

ebook | Pantang Larang oleh A. Darwisy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini diberikan percuma oleh penulis kepada pembaca beliau.. Kisah yang ringkas mengenai pantang larang.. Memang garapan penulis ini sentiasa segar dan punya kelainan..

Pantang larang mengisahkan keadaan kampung Puris Nyiur yang sunyi sepi sepanjang Ramadan.. Kedatangan Faiz dan keluarganya berjaya membongkar rahsia tragedi malam raya dan kenapa kampung itu mengenakan pantang larang pada penduduk kampung supaya tidak menyalakan pelita diwaktu malam.. Hanya kemaafan sahaja yang mampu meredakan kemarahan..

Sha baca dan selesai pada 12.05.2021..

ebook ini diberikan percuma oleh penulis..
Published 2021 by Anuar Darwisy

Thursday, May 13, 2021

Aidilfitri PKP 3.0 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

1 Syawal berlalu dengan penuh kesyukuran.. Masih bersama keluarga yang tersayang.. Walau sederhana namun Syawal masih diraikan dengan pakaian baru.. Sempatlah pasang lampu lip lap, 3 hari sebelum syawal.. Beli yang 9 meter, 2 set.. Harganya murah je.. RM9.90.. Meriahkan rumah..

Tema kami coklat cair.. Warna dan corak baju, pilihan Amani.. Sha mulanya tak teringat pun nak beli kain, Amani yang tanya.. Terus buka Shopee, pilih dan bayar.. Kemudian hantar dekat tukang jahit.. Seminggu sebelum raya baju kami siap..

Juadah raya kiriman pengasuh anak-anak Sha.. Sha memang tak masak apa pun juadah raya.. Encik suami kata tak payah.. Lontong, rempeyek, nasi impit, kuah kacang, sambal tumis, dodol, kek, bahulu dan ayam masak merah..

Juadah raya kami KFC.. hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

 

Wednesday, May 12, 2021

Random Photo #12 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam ini tak tahu nak cerita apa, makanya Sha kongsikan gambar-gambar dari galeri telefon sebelum gambar-gambar ini dibuang.. Ada kenangan untuk ditengok.. hehehe

Pasang tinted pada cermin sisi kereta depan belakang dan juga cermin belakang.. Nampak garang dan sedikit jahat.. hehehe.. Kuranglah sikit panas.. Cermin bahagian depan tak segelap cermin belakang.. 

Kuih kegemaran arwah abah.. Sekali je jumpa masa Ramadan ini.. Sedap dan puas hati walaupun dapat makan sekali je..

Makanan kegemaran Sha setiap kali ke Family Mart.. Wajib beli Unagi (belut) dan kali ini cuba yang baru iaitu Crawfish..

Ini kuih kegemaran Sha tapi macam kole kacang, Ramadan ini berjaya jumpa sekali je.. Itupun dekat Seberang Perak.. Sedap dan lemak pulut dia bila dia salut dengan serunding tu memang bestlah..

Drama Jepun | Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 2 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyesal tengok drama ini.. Hahaha.. Ini season 2 dan ada 6 episod sahaja.. Kali ini mereka diserang zombie/golem yang lebih dasyat dan ada tanda pangkah di wajah atau badan.. Malah golem ini seolah-olah dikawal untuk menyerang mereka dan menyebabkan mereka berpecah.. Kurumi yang disuntik dengan virus golem mula menunjukkan reaksi dan dihalau dari pulau.. Hibiki bergerak bersama dengan Kurumi untuk ke sebuah tempat yang dipanggil Safe House.. Namun semasa dalam perjalanan mereka diserang dan virus didalam badan Kurumi juga menyebabkan Kurumi hilang ingatan.. Safe House bukanlah tempat yang selamat bila ada manusia yang pentingkan diri..

Drama ini jadi tak seronok bila tiba-tiba Hibiki hilang dari episod sebab cari penawar untuk Kurumi.. Kurumi pula bila hilang ingatan terus jatuh cinta dekat orang lain.. Ish.. menyampah betul dengan heroin lembap dan mengada-ngada ini.. Ada season 3 pula lepas ini.. Tunggu jelah untuk tahu siapa lelaki yang mengawal Golem tu..

Drama: Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 2
Also Known As: With You on the Day the World Ends Season 2, On the Day You and the World Ends Season 2, Love you as the world ends season 2
Screenwriter: Ikeda Natsuko
Director: Sugawara Shintaro
Genres: Action, Suspense, Mystery, Horror, Romance, Drama
Country: Japan
Episodes: 6
Aired: Mar 21, 2021 - Apr 25, 2021
Aired On: Sunday
Original Network: Hulu
Duration: 55 min.
As a new community "House of Hope" has appeared. Who are they with a prosperous civilization? In addition, a golem with an "x" that seems to have been artificially attached appears. A new threat comes to those who survive the "End-of-world".
(Source: NTV)

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com