Friday, July 28, 2023

Coretan 28 Julai 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha terima jemputan untuk hadir ke sekolah sempena Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kali ke 11.. Sha terima surat jemputan sebab AJK PIBG.. Sha hadir tanda sokongan dan kebetulan dapat cuti rehat.. Bila sampai diminta untuk jadi juri bagi acara perbarisan rumah sukan.. Kita layan je.. Meriah dan acara habis tepat jam 12 tengahari.. Amani pun seronok bila mak datang..

Juri Perbarisan Rumah Sukan..

Merah, Biru, Hijau dan Kuning..

Jepun | Kindaichi Shonen no Jikenbo: Hong Kong Kowloon Zaiho Satsujin Jiken (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Haime ke Hong Kong untuk temankan Miyuki yang terima tawaran untuk jadi model menggantikan model bernama Ran yang tarik diri.. Malangnya Miyuki telah diculik semasa sedang mencari pakaian ganti.. Tak lama kemudian, Ran muncul di depan Hajime.. Haime meminta Ran menyamar sebagai Miyuki untuk mencari tahu siapa yang menculik Miyuki.. Semasa menyamar, berlaku bukan satu tapi dua pembunuhan dan Miyuki masih lagi tak dijumpai.. Rupanya ada kes yang lebih besar iaitu bom yang akan meletup dalam tempoh tak sampai 10 jam.. Memang jenuhlah Haime nak mencari Miyuki dan bom..

Special: Kindaichi Shonen no Jikenbo: Hong Kong Kowloon Zaiho Satsujin Jiken
Also Known As: The Files of Young Kindaichi: Lost in Kowloon, The Files of Young Kindaichi: Kowloon, Hong Kong Treasure Murder Case, Kindaichi Boy's Accident Files: Lost in Kowloon
Director: Kimura Hisashi
Genres: Mystery
Country: Japan
Episodes: 1
Aired: Jan 12, 2013
Aired On: Saturday
Original Network: NTV
Duration: 1 hr. 35 min.
Korean foreign exchange student Kim Yong Dong studies in Hong Kong and works part-time at a hotel where a murder takes place, subsequently making Kim Yong Dong the prime suspect.

~~ Adapted from the manga series "The Kindaichi Case Files" (金田一少年の事件簿) written by Kanari Yozaburo (金成陽三郎) and Amagi Seimaru (天樹征丸), and illustrated by Sato Fumiya (さとうふみや). ~~

Kluang RailCoffee: 3in1 Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buah tangan dari encik suami yang keluar bermotosikal.. kikiki.. Encik suami memang tahu kesukaan Sha, jadinya dia belikan sebungkus kopi ini.. Dalamnya ada 8 sachet.. 

Pekat betul kopi dia.. Memang segar mata lepas minum.. kikiki.. Sedaplah.. Minum waktu pagi memang sesuailah.. Kalau prtang atau malam, mahu jadi burung hantu nanti.. kikiki..

Kluang RailCoffee: 3in1 Coffee (36g x 8 sachet) - RM11.50

Pekat melekat kopi dia.. Padu..

Thursday, July 27, 2023

Jepun | Kindaichi Shonen no Jikenbo 5 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bertangguh tangguh sebenarnya nak tengok drama ini.. Tapi bila dah mula memang tak boleh stop.. Kisah penyiasatankan.. Setiap episod membawa kes yang berlainan.. Memang syok tengok gandingan Hajime dan pegawai polis Kenmochi Isamu.. Malah waktu Hajime terperangkap sebagai pembunuh, Kenmochi Isamu tetap percaya yang Hajime tak bersalah.. Seronok layan drama ini.. Walaupun drama ini berunsurkan penyiasatan, namun watak Hajime dan rakan-rakannya tu kadang kala mengundang tawa.. Seronok ditonton..

Drama: Kindaichi Shonen no Jikenbo 5
Also Known As: The Files of Young Kindaichi 5, Kindaichi Boy's Accident Files 5
Screenwriter: Oishi Tetsuya, Kawabe Yuuko
Director: Kimura Hisashi
Genres: Thriller, Mystery, Comedy
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Apr 24, 2022 - Jul 3, 2022
Aired On: Sunday
Original Network: NTV
Duration: 55 min.
Kindaichi Hajime is a high school student and a private detective with an IQ of 180. He solves murder cases that are riddled with difficult clues. Kindaichi Hajime works with his childhood friend Nanase Miyuki and Kenmochi Isamu. Kenmochi Isamu is now the chief inspector of the Tokyo Metropolitan Police Department.

~~ Adapted from the manga series "The Kindaichi Case Files" (金田一少年の事件簿) written by Kanari Yozaburo (金成陽三郎) and Amagi Seimaru (天樹征丸), and illustrated by Sato Fumiya (さとうふみや). ~~

ebook | Waiz & Adra : Biar Aku Terus Sembunyi oleh Miss Nas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Izyan Adra yang berjaya melarikan diri dari lelaki yang menjahanamkan dirinya.. Izyan nekad membunuh diri, namun kemalangan tersebut menemukan Adra dengan Puan Laili dan Encik Dahlan yang baik.. Waiz pula duda anak 3 yang ditinggalkan isteri.. Kemunculan Adra dalam hidup keluarga mereka seumpama mentari.. Puan Laili dan Encik Dahlan meminta Adra dan Waiz berkahwin supaya anak-anak Waiz ada yang jaga.. Bukan mudah untuk Adra hilangkan trauma dai.. Kemunculan Ghaz berjaya membantu hubungan Adra dan Waiz.. Dalam masa yang sama mereka memujuk Adra untuk melaporkan hal lelaki jahanam tu kepada polis..

Okayla jalan cerita ebook ini.. Ada kisah Sahabat yang baik, orang jahat kena hukum, dan hubungan mak tiri dan anak tiri.. Penulis selitkan juga tentang hubungan mak kandung dan anak, walaupun terpisah anak berhak untuk tahu perihal mak..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2023..

Published November 2021 by NUR FARZANA BINTI MOHAMMAD SALEH

7E Cafe: Wow Pau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba wow pau dari 7E Cafe.. Kepingan ayam dia memang besar dan tebal.. Pau dia tu gebu gebas tau.. Makan pau tu saja pun sedap.. Bila gabung dengan ayam dan sos tu jadi lagi best.. Memang okaylah dengan harga tu.. Kenyang Sha lepas makan.. kikiki.. Sos tu kalau tak silap ada 3 ke 4 pilihan macam tu.. Sha ikut cadangan pekerja 7E tu untuk bubuh sos Creamy Buttermilk.. 

Wow Pau (Creamy Buttermilk) - RM7.90

Besar kepingan ayam dia.. Tapi tu lah, pau gebu, ayam dan sos je yang ada..

China | The Haunting 3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah ketiga ini ada kaitan dengan sejarah keluarga Yiheng.. Macam biasa Jiang Shuo yang degil tetap juga nak ke kawasan pergunungan dengan niat nak beli hotel.. Semasa disini mereka terjumpa anggota polis bernama Xioa Wen yang diminatinJiang Shuo.. Polis ini menyiasat kehilangan pendaki.. Mereka terperangkap dalam fenomena hantu lapar.. Walhal semuanya berpunca dari radang dan juga sikap manusia yang tak boleh terima kenyataan.. Ish.. Ish.. Dah mati tapi dianggap hidup, dan orang lain jadi mangsa.. Gitu..

Movie: The Haunting 3
Also Known As: Mountain Village Hotel , Shan Cun Lu Dian
Director: Wang I Fan, Wu Cheng Zhe
Genres: Mystery, Horror, Supernatural, Thriller
Country: China
Release Date: May 28, 2023
Duration: 1 hr. 13 min.
The Hungry Ghost is one of the six realms in Buddhist terminology. It is believed that those who have committed wrongdoings in their lifetime will enter the realm of Hungry Ghosts and suffer torment in hell after death. Many years ago, a sorcerer arrived at a desolate village seeking shelter. Unbeknownst to the villagers, the sorcerer was performing a resurrection ritual using his wife's corpse as a sacrifice. In a state of shock, the villagers set fire to the sorcerer's wife, which filled the sorcerer with rage. In retaliation, he cursed the village with the most malicious form of sorcery—the Hungry Ghost Curse. From that moment on, the villagers were unable to consume food and resorted to killing each other. It is said that those who become Hungry Ghosts can never be reincarnated unless they find a substitute to take their place in death. Several years later, Mr. Jiang Shuo and Qin Yiheng, investigators specializing in haunted houses, received a mysterious and lucrative assignment. They set out to the enigmatic village from the past, only to find an abandoned inn. However, this forsaken village inn was plagued by a series of inexplicable incidents, with one disappearance following another... Mr. Jiang Shuo embarks on a journey to unravel the truth behind the legend of the Hungry Ghost.

Wednesday, July 26, 2023

Ultimate Limited Edition: Coca-Cola Zero Sugar

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Beli sebab tin dia cantik je.. Lagi.. Memang saja je tau Sha ini.. kikiki.. Belinya da lama, harga pun da tak ingat.. Sha nak abadikan gambar dia je dalam blog ini.. Rasa dia sedikit berbeza dari coca-cola biasa tu.. Sha tambah ais bagi lagi sejuk.. kikiki.. Tapi seriouslah, cantik kan tin dia.. Warna gold gitu dengan tulisan hitam lepas tu bahagian bawah tu hitam.. Pergh!!

Ultimate Limited Edition: Coca-Cola Zero Sugar


ebook | JAMPI Origin - File 01 oleh Profzoref, Nufa Inara, Iqwan Syahid, Laila Malaiqa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wow.. Memang tak sangkalah.. Naskah yang sangat menarik.. ebook ini boleh dibaca secara percuma di Google Play Books.. Ada 4 kisah mengenai 4 ahli Jabatan Mistik dan Paranormal (JAMPI) yang ditugaskan menangkap makhluk dan manusia jahat.. Satu novel paranormal yang menarik dibaca.. Memang terbaiklah.. Tahniah buat semua penulis..

Sha baca dan selesai pada 26.07.2023..

Published January 9, 2023 by DP Crew
Bacaan menggunakan aplikasi Google Play Books..

Jepun | Shin Kamen Rider (2023)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita untuk orang dewasa ya.. Bukan versi kanak-kanak.. Sangat tak sesuai ditonton kanak-kanak.. kikiki.. Sha yang tengok pun macam tak berapa nak suka tapi, okaylah masih boleh layan..

Filem ini memang bermula dengan secara terus kepada usaha menghapuskan kacukan-kacukan lain yang bakal memusnahkan manusia.. Kacukan belalang iaitu Hongo bersama Ruriko berkerjasama dengan dua agen Anti-SCHOKER Alliance untuk menghapuskan kacukan lain tapi tak berjaya halang kacukan rama-rama dari matang.. Ini musuh paling berbahaya sebab kacukan rama-rama ini abang Ruriko.. 

Bila Hongo bertemu Ichimonji dan berlawan memang asyik.. kikiki.. Bolehlah buat layan-layan mengenang zaman kanak-kanak.. kikiki..

Movie: Shin Kamen Rider
Also Known As: True Masked Rider
Screenwriter & Director: Anno Hideaki
Genres: Action, Tokusatsu, Psychological, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Mar 18, 2023
Duration: 2 hr. 15 min.
College student and motorcycle enthusiast Takeshi Hongo is abducted by the evil organization Sustainable Happiness Organization with Computational Knowledge Embedded Remodeling, otherwise known as "Shocker", and converted into Batta Augment-01 as part of their plans for world domination. Before they can brainwash him to do their bidding, he escapes and uses his new enhanced abilities, renaming himself Kamen Rider, to wage a one-man war against Shocker.

Pengalaman Melaksanakan Badal Haji (Syarikat Naufal Ya Jannah)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha dah berjaya melaksanakan badal haji buat arwah mak, abah & ibu melalui syarikat Naufal Ya Jannah.. Sha berurusan dengan sis Munirah Mohd Shalleh.. Tahun lepas Sha buat badal umrah dengan beliau juga.. Tahun ini gagahkan juga untuk selesaikan badal haji.. Kalau tak teringat-ingat.. Seawal 7 Mac lagi Sha dah buat pembayaran untuk pelaksanaan Badal Haji ini.. Masa tu memang dah niat nak selesaikan awal.. Alhamdulillah berjaya juga laksanakan..

Sha diberikan link video youtube pelaksanaan badal haji pada 8 Julai 2023.. Kemudian pada 25 Julai 2023, Sha terima pemakluman mengenai parcel yang dihantar menggunakan JnT.. Pihak Naufal Ya Jannah sertakan sekali tracking number tapi Sha tak tengok pun.. Tahu-tahu je jam 1 tengahari terima whatsapp dari rider JnT kata dah hantar barang.. Terkejut juga tengok bungkusan besar.. Bila ambil rupanya ada 3 kotak yang diwrap sekali..

Inilah rupa bungkusan tu..

Bila dah dibuang wrapping nya

Isinya adalah sejadah, tasbih digital, buah-buahan kering dan minyak wangi (attar)..

Inilah sejadahnya.. Dapat 3, warna kelabu, coklat dan hijau.. Gebu sejadahnya..

Minyak attar jenis roll-on i i ada 3 dan tasbih digital tu pun ada 3..

Buah-buahan kering yang ada dalam pek tu ialah kismis, aprikot, kiwi, kurma, buah tin dan nanas..

Borang permohonan badal haji, sijil badal haji dan surat pemakluman dah selesai melaksanakan badal haji..

Wordless Wednesday 2023

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com