Wednesday, February 7, 2024

Malaysia | Town Mall (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah pernah baca novel Town Mall oleh Hasrudi Jawawi ini.. Tapi bila dizahirkan sebagai filem rasa macam lagi meremang pula bulu roma.. Walhal masa baca buku pun sudah cukup seram.. kikiki.. Tak ada kerja, pergi pula tengok filemnya.. Halah.. halah..

Misteri betul Rusdi dengan kawan baik dia Malik tu.. Kalau tengok gaya, Malik tu macam tak wujud je tapi tu lah.. Orang sekeliling tak ada nak bagi tahu Rusdi hal sebenar.. Biarkan saja si Rusdi tu dengan dunia dia.. Rusdi ini adalah minta bantuan orang tapi tu lah, orang yang bantu dia pun sama.. Cakap berkias-kias.. Cubalah bagi tahu hal sebenar.. Tak adalah kemalangan tu jadi.. 

Town Mall
2020 ‧ Horror/Mystery/Thriller ‧ 1h 25m
Mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan makhluk halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.


Wordless Wednesday 2024

Tuesday, February 6, 2024

ebook | Halimunan oleh Faizal Zahid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca tanpa apa-apa ekspetasi.. Memang tak dijangka langsung perjalanan cerita buku ini.. Kisah mengenai Halim yang berada di tahun kehadapan dimana Malaysia, Indonesia dan Singapura bergabung menjadi satu negara.. Tatacara kehidupan yang berbeza dengan kita.. Satu persatu mula terjadi di keliling Halim hinggalah dia terjumpa dengan Perdana Menteri yang dibekukan dan kemudiannya dihidupkan semula.. Belajarlah Halim tentang dunia masa dahulu hingga terjadinya keadaan pada zaman hadapan yang berubah teruk..

Sha baca dan selesai pada 05.02.2024..

Published October 10, 2021 by Buku Fixi

Kursus Pertama di Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga satu hari berkursus.. Sha sertai kursus atas talian anjuran INSTUN.. Mudah sikit.. Seronok dengar chegu bercakap pasal content kreatif bagi copywriting dan ads.. Dapat ilmu baru dan enjoy betul kursusnya.. Kalau ikut Urusetia ada bahagian 2.. Kita tunggu dengan sabar sampai iklan kursus keluar.. Urusetia best, penceramah pun fun.. Memang ralit dengar penceramah bercakap..

Kursus Dalam Talian: Pembangunana Content Kreatif Media Sosial

King's D24 Durian Ice Cream Cup

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab teruja nak tahu rasa dia.. Peminat durian kan.. Walaupun saiznya comel, rasa dia padu.. Memang puaslah makan.. Sha suka sangat sebab kena dengan tekak Sha.. Memang berbaloi.. 

King's D24 Durian Ice Cream Cup (70ml) - RM2.90

Warna kuning sebenarnya tapi bila kena flash jadi macam putih pula.. kikiki..

ebook | Adiwira #1: Si Cilik Penyelamat Bumi oleh Ash Kun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan cerita Adi menjadi Adiwira dan membantu Aroro menentang Baroro.. Adi pun rak sengaja terjumpa dan menyerap bola kuasa milik Aroro yang ingin dirampas Baroro.. Adi harus membantu Aroro menghalang Baroro dari membuat kekacauan demi mendapatkan semula bola kuasa..

Sha baca dan selesai pada 04.02.2024..

Published July 7, 2012 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Monday, February 5, 2024

Harraz Chew Me

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab nampak tanda harga dia murah tapi bila bayar.. Pergh!! Nak batalkan pun dah tak sempat.. Isi dalam dia ada 5 biji je tau.. Sebiji tu harga dia rm1.. kikiki.. Sha beli dekat Kedai Mesra Petronas.. Terambil dan terpaksa bayar.. hahaha..

Harraz Chew Me (15g) - RM5.30

Warna purple gelap tu okay lagi rasa dia.. Yang warna oren tu ada rasa pahit-pahit..

ebook | Gundik Uyang oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dendam yang tak berkesudahan.. Gundik Uyang bukanlah manusia jadi bila dihalang dari terus bersama dengan Tengku Wazir, dia menyimpan dendam.. Dendamnya bukan sahaja pada keturunan Sultan Sulaeman tetapi kepada keturunan Pawang Taib juga.. Tok Isa berusaha sehabis daya menyelesaikan amanah keturunannya untuk menghapuskan Gundik Uyang yang berbahaya.. Walaupun tak mudah namun harus dilaksanakan supaya tifak ada lagi yang mati.. 

Sha baca dan selesai pada 03.02.2024
Published January 1, 2023 by Buku Prima

Frenché Roast: Double Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini satu lagi rasa baru dari jenama Frenché Roast.. Kopi dalam tin ini Sha beli di Kedai ECO.. Memang tak ada lagi nampak jual di pasaraya atau kedai biasa.. Sedap rasa kopi dan coklat tu.. Memang ngam.. Tak terlalu keras kopinya.. Penggemar coklat dan kopi pasti akan menyukai rasa mocha dari Frenché Roast ini..

Frenché Roast: Double Mocha (240ml) RM2.40

Sunday, February 4, 2024

ebook | Tempur Nukleus oleh Owl, Ahmad Erhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini Sha beli dah lama dari penulis.. Kalau tak silap, penulis ada keluarkan dalam bentuk buku juga.. Sha dalam misi nak kurangkan rak TBR sama ada maya ataupun fizikal.. Kita cuba bagi jadi..

Nukleus ini ada dua cerita.. Bahagian pertama bercerita tentang Bunga Perang.. Sejenis ilmu mempertahankan diri yang boleh dipelajari dan diajarkan kepada perempuan sahaja.. Bunga perang bermula dengan kedatangan Dato' Syukor dan Aslan ke perkampungan milik Amber bagi mencari seorang pahlawan yang ingin dimasukkan dalam projek rahsia beliau.. Makanya Amber buat pertandingan bagi memilih yang terbaik diantara Cempaka dan Anggerik.. Dalam masa yang sama Aslan turut diuji kerana dirinya kelihatan seperti lelaki yang tak mampu buat apa-apa.. Dua seni mempertahankan diri yang tak disangka saling bertembung..

Bahagian kedua pula bercerita mengenai krisis antara parti politik yang ingin memerintah negara.. Bahagian yang ini agak rumit sikit dan ada babak-babak berdarah..

Di hujung cerita kita kembali kepada Aslan, Cempaka dan Dato Syukor pasukan STORM.. Lepas tu bersambung.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 03.02.2024

Published November 1, 2021 by Owl Lab Production

US | The Marvels (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang ohsemlah babak lawan dia.. Tambah bila setiap kali mereka gunakan kuasa je, mereka akan bertukar tempat.. Mula tu nampaklah kelam kabutnya.. Yellah baru nak berkenalan dan serasikan.. Tapi bila dah tahu punca kenapa mereka bertukar tempat dan kenapa Dar-Benn buat semua perkara yang dia buat, nampaklah mereka semakin serasi.. Semasa Danver bertemu dengan Putera Yan, memang kelakar.. Boleh je bercakap elok tapi kena menyanyi dulu.. kikiki.. Comel pula Seo-Joon dengan rambut panjang.. Tapi kejap sangat babaknya.. Hujung cerita Kamala kumpulkan rakan sekutu lain yang boleh berlawan juga, bermula dengan anak Hawk-eye.. Lepas tu dengan tengah kredit, Monica jumpa dengan Dr.Beast dan juga Binary.. Aduh cross over yang lain macam..

The Marvels
2023 ‧ Action/Adventure/Fantasy ‧ 1h 45m
Carol Danvers, aka Captain Marvel, has reclaimed her identity from the tyrannical Kree and taken revenge on the Supreme Intelligence. However, unintended consequences see her shouldering the burden of a destabilized universe. When her duties send her to an anomalous wormhole linked to a Kree revolutionary, her powers become entangled with two other superheroes to form the Marvels.

Coretan Kenangan 03 Februari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan keluarga ke Ipoh lagi.. Menyambung kerja-kerja pembersihan di rumah Sha.. Tapi kami di duga dengan kesesakkan lalu lintas akibat kemalangan di atas highway.. Patutnya di Tapah kami naik highway tapi bila berselisih dengan kenderaan yang banyak keluar dari highway, encik suami periksa google maps dan temui ada kesesakkan di atas highway.. Maka kami teruskna perjalanan di jalan lama.. Malangnya kami tetap tersangkut dengan kesesakkan.. Bertapa lama kami hampir 6 jam di dalam kereta.. Encik suami agak gelisah sebab ada orang menunggu di rumah Sha.. Orang tu tunggu hampir 2 jam lamanya.. 

Awalnya sesak sampai ke sini sebab polis buat sekatan.. Lepas tu lancar sekejap dan kembali sesak bila polis minta kenderaan dari highway turun ke jalan lama.. Sepanjang-panjang jalan tu ada polis cuma tu lah.. Sikap manusia yang pentingkan diri membuatkan kesesakkan jadi lebih teruk..

Pagar yang nak dicat semula.. Runsing Sha tengok dia karat.. Beli cat Ocean Grey dekat Shopee je, 1 tin (1l) - RM30.00 (postage 60 sen).. Memang ngam-ngam satu liter untuk pagar depan ini.. Patutnya Sha cat juga pintu utama tapi bila dah penat, memang tak ingat langsung.. Masa buat entry ini barulah teringat.. 

Tu dia.. Seketul Sha sedang mengecat.. Penat owh.. hahaha.. Tapi pagar ini kalau tak ada Amani tolong, memang tak siaplah.. Encik suami pun ada tolong touch up sikit-sikit..

Ini juga antara yang kami buat.. Encik Suami menampal semula lubang-lubang pada bumbung yang bocor.. Buang cat pada dinding yang rosak dan plaster semula..

Selain itu, encik suami juga tolong tambahkan satu plug point di dapur.. Lupa pula nak ambil gambar kerja yang ini..

Masa dalam perjalanan balik, ada sekumpulan motor rempuh kereta kami sebab mereka break mengejut.. Hampir jatuh hanya kerana terlalu suka dan tak peka dengan isyarat lampu yang sudah bertukar merah.. Geram je Sha.. Memang sempat marahlah.. Habis bercalar dan kemek.. Sha paling risau diorang jatuh dan cedera, dah jadi satu kerja pula nak telefon ambulans dan polis.. Mujurlah kereta Sha je yang cedera sikit.. Lepas marah bebudak tu, kami blah.. Malas nak fikir, badan dah penat kan..

Separuh jalan, baru perasan tertinggal bekas ais yang baru di beli.. huhuhu je lah kita.. Sha bawa kereta dari Ipoh ke Behrang sebab encik suami kepenatan.. Kerja beliau lagi banyak dari Sha..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com