Sunday, July 26, 2020

Drama Korea | Drama Festa: Hello Dracula (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama 2 episod yang penuh emosi..Ada 3 cerita dalam drama ini dan ketiga-tiganya saling berkait..

Kisah pertama mengenai anak dan emak yang tinggal serumah tapi tak mempunyai komunikasi yang baik.. Anak tu seorang lesbian dan emaknya pula bersilih ganti kahwin cerai.. Si anak merasakan dia perlu hidup mengikut kehendak emaknya walaupun dia tak bahagia namun akhirnya mereka saling bergaduh bila anak ditinggalkan kekasih.. Bukan mudah menjadi mak dan bukan mudah menjadi anak.. Bila saling meluah barulah mereka lebih saling memahami..

Kisah kedua mengenai perempuan yang ditinggalkan kekasih dan tak boleh move on.. Sampailah dia dijemput menyanyi di satu majlis.. Dia terjumpa semula kekasih nya dan rupanya kekasih dia main kayu tiga masa bersama dengan dia.. Namun lelaki tu tetap menyalahkan perempuan tu atas perpisahan mereka.. Kerana kebenaran itu, perempuan tu bangkit dan meneruskan kehidupan mengikut kehendak dia..

Kisah ketiga pula mengenai budak perempuan dari kalangan golongan miskin berkawan dengan budak lelaki dari holongan elit.. Mak budak lelaki tu tak suka malah meletakkan kesalahan pada budak perempuan tu tanpa mahu mendengar penjelasan.. Senang betul orang kaya menjatuhkan hukum.. Yang miskin semuanya jahat..

Tajuk dan isi drama ini sangat memdalam..

Special: Drama Festa: Hello Dracula
Country: South Korea
Episodes: 2
Aired: Feb 17, 2020 - Feb 18, 2020
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 10 min.
"Drama Festa - Hi, Dracula" is the growth story of people who live in Block Z who have to face the matters in life that they just want to avoid. It's an omnibus drama about a daughter named Anna who gives in to her mother, a mother named Ji-yeong who overpowers her daughter, an indie band vocalist named Seo-yeon, born rich Ji-hyeong and Yoo-ra, who wasn't brought up in the best of conditions.
Three neighbors face problems that want to avoid, but they grow by facing their dilemmas.
Story 1 An-Na lives with her mother Mi-Young. An-Na lives her life according to her mother's wishes, but she has a secret that she can't tell anyone.
Story 2 Redevelopment project of the area where Yoo-Ra and her family live is carried out. Yoo-Ra and her family have to leave the neighbor.
Story 3 Seo-Yeon is the vocalist of an indie band. She is obsessed with superstitions. Seo-Yeon can't get over her ex-boyfriend, who left her 1 year ago. 
(Source: Han Cinema)

Pelakon-pelakonnya

Saturday, July 25, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 46

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa je hari ini... Weekands Sha macam biasalah bila anak-anak dah mula sekolah ini.. Selesaikan basuh baju-baju sekolah dan gosok.. Mujurlah sempat kering baju sekolah.. Sekarang ini dekat kawasan Sha bila petang je hujan.. Memang tak berapa nak keringlah baju.. Sejuk je bila petang.. hehehe.. Sejuk dan gelap.. Sedap tidur.. Weekands ini akhirnya dapat layan balik drama yang tertunggak.. Hari tu layan dekat Youtube je sebab plug tv problem.. Ini baru okay.. Gitulah seharian yang sibuk.. hehehe.. Anak-anak pula sibuk dengan kerja sekolah dan juga kartun mereka.. Lepak menonton sama-sama di hujung minggu..

Buku | Oktober oleh Amira Atiya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengokkan tajuk macam unik.. Cuba dibaca.. Adoi.. Pening kepala.. Ini adalah himpunan luahan hati penulis mungkin.. Okaylah, masih boleh dibaca cuma tak berapa menarik olahannya.. Hurm.. Jenuh nak hadam.. 

Sha baca online je.. Di aplikasi PNM e-Reader..
Published May 1st 2014 by Terfaktab Media

Menang GIVEAWAY! My Life...Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal pagi dah dapat berita gembira.. Rupanya penyertaan last minute Giveaway anjuran Jari Boloq memberi rezeki buat Sha.. Alhamdulillah.. Terima kasih buat blogger Jari Bolog atas pemilihan ini.. Siapa-siapa yang nak tengok keputusan boleh klik SINI..

Makanan | Kimchee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya beli kimchi.. Kali ini Sha beli dengan rakan Facebook.. Berminat?? Klik je SINI.. Klik gambar pun boleh.. Hehehe.. Sedap sebab terasa kemelayuaan kimchi itu.. hahaha.. Memang sampai je terus Sha makan.. Kenalah dengan tekak Sha.. Selain Kimchi ini, ada juga garlic oil dan cili oil.. Ada rezeki nanti nak beli.. 

Sebalang ini 600g

Isi dalamnya..


Inilah sellernya.. Search je nama beliau di Facebook.. Selain kimchi ini beliau juga buat label sticker tu..

Friday, July 24, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 45

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hati ini nampak Imani dah makin okay.. Semoga terus sihat.. Terima kasih atas doa semua untuk Imani.. Semoga Allah membalas kebaikan yang berlipat ganda buat semua.. 

Petang tadi Sha ada bengkel pengisian JD di HRMiS.. Bengkel online je.. Mula-mula tu hanya dengar suara penceramah je, jenuh jugalah nak faham arahan.. Sejam lepas tu batu keluar muka penceramah dan slaid.. Alhamdulillah selesai dengan jayanya.. Cuma nanti nak kena edit bahagian Jawatan kami.. Ada beberapa deskripsi yang nak dimurnikan.. Kerja/bengkel norma baru gitu.. Secara atas taluan je cuma nak kena tengok talian internet ok tak okay je..

Rasanya bengkel dan latihan dah cukup cuma dari PNM je tak ada lagi.. Kalau dapat pun tak tahulah macam mana nak pergi..

12 Tahun Terindah by Bunga Citra Lestari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa video ini.. Sedihnya lagu baru BCL ini.. Boleh dengar dekat bawah ini.. Kerinduan yang tak akan terlerai bila kita merindu pada yang tak ada.. Lagu yang sangat menyentuh perasaan.. Luahan rasa hati BCL.. Terasa dekat sangat dengan Sha.. Bukan mudah melalui kehilangan abadi seperti ini namun langkah tetap perlu diteruskan.. Semoga BCL terus kuat melalu hari-hari mendatang..


12 Tahun Terindah by Bunga Citra Lestari
Terdiam di sini ku termenung
Memikirkan dirimu
Jalani hari biru bersama
Versi kecil dirimu
Tuk memahami
Tuk menerima

Oh terima kasih
Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia

Sejenak
Namun mengisi jiwa
Hadirmu dalam hidupku
Kucoba jalani
Dan kucoba mengerti

Oh terima kasih
Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia

Tak ku tahu
Kuatkan diriku
Untuk menerima jalani tanpa dirimu

Terima kasih
Tuhan kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia

Giveaway! My Life... Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem ini..
Sempat lagi ini, sebelum pukul 6..

Tarikh Tamat : 24 Julai 2020  6:00pm

Pocky Cendol

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa dan terbeli di ECO Shop.. Hehehe.. Sebelum ini tak terjumpa.. Packaging dia cantik.. Rasa dia pun menarik.. Paling best bau dia.. Wangi semerbak lepas buka.. memnag mengujakan untuk dirasa.. Just nice.. Tak manis sangat..

Sekotak RM2.10

Isi dalam dia ada 15 batang..

Hijau yang menawan..

Komik | X-Venture Dunia Haiwan II 05: Impak Kejam oleh Black Ink Team, Xeno

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri kali ini menyampaikan tentang Badak air dan juga kerbau.. Memang menarik bila tengok dua haiwan yang besar ini bertempur.. Walaupun hanya komik namun ada juga info-info menarik mengenai kedua-dua haiwan ini.. Memang ohsem baca komik ini.. Bagus untuk dibaca bukan sahaja dewasa malah kanak-kanak.. Di pengakhiran komik ini ada disediakan kuiz untuk menguji minda pembaca..

Sha baca dan selesai pada 21.07.2020..

Antara info menarik mengenai badak air..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published May 1st 2019 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thursday, July 23, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 44

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha EL.. Anak dara Sha yang kecik tu still demam.. Dia punya demam tu on off.. Makan ubat dia ok, pastu nanti dia demam balik.. Tu yang Sha EL tu.. Sambil-sambil tu bolehlah rehat juga walaupun tak rehat sangat.. hahaha.. Lama juga dia tak demam.. Risau ketegur je.. Doakan Imani lekas sembuh ye.. Tq kawan-kawan..

Lemau je dia.. Ini masa anta kakak gi sekolah..

Dah gajikan.. Kita singgah 7Eleven cari best friend.. hehehe.. Satu ini RM1.. Berbaloi-baloi..

Beli dengan kawan pejabat sebab craving ya amat.. Alhamdulillah sedap dan menepeti citarasa.. Gebu gebas dan penuh kacang.. Biskut makmur sedap yang menjadi Idaman sejak Raya puasa nie..

Shopping hari gaji.. hehehe.. Beli durian 5kg (RM40), Air green tea dan coklat hazelnut (RM20) serta chicken tortilla wrap 2 ini RM10..

Rezeki pisang hari ini.. Bos bagi.. hehehe..

Filem China | Bad Cop (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang kelakar dan santai untuk ditonton.. Sha tengok di Youtube..

seorang polis perempuan yang diminta menyamar menjadi pelajar sekolah demi melindungi seorang guru dan juga menyiasat kes kehilangan pelajar.. Ceritanya kelakar dan ringan.. Boleh dijadikan tontonan santai.. Babak aksi dia okay dan nice.. Penjahat dia depan mata je.. Cuma dah nak habis baru terbongkar keseluruhan cerita..

Movie: Bad Cop
Also Known As: Buliang Nujing ,
Genres: Action, Mystery, Comedy, Romance, Detective, Investigation
Country: China
Release Date: Jan 31, 2016
Duration: 1 hr. 20 min.
A young and beautiful police women who assigned as an undercover cop to find missing girls in one high school.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com